MMMD | 1

42.9K 948 14
                                    

BUTANG baju dikemas. Rayyan di sebelah asyik memandang daddynya yang asyik membetulkan koler baju itu. Tengku Hayyan Rayden duduk mencangkung menghadap anak terunanya. Satu satunya harta yang ditinggalkan oleh arwah isterinya.

'Kalau semua terbongkar, kau akan dapat susah Ray. Aku tak nak tengok family kau susah Ray.' Kata kata sepupunya Fayden terngiang-ngiang di hujung telinganya.

"Rayyan? Daddy pergi work dulu tau. Nanti petang daddy balik, kita keluar jalan-jalan okay?" kata Rayden bagi membuat anaknya yang seorang itu bahagia.

Terus wajah Rayyan tersenyum. Wajah comelnya dipandang Tengku Balqis, ibu kepada Tengku Hayyan Rayden yang sedang berdiri di muka pintu bilik Rayden.

"Janji." Buat muka comel, Rayyan memberikan jarinya kepada Rayden tanda janji dilaksanakan.

"Janji." Jawab Rayden penuh semangat. Dia sendiri sebenarnya masih belum tahu akan pulang ataupun tidak petang ini.

Janji yang dilakukan dengan Rayyan semuanya sia sia. Tiada satu pun yang terjadi. Semuanya batal.

"Jangan berjanji sangat Ray. Mama takut dia mengamuk saja. Tak larat mama nak pujuk." Tengku Balqis bersuara.

Punggungnya dilabuhkan di atas ketil Rayden.

"Inshaallah Ray balik kalau free ma. Ray bukan sengaja tak nak balik. Kerja banyak." Rayden membalas. Beg kerjanya yang disangkut rapi di dinding itu dia ambil.

Mereka keluar dari bilik tersebut. Pintu ditutup oleh Tengku Balqis. Kedua dua belah tangan kecil Rayyan dipegang erat oleh Tengku Hayyan Rayden dan Tengku Balqis.

"Memang ayat itu pun yang mama selalu dengar dari mulut kamu Ray. Budak budak ni dia ingat apa kita cakap, apa kita janji Ray." Tengku Balqis sepertinya tidak puas hati sedikit dengan sikap anaknya itu.

Rayden tidak terkata. Pintu kereta Mercedes nya dibuka oleh seseorang. Siapa lagi kalau bukan bodyguard nya.

"Ray pergi dulu ma." Rayden melangkah masuk ke dalam kereta .

"Iyalah." Jawab Tengku Balqis sepatah. Bukan dia tidak tahu sebenarnya anaknya itu mahu mengelak dari disoal macam macam olehnya lagi.



"DOKTOR?" seorang jururawat menegur Izara yang berjalan entah ke mana hala tuju itu. Dia sebenarnya tidak tahu mahu lakukan apa. Izara hanya membalasnya dengan senyuman di bibir.

Bukankah senyum itu satu sedekah?

Pesakit sudah ditemuinya. Mahu sahaja dia turun ke bawah. Namun diingatkan ada Doktor Zamri di bawah, niatnya serta merta dibatalkan. Malas mahu mendengar suara lekaki itu.

"Hey doktor? Bosan ke?" tanya salah seorang jururawat yang mengendalikan kaunter bayaran. Izara meletakkan dulang ubat di atas kaunter tersebut.

"Ha a. Banyak eh yang discharge harini?" tanya Izara ada Farhani. Farhani mengangguk.

"Ha a. Harini memang banyak yang discharge doktor." Jawab Farhani.



"SATUKAN semua fail projek dengan Tan Sri Salahuddin." Arah Rayden kepada Rose ataupun dikenali sebagai P.A nya.

"Baiklah Boss."

"Ada apa apa lagi ke bos?" tanya Rose. Sebaris senyuman diukir walaupun tahu bosnya itu tidak akan membalasnya pun.

"Tak ada dah. Kau boleh keluar." Kata Rayden. Tangan ditunjukkan tanda menyuruh perempuan yang bekerja sebagai P.A nya di pejabat itu keluar dari biliknya.

MR MAFIA MISS DOCTOR {COMPLETE}Where stories live. Discover now