MMMD | 9

15.5K 546 24
                                    

PINTU besi itu ditendang kuat oleh Rayden dari luar. Raykal hanya memerhatikan sahaja gerak geri abangnya. Yang lain juga begitu. Dan tidak lupa juga Catriona. Or should we call her Catty? Dia juga berada di situ.

Catty memandang tepat ke arah biji mata lelaki yang sudah terkulai layu di hadapannya. Tanpa belas kasihan dia mencengkam rahang si lelaki itu.

"Jamal Abdillah!" jerit Catty dalam perasaan marah. Jamal Abdillah hanya senyap. Takut jikalau kucing liar itu mulai bangun. Hangus dia nanti.

"Kau tahu tak? Kau tu bodoh. Kau tu bangang!" jerit Catty lagi. Sambil bercakap sambil kepala si Jamal Abdillah di tolak-tolaknya.

"Weh! Lek. Lek. Lek." Raysa bersuara. Entah bila sampainya juga tidak perasan. Raysa menolak Catriona ke tepi.

Kerusi besi ditarik dan diletakkan betul betul di hadapan lelaki yang bernama Jamal Abdillah itu.

"Hai Pak Cik? Pak Cik ingat saya tak? Saya..." Raysa menjedakan kata-katanya. Butang merah di tepi dinding itu ditekan. Almari khas yang selalunya tertutup rapat kini terbuka luas.

Bulat mata si tua Jamal Abdillah itu melihat beberapa jenis senjata api yang berada di dalam almari itu. Raysa berlari anak menuju ke almari tersebut. Kapak dikeluarkan. Kapak yang tadi bersih kini akan diselaputi darah tua si Jamal Abdillah ini.

"Raysa. Anak Hamdan." Sambung Raysa dingin. Kapak itu ditelitinya.

"Kau nak buat apa? Lepaskan aku lah!" sedaya upaya Jamal Abdillah menjerit dengan kuat.

Raysa tersenyum sinis. 

"Shh. Kau ingat senang senang ke aku nak lepaskan kau lepas kau dah bunuh mak bapak aku? Adik aku?" tengking Raysa.

Kapak dicampak ke tepi dinding sebelum pisau rambo yang terselit di pinggang dikeluarkan. Lantas muncung pisau tersebut tidak teragak agak menembusi paha si Jamal Abdillah itu. Sipi sipi sahaja mahu terkena tulang pahanya. Siapa suruh kau main main dengan si Raysa, Jamal Abdillah oi. Kan dah kena dah. Nasib la kau.

Jamal Abdillah mengerang kesakitan. 

"Weh Raysa? Dah ahh. Kita nak guna dia lagi ni." Kata Raykal sambil bahu kiri Raysa dipegang dengan tangan kanannya.

Raysa ketawa sinis. 

"I let you go now Jamal. Soon? I never let you go." Kata Raysa sinis sebelum dia keluar dari bilik seksaan tersebut.

Terdengar bunyi tumit kasut tingginya memijak lantai laju. Raykal mula menelan air liur. Raysa nampak sahaja cantik, tinggi, seksi. Namun dalamannya siapa sahaja yang tahu?

Sekali dia marah dunia boleh roboh. Eh? Merapu je kerja aku ni. Raykal. Raykal.

Talefon pintar milik Rayden berbunyi.

"Hello?"

"..."

"Ada apa?"

"..."

"Suruh dia tunggu."

"..."

"Kenapa bro?" tanya Raykal sambil menepuk bahu Rayden. Rayden senyap.

"Ada malaun betina pula dekat pejabat. Semak betul lah. Aku balik pejabat dulu." Rayden meminta diri pergi.

Dia berpusing kembali. 

"Nanti Jamal ni kau letak je dia tepi kandang ular tu." Sambung Rayden lagi. Raykal dan Catriona hanya mengangguk faham.

Manakala Jamal Abdillah sudah menelan air liurnya.


MR MAFIA MISS DOCTOR {COMPLETE}Where stories live. Discover now