MMMD | 44

8.9K 256 15
                                    

KENYATAAN yang harus diterima memang berat. Namun, itulah kenyataanya. Tengku Haifa Rayna nama diberi. Cantik nama seperti tuannya. Budak itu sekarang sedang berada di atas dukungan Khaeera. Kerjanya hanya tidur sahaja sepanjang hari. Maklumlah, masih bayi.

Raykal labuhkan punggungnya di sebelah Khaeera yang sedang duduk sambil mendodoi anak saudaranya itu. Kemudian, pandangannya tertumpu ke arah Rayden yang sedang meriba Rayyan. Terpapar hebat wajah Rayden yang masih merasa kehilangan isteri. 

Bagimana dengan kehidupannya ke hadapan nanti? Apa yang harus dia lakukan? Apa yang harus dia jawab untuk memenuhi segala tanda tanya anak-anaknya? Dan soalan terakhir adalah kenapa? Kenapa awal snagat Izara tinggalkan dia.

'Aku minta maaf kalau aku tak jadi suami yang baik untuk kau Izara. Aku suami paling tak guna.' Tutur Rayden dari dalam hati.

Wajah anaknya yang baru sahaja dilahirkan semalam dipandang sayu. Keluar-keluar dah tak dapat dapatkan kasih sayang seorang ibu dengan sangat cukup. Raykal menghampiri Rayden yang berada di sofa berhadapan dengan sofa yang diduduki Khaeera. Raykal bangun lalu menghampiri Rayden.

"Sabarlah bang. Ni semua takdir." Raykal pegang bahu abangnya semasa bercakap.

"Ray." Kedengaran suara Haji Imran memanggil menantunya.

Rayden terus mengangkat kepalanya lalu dia memandang ke arah si bapa mertua.

"Baba balik dulu la ya. Kalau ada apa-apa telefon je lah baba." Kata Haji Imran.

Sempat Hajah Jasmin memegang dahulu Rayna sebelum dia berangkat pulang. Wajah si kecil itu persis dengan ibunya. Sangat-sangat sama dari pandangan mata Hajah Jasmin. Selepas beberapa minit, dia kembalikan Rayna ke dalam pelukan Khaeera.

"Tok mi balik dulu ya. Nanti tok mi datang melawat Rayna lagi." Hajah Jasmin bercakap ssambil tangan asyik menggosok tangan si kecil Rayna.

"Rayden... Umi balik dulu. Halalkan segala makan minum arwah dekat sini. Segala salah silap dia selama dia isteri Ray ya." Hajah Jasmin cuba kawal diri daripada tidak menangis.

Rayden pula hanya mampu mengangguk sahaja. Dia bersalaman dengan mak mertuanya itu. Si kecil Rayyan juga menyalami tangan Hajah Jasmin.

Mereka berdua keluar dari rumah tersebut dengan iringan daripada Tengku Balqis.

"Tolong..." Teketar mulut Rayden mahu memberitahu adiknya.

"Apa dia?" soal Raykal.

"Tolong ambilkan Rayna untuk aku." Rayden bersuara juga. Dia ingin melihat anaknya dengan lebih tenang. Semasa dia mengiqamatkan anaknya itu, hatinya masih terguris dengan kehilangan Izara.

"Oh, sekejap." Raykal terus sahaja melangkah menhampiri Khaeera selepas itu. 

"Rayden nak Rayna." Raykal beritahu kepada Khaeera.

"Oh, ha. Ambil lah." Dengan senang hati, dia serahkan sahaja Rayna kepada Raykal.

Memandangkan tangannya juga sudah lenguh dan kebas akibat meriba si kecil tersebut dari tadi lagi, Raykal minta bagi ajelah terus. Semasa di kubur tadi pun dia tak turun kerana takut panas budak ini. Oleh itu, dia berada sahaja di dalam kereta. Bagi can untuk Mak Odah turun menghampiri kubur sana.

Raykal serahkan Rayna kepada Rayden. Rayyan yang tadi berada di atas riba Rayden terus bangun lalu berlari menuju ke arah Fayden yang baru sampai bersama Raysa dan Sofea. Detik-detik indah bersama Izara memang banyak di sini.

"Assalamualaikum." Salam diberi oleh Raysa.

"Waalaikumusalam." Balas Khaeera perlahan. 

Rayden pandang wajah Rayna. Cantik. Putih, sama macam Izara. Dia adalah pelanduk dua serupa Izara. Seseorang yang bakal ingatkan dia kepada Izara setiap kali ia memandang anak itu.

MR MAFIA MISS DOCTOR {COMPLETE}Where stories live. Discover now