MMMD | 16

12.3K 402 2
                                    

CUACA yang baik. Namun mood Rayden sememangnya tidak baik. Setelah tahu apa yang dia ingin, rasanya mood nya tidak akan baik berderet hari ini. Pintu bilik seksaan dirempuh kasar oleh Rayden. Pisau rambo dimainkan di tangannya. Sekarang lelaki yang berada di hadapannya tidak akan ke mana mana lagi.

Sekali masuk perangkapnya, tiada siapa yang mampu keluar lagi. Wait and see you! Kerusi ditarik dan diletakkan betul betul di hadapan si lelaki yang bernama Jackie Pokimok itu.

"Have a nice day?" soalan bodoh Rayden tanya.

"Kau nak apa hah sial!" jerit Jackie Pokimok. Soalan bukan main bodoh lagi. Memang tak berlapik. Dah dia ambil kau, dia nak kau lah.

"Bodoh!" Rayden bangun dari kedudukannya. Dekatkan pisau rambo tadi di pipi Jackie Pokimok itu.

"Kau buat bini aku gugur. Kau ingat aku akan lepaskan kau macam tu je ke. Ke kau ada rancangan jahat lagi yang tak sempat kau selesaikan? Nak aku selesaikan tak?" soal Rayden dengan nada sinis. Gaya sudah seperti orang psiko.

Pipi Jackie Pokimok ditoreh perlahan sehingga mengeluarkan cecair merah yang dadarSemestinya ia adalah darah. Meraung kesakitan dibuatnya dia.

"Ahh!" tangan digoyangkan untuk cuba melepaskan diri. Namun bila dengan Rayden, siapa sahaja yang mampu melepaskan diri darinya bukan?

"Bos." Panggil seseorang dari arah belakang.

Rayden berpaling. 

"Kau nak apa?" tanya Rayden dingin. Sedingin ais salju di kutub utara sana.

"Isteri boss call banyak kali dah ni. Nah." Kata si anak buah sambil menghulurkan talefon pintar Rayden.

Rayden merampas talefon tersebut lalu menapak keluar dari bilik tersebut. Panggilan diangkat.

"Hello sayang?" Rayden mulakan perbualan. Tangan ligat membuka butang baju kemejanya. Masuk sahaja ke dalam bilik dia terus mengunci bilik persendiriannya itu dan panggilan dibuat volume up agar setiap perkataan yang terkeluar dari bibir isterinya itu didengarnya dengan jelas.

'Bila nak balik? Umi dengan walid datang.'

Izara bertanya. Sudah lah dia. Takut bini ke? Bukan takut bini takut Izara merajuk sahaja. Bukan boleh baca juga mood si isteri itu. Mahu dia tidur di luar bilik malam nanti. Mak pantang tu pun masih belum sembuh dari berpantang.

"Ye. Aku on the way balik ni sayang." Lembut suara Rayden memberi jawapan kepada Izara.

'I wait for you.'

Lalu panggilan dimatikan. Rayden hela nafas perlahan.



PINTU rumah dirempuh kasar . Nasib ibunya masih berada di hospital. Kalau tidak, tidak pasal pasal lah masuk hospital lagi ibunya itu.

"Khai!" Khaeera menjerit memanggil adiknya. Terasa mahu terkeluar anak tekaknya menjerit. Khairul yang sedang membancuh air milo untuk diri sendiri segera keluar dari dapur.

Berjalan ke arah si kakak yang sedang membara hatinya. Kalau bukan sebab Raykal, mungkin sampai bila bila pun dia tidak akan tahu akan perhutangan adiknya itu. Siap cagar rumah ini lagi. Banyak cantik muka dia. Ingat ini rumah dia? Atas nama dia?

Satu tamparan dari tangan Khaeera mengenai pipi putih Khairul. Khairul menahan sakit. Mengangkat muka perlahan memandang si kakak yang sudah merah padam mukanya menahan marah terhadap si adik yang tidak tahu berfikir sebelum buat apa apa.

"Akak ni dah kenapa hah?" soal Khairul bengang.

"Eh. Kau tak payah nak tunjuk bengang kau dekat sini lah. Aku ni lagi bengang dengan kau, kau tahu tak!" teriak Khaeera dengan nada yang geram.

Suara jangan dikatakan. Boleh bergema satu rumah tersebut dengan suaranya. Mahunya suara dia itu kedengaran oleh jiran jiran.

"Kau pandai-pandai berhutang dengan Raykal kenapa hah!" marah Khaeera.

Tidak pasal pasal dia yang menjadi tempias adiknya itu.

"Bu... bu... bukan macam tu kak." Khairul sedikit tergagap.

Khaeera angkat tangan kanan supaya adiknya berhenti bercakap.

"Jangan pura-pura lagi la Khai. Akak dah tahu semuanya! Everything I know Wan Khairul El-Aizad!" jerit Khaeera.

Khai senyap.

Masih tidak tahu apa yang mahu dikatakannya sendiri. Kakaknya sudah tahu. Maka dengan hati yang rela dia harus menerima apa yang kakaknya akan lakukan nanti.

'Senang je. Kalau kau nak hutang adik kau and kos pembedahan mak kau tu settle, kahwin dengan aku.' 

Serta merta kata kata Raykal diimbas kembali. Kahwin? Masakan dia mahu berkahwin dengan lelaki yang dianggap ahlong oleh adiknya sendiri? Mintak jauh lah!

"Whatever you want to do Khai. Apa apapun jadi, akak nak kau bayar semua hutang dia! Jangan tinggal satu sen pun. Atau kau aku halau." Pesan Khaeera sebelum dia berlari anak naik ke tingkat atas.

Khairul merengus kasar. Rambut dikusutkan.



DI balkoni rumah 2 tingkat itu, Raykal termenung memandang ke hadapan. Kepala otak ligat memikirkan cara untuk dia mendapatkan Khaeera. Dia sejenis lelaki yang tidak romantik. Mana mungkin dia akan melamar Khaeera dengan mudah sekali. Bahkan abangnya juga bukan berkahwin atas dasar lamaran namun kerana telah terlanjur tanpa kedua dua mereka ingini.

Dia bukannya sweet mana pun.

"Termenung apa tu?" soal Catriona teragak agak. Nya buat gila si Raykal ni nanti.

"Tak de apa ah. Kau kenapa datang?" soal Raykal.

"Saja. Aku nak lawat Izara. Rayden mana? Aku tak nampak pun batang hidung dia."

Raykal menjawab dengan mengangkat bahunya.

"Dia pergi markas. Jackie Pokimok tu kan dah tertangkap." Sampuk Raysa tenang .

"Serious lah?" soal Raykal . Nampaknya ketangkapan Jackie Pokimok tidak dihebohkan Rayden kepada sesiapa ahli markas pun .

"I think you should ask for Rayden. Aku yakin dia tak nak bincang hal ni sebab dekat rumah kan. Kau tahu tahu ajelah. Dia still tak nak Izara tahu about ni la tu." Sambung Raysa.

"Hurm. Nanti-nanti aku tanya. Ni aku nak kau check alamat rumah perempuan ni kejap." Arah Raykal tiba tiba.

Catriona dan Raysa sama sama memandang.

"Seriously? Siapa ni?" Soal Catriona.

"Ni? Adik dia ada hutang dengan aku. Aku tak nak dia langsaikan secepat mungkin. Sebab aku nak dia." Balas Raykal lalu tinggalkan Catriona dan Raysa di situ.

Sekali lagi Catriona dan Raysa sama sama memandang. Masing-masing berkerut dahi. Macam tak percaya sahaja.

"Betul ke tu Raykal?" soal Raysa tidak percaya.

"Ye la kut." Selepas menjawab Catriona galak menertawakan Raykal.

"Kau jangan macam macam Catty. Sembab nanti muka kau." Raysa sambung ketawa.

Catriona membalas dengan menggelengkan kepalanya.

MR MAFIA MISS DOCTOR {COMPLETE}Where stories live. Discover now