MMMD | 2

20.5K 735 13
                                    

TELAH masuk dua hari Rayyan tinggal di wad hospital. Dan tiap tiap hari itulah Rayden akan melawat anaknya itu. Berbual dan membelikannya makanan yang berkhasiat.

Tok!

Tok!

Pintu wad diketuk Izara. Dia masuk tanpa sesiapa membunyikan suara membenarkannya masuk. Walau bagaimanapun dia tetap harus masuk. Ketukan itu hanyalah untuk menyedarkan mereka yang berada di dalam untuk mengetahui bahawa ada orang di luar.

"Hai Harith? Are you getting well?" tanya Izara sambil mukanya memandang wajah Rayyan yang sedikit pucat itu. 'Harith', nama itu dipanggilnya kepada Rayyan. Rayden yang berada di sebelah kanan katil Rayyan, hanya dibuat tidak endah sahaja olehnya.

"I'm okay mummy." Balas Rayyan. Terkebil kebil mata Izara mendengar gelaran yang diberikan Rayyan olehnya. Kalau bahasa inggeris itu tidaklah dia kisah kerana Tengku Balqis telah memberitahu bahawa Rayden sering mengajar Rayyan bertutur dalam bahasa inggeris.

"Rayyan?" Rayden cuba menghalang anaknya dari memanggil Izara 'mummy'. Izara tersenyum kelat. Tidak pernah ada yang memanggilnya dengan gelaran itu. Terasa bahagia seketika kerana ada seorang hamba Allah yang berkerabat Tengku memanggilnya dengan panggilan tersebut.

"Daddy? Don't want you to marry her?" tanya Rayyan kepada Rayden.

"Who's teach you Rayyan?" tanya Rayden dengan mukanya sedikit marah. Gerun juga jika dilihat dari pandangan mata Izara. Dia hanya mampu tersenyum dan sesekali terkejut sahaja mendengar perbualan anak beranak itu.

"Uncle Raykal. He said, if I meet a woman who I want her to be my mother, I have to tell you like that." Jawab Rayyan. Dia memandang muka Izara kembali. Uncle Raykal atau nama sebenarnya adalah Tengku Hayden Raykal adalah adik kepada Tengku Hayyan Rayden. Satu satunya adik yang dia ada selepas kematian adik perempuannya.

Mulut macam setan juga. Perkara yang tidak baik baik itu memang datang darinya lah.



"I'M sorry doctor Izara. My son ..." Belum sempat Rayden menghabiskan ayatnya, Izara terlebih dahulu menyampuk.

"It's okay Tengku. I'm okay." Jawab Izara ringkas. Senyuman diukirkan. Rayden sama sekali tidak membalas senyuman yang diberikan oleh Izara.

Icebergnya kembali lagi nampaknya.

"No need to call me Tengku later." Kata Rayden. Wajah Izara sama sekali tidak dilihatnya.

"Saya pergi dulu." Pinta Izara. Tanpa menunggu jawapan Rayden dia meninggalkan lelaki itu sendirian di situ.

Nanti apa pula orang fikir. Dia tidak mahu malukan umi dan walidnya. Walaupun dia tahu umi dan walidnya tidak menyesal ada anak sepertinya.

Anak yang taat dan sopan santun. Namun satu sahajalah yang dia geram sangat dengan anak tunggalnya itu. Masih belum-belum kahwin. Umur sudah mahu masuk 25 tahun.

Belajar di Amerika selama 2 tahun mendapatkan Izara bekerja di hospital walidnya sendiri atau nama sebenarnya Haji Imran.

Uminya juga tidaklah kurang. Percaya pada anak yang satu ini. Apa pun yang dibuatnya Hajah Jasmin sangat mengenali anaknya. Tidak akan mengotorkan nama ibu bapa.



PINTU rumah agam milik Tengku Hayyan Rayden ditolak kasar. Mendengar berita anak saudaranya cedera itu cukup merisaukan Tengku Hayden Raykal. Tengku Balqis yang berasa di ruang tamu itu dengan segera mengangkat kepala. Mana tidaknya, mahu dia ingat penceroboh telah masuk.

MR MAFIA MISS DOCTOR {COMPLETE}Where stories live. Discover now