MMMD | 5

17.5K 639 37
                                    

IZARA menjenguk ke taman mini yang dikatakan oleh Tengku Balqis sebentar tadi. Malas pula rasanya mahu menghadap dengan beruk itu.

Eh sorry tersalah. Rayden itu.

"Err? Nak jumpa tak nak? Nak ke tak nak?" Izara bermonolog sendirian di hadapan pintu taman mini itu. Sudah dia lihat susuk tubuh Rayden yang mengenakan baju kemeja berwarna biru tua sedang termenung memandang langit gelap itu.

Kemudian dipusing kembali tubuh membelakangi Rayden.

Kau bayangkanlah betapa handsomenya dia bila mengenakan baju tersebut. Rasa nak peluk peluk je tubuh dia. Ee. Geramnya! Nasib ku tahu halal haram. Kalau tak, dah lama tubuh Rayden tu dia peluk dari belakang sebegitu.

Sedar weh sedar! Duda orang tu!

"Kau nak apa?" soal Rayden dingin. Tersentak Izara apabila mendengar lontaran soalan daripada mulut Rayden. Pantas dia menoleh ke arah Rayden kembali.

Dia perasankah? Bodoh! Kalau dia tak perasan takkan dia tanya soalan tu dekat kau Izara.

Perlahan-lahan Izara menghampiri Rayden yang tangannya masih menyeluk poket seluar. Terkaku-kaku dia melihat wajah bengis Rayden yang sedang memandang ke arahnya. Kedua dua tangannya dimainkan.

"Awak?" terjeket-jeket jari telunjuknya menolak bahu Rayden. Berlapik dengan baju. Tak apa kan? Namun Rayden sedikit pun tidak berganjak dari kedudukannya sekarang.

"Awak? Janganla marah marah. Awak tu dah la tua. Lepastu nak marah marah pula. Awak nak ke muka awak berkerut 4000 hah?" tanya Izara. Berani juga ye minah ni.

"Kau cakap apa? Aku tua?" soal Rayden dingin. Minah kepoh ni menyemakkan kepalanya sahaja. Sedap mulut dia cakap aku tua? Aku ni muda lagi tau. Baru 35 tahun. 

Dah la malukan dia dengan tolak dia depan semua. Jatuh sahamnya apabila ditahan gelak oleh kesemua sahabat dan sepupunya itu. Bahkan adiknya sendiri juga. Namun Raysa... Betul-etul memalukannya lah! Ada ke pergi gelak betul-betul? Izara mengetap bibirnya. Rayden bergerak sedikit demi sedikit mendekati Izara. Izara yang terkaku kini sudah mula berganjak sedikit demi sedikit. 

"Ya allah kau tolonglah hambamu ini." Suara hati Izara berbunyi.

"Mummy! Daddy!" kedua duanya tersentak apabila gelaran itu dipanggil oleh Rayyan. Cepat cepat Izara mengambil kesempatan menolak dada bidang milik Rayden itu.

"Hey sayang? What you want?" tanya Izara. Dia mencangkung bagi menyamakan ketinggiannya dengan si kecil Rayyan.

"I want you to sleep here." Ujar Rayyan. Apa lagi, mata Izara terus terbuntang luas lah. Baju juga dia tidak ada. Apakan lagi barang dalam.

"Errr... ."

"Boleh ye Izara? Malam ni aje." Pujuk Tengku Balqis pula .

"Tapi aunty... Errr... Izara tak ada bajulah." Jawabnya sedikit gagap. Terima? Tak juga. Tapi disebabkan Rayyan sudah memluk kakinya itu membuatkan dia terasa serba salah.

"Baju arwah anak aunty ada. Jangan risau." Jawab Tengku Balqis senafas. Dia mahu sangat Izara tidur di sini.

"Err... Saya call umi saya dulu ye Aunty?" Tanya Izara. Tengku Balqis sekadar mengangguk.

Telefon yang dipegang di on kan . 

"Assalamualaikum umi?"

"..."

"Malam ni Zara tak balik ye umi? Aunty Balqis ajak tidur sini."

"..."

"Terima kasih umi. Nanti umi inform walid tau. Takut dia risau."

MR MAFIA MISS DOCTOR {COMPLETE}Where stories live. Discover now