MMMD | 15

14.1K 446 7
                                    

KERUSI yang sedikit jauh dari bilik Izara ditempatkan di duduk Raykal. Sampul berwarna coklat yang baru sahaja diberikan oleh Nadia itu di buka perlahan lahan. Sempat juga dia mengeluh sebelum membuka sampul itu. Agak agak apa isinya? Dia juga buntu.

Beberapa keping kertas bersaiz A4 dikeluarkan dari sampul itu. 

"What's is this?" soal Raykal pada diri sendiri.

"Butiran peribadi Jackie pokimok?" Raykal angkat kening sebelah.

"Kenapa dia bagi aku? Dia macam tahu tahu je yang aku..." Jeda. Raykal angkat mukanya memandang dinding di hadapannya.

"Takkanlah dia?" Raykal bangun dai kedudukannya. Sebuah bilik doktor dilaluinya. Namun dia berhentikan langkahnya apabila mendengar suara yang tidak asing darinya.

Raykal mendekatkan telinganya di pintu tersebut. Matanya melilau mencari gerangan yang sedang bercakap.

"Khaeera? Dia buat apa dekat sana?" soal Raykal sendiri. Matanya tak lari dari memandang Khaeera dari luar bilik Doctor yang bernama David itu.

'Saya minta maaf Khaeera, pembedahan itu harus dilakukan dengan segera. Pihak atasan juga tidak menggalakkan untuk membayar kos pembedahan itu dengan beransur ansur.' Kata Doktor David sayu.

Khaeera mengangguk faham.

'Tapi Doktor...' Jeda. Khaeera memandang wajah Doktor David.

'Saya takde duit nak bayar kos pembedahan tu. Saya harap Doktor faham.' Kata Khaeera. Air matanya turun membasahi pipi.

'Bukan ke awak pilot?' tanya Doktor David.

'Pilot?' tutur Raykal perlahan sambil mengerutkan dahi.

'Saya...' Jeda. Khaeera mengelap air matanya.

'Kena gantung. Duit saya semua kena sekat dengan bank.' balas Khaeera. Yang dia ada sekarang ini hanyalah duit simpanan ayahnya sahaja. Itupun tidak pernah dia guna.

Baki duitnya sebelum digantung kerja itu masih ada. Namun tidak mencukupi juga jika mahu mencampurkan duitnya dan duit yang ditinggalkan arwah ayahnya. Raykal terbulat mata. Perempuan yang suka menyakatnya itu pilot? Macam tidak percaya sahaja. Timbul idea gila di dalam kepala otaknya.

Terus kaki mengatur langkah meninggalkan kawasan itu.



"WOI Raykal!" jerit Carl dengan seribu perasaan marah. Raykal sudah berada di atas katil di sebelah Izara.

Terhibur Izara dengan kelakuan adik iparnya itu bersama Carl. Izara yang hendak makan juga terasa seperti tertangguh.

"Woi! Korang jangan macam-macam eh. Bini aku nak makan ni." Pantang betul Rayden apabila orang lain mengganggu kedamaian isterinya.

"Takpelah. Biarkan ajelah." Izara membantah percakapan Rayden sambil tangan sasa Rayden dipegang lembut.

"Entah kau! Orang sakit pun tak macam kau. Kau lelebih nak marah kenapa? Period?" tanya Carl.

Shit kau Carl!

"Ei kau! Aku potong gaji korang semua!" teriak Rayden tidak puas hati.

Carl dan Raykal terbulat mata mendengar soal gaji.

"Alololo bos yang handsome lagi macho sado. Jangan la potong gaji saya. Kesian anak bini saya nanti bos." Carl memujuk.

"Banyak la kau anak bini. Sunat pun tak lagi." Rayden ketawa selepas itu. Izara juga sudah menahan ketawa.

MR MAFIA MISS DOCTOR {COMPLETE}Where stories live. Discover now