MMMD | 25

9.5K 335 6
                                    

KAKI Izara melangkah ke arah dapur rumah tersebut. Dia membuka peti ais lalu sebekas aiskrim berperisa coklat itu dia keluarkan. Kakinya berjalan pula ke arah meja di dapur itu. Lalu sebuah mangkuk dia capai selepas aiskrim di dalam bekas tersebut dia daratkan di atas meja itu. 

Setelah mangkuk dan sudu kecil dia capai, dia menarik kerusi lalu duduk di atasnya. Dia rapatkan sedikit badannya ke arah meja tersebut. Lalu penutup aiskrim itu dia buka. Entah kenapa, dia mengidam mahu makan aiskrim pula di tengah malam ini. 

Apa boleh buat. Dia rasa nak terkam sahaja dari tadi aiskrim ni. Tapi kalau dia makan depan semua, semua pasti akan hairan. Izara paling tidak suka aiskrim berperisa coklat. Ini juga dibeli kepada Rayyan. Si kecil itu, perisa apapun dia lahap asalkan aiskrim. 

"Sayang?" Rayden tegur Izara semasa Izara sedang makan aiskrim yang sudah berada di dalam mangkuk di tangannya itu.

Sungguh ralit dia makan smapai suaminya turun juga dia tidak perasan.

"Kau buat apa ni?" soal Rayden. Dia masih separuh sedar. Kemudian kepalanya terteleng melihat ke arah jam yang tersangkut rapi di dinding dapur itu. Jam sudah menunjukkan jam 2.30 pagi.

"Makan aiskrim pagi-pagi?" soal Rayden hairan.

Izara tersenyum sahaja. Dia suapkan sesudu lagi aiskrim ke dalam mulutnya.

"Bukan ke kau tak suka aiskrim coklat?" tanya Rayden ahiran. Dia genyeh matanya perlahan. Lihat ssi isteri yang sedang melahap itu.

"Tapi saya teringin sangat la. Jangan la marah." Rengek Izara.

"Ya, ya. Makanlah." Balas Rayden. Dia bangun lalu berjalan ke singki. Dia basuh mukanya supaya menjadi segar sedikit.

Kemudian matanya tertacap pada kereta Lamborghini yang terparking di sebalik pokok tidak jauh dari rumahnya. 

"Awak buat apa lama sangat tu?' 

Izara berpaling melihat si suami. Dia pula naik cuak. Suaminya tengok apa? Nahaslah dia kalau dia tahu yang lelaki itu sedang menjaga kawasan rumah ini. Mesti Rayden akan anggap yang dia tu adalah musuhnya. Mati aku! Fikir Izara.

"Tak ada apa lah. Cepat lah makan. Naik tidur." Izara mengangguk. Dia berjalan ke arah peti dahulu lalu aiskrim disimpan. Kemudian, dia menuju pule ke singki. Sambil membasuh mangkuk dan sudu itu, dia sempat mengerling ke arah kereta Lamborghini yang terparking itu.

Nahaslah dia!



MACAM biasa, Izara menyediakan pakaian suaminya yang berada di wardrobe. Pakaian yang sesuai untuk suaminya ke pejabat bersama seluar yang telah dia matchingkan. Kemudian, dia mengambil pula tali tie untuk suaminya itu. Setelah itu dia berjalan ke arah tingkap bilik. Langsir dia selak sedikit. Kereta Lamborghini semalam dia lihat. Sudah tidak ada. Mungkin semasa Subuh tadi dia balik. 

Dia berharap agar Rayden tidak mengesyaki apa-apa. 

"Sayang." Suara Rayden mengejutkan Izara yang termenung jauh di tingkap tersebut.

"Ya hubby. Baju awak saya dah siapkan. Nak pakai jam mana?" Izara bertanya. Persoalan Izara tidak dia jawab. Rayden melihat isterinya hairan. Kenapa tiba-tiba rajin sangat ni? Tiba-tiba sahaja ni. Namun dia akur juga akhirnya. Dia masuk ke wardrobenya. Lalu pakaian yang disediakan isterinya dipakai. 

Setelah selesai memakai baju, Rayden keluar dari wardrobe tersebut. Dia melihat Izara sedang asyik dengan telefon intarnya. Tidak lama kemudian, pintu biliknya dikuak dari luar.

"Mummy! Rayyan dah siap." Ujar si kecik tersebut.

Izara letak telefon pintarnya di atas meja tersebut. Dia menghampiri Rayyan. Manakala Rayden pula menghampiri meja solek isterinya. Dia berdiri betul-betul di hadapan meja itu. Tiba-tiba dia terdengar bunyi notifikasi halus dari telefon Izara. Tangannya yang sedang membutangkan lengan bajunya terhenti seketika.

Dia memandang ke arah tempat isterinya berada tadi. Tiada. Mungkin Izara ke bilik Rayyan untuk mempersiapkan semuanya. Rayden mencapai laju telefon pintar Izara. Dia tidak terus membuka aplikasi whatsapp tersebut, tetapi hanya melihat dari notifikasi atas telefon sahaja. Mesej yang diterima Izara membuatkan Rayden sedikit terkejut.

'Puan muda jangan risau. Saya tak akan dedahkan identiti saya. Rahsia Puan muda selamat dengan saya.'

Pesanan yang hebat! Rahsia?

"Puan muda? Look interesting." Dia mengawal amarahnya. Pagi-pagi sudah buat moodnya seweng. Rayden mengeluarkan telefon pintarnya lalu nombor yang berada di panggilan log Izara disalin. Begitu juga nombor yang tertera di notifikasi tersebut. Nombor yang Izara sama sekali tidak simpan. 

Tidak lama kemudian, Pintu bilik ditolak perlahan. Izara masuk dengan senyuman yang manis. Dia mendekati Rayden. Dia mencapai tali tie si suami. Rayden hanya beriak biasa walaupun dalam hatinya sudah terkubur seribu satu persoalan.

"Aku balik lewat sikit hari ni." Rayden berusra keras.

"Kenapa?" soal Izara sambil membetulkan tali tie yang berada di leher suaminya sekarang.

"Ada la kerja aku." Balas Rayden kasar menyentakkan Izara.

"Saya nak pergi hospital kejap. Saya balik dengan Harith nanti."

"Suka hati kau lah!" tiba-tiba Rayden membentak. Izara sedikit terkejut. Suaminya itu terus melangkah keluar dari bilik tersebut. 

Izara turut turun. Semasa di meja makan, Rayden tidak banyak bercakap seperti selalu. Raykal juga kehairanan. Majlis kahwinnya lagi tersesisa tiga hari. Jangan pula la abangnya ini buat hal. 

"Bergaduh ke?" bisik Raykal semasa selesai memakai stokin. Rayden sudah berlalu pergi.

"Entah la Kal. I tak tahu apa salah I. Tiba-tiba je dia melenting." Izara memabalas hambar.

"Tolong jangan buat hal tau. Majlis kahwin I dah nak dekat. Jangan pula salah seorang dari you all tak ada nanti." Pesan Raykal. Kemudian dia berjalan ke arah kereta Toyota Mercedez nya. 



IZARA melangkah masuk ke dalam banguann tersebut. Semasa mahu menuju ke arah biliknya, ramai yang menegurnya. Maklumlah sudah lama dia tidak datang ke sini kan. Mesti semua sudah lupa akannya. Doktor paling ceria dahulu kala di sini. Sangat ramah.

Manis senyumannya. 

"Selamat pagi doktor." Salah seorang memberi ucapan tersebut kepada Izara. Izara tersenyum manis.

"Selamat pagi." 

Semasa tiba di biliknya, dia berjalan ke arah meja kerusinya yang sudah lama terbiar begitu. Kata Haji Imran, tiada sesiapa yang boleh duduk di meja dan bilik tersebut kecualinya sahaja. Apa-apa sahaja yang ada di dalam bilik itu adalah hak miliknya. Termasuklah kepala tengkorak yang menjadi model setia di biliknya itu.

Izara tergelak kecil tanpa sedar. Dia meletakkan beg tangannya di atas meja tersebut. Kemudian, dia duduk di atas kerusi yang ada di situ pula. Setelah itu, dia mencapai fail-fail yang berada di atas mejanya.

"Apa ni? Banyaknya."Reaksinya sedikit terkejut. 

 Satu persatu fail itu dibukanya. Tiada apa sangat yang penting. Semuanya fail berkenaan pesakitnya. Kemudia dia tertoleh ke arah fail berwarna biru. Fail tersebut dia tarik. Izara tersenyum senget.

Dia berfikiran sedikit matang. 

Dia mencapai telefon pintar yang berada di dalam beg tangannya. 

"Hello?" Sebaik sahaja panggilan diangkat dia terus menyapa. 

"Kak Fa ada dalam bilik ke?" soal Izara.

"Ada Iz kenapa?" soal pemanggil yang diabahasakan Kak Fa itu.

"Saya nak akak periksa saya. Saya rasa macam dah ada la kak." Izara tersenyum manis.

"Haa. Boleh sangat tu. Datanglah. Akak free ni." 

Panggilan dimatikan. Izara meletakkan talefon bimbitnya di dalam poket seluarnya. Lalu dia keluar menuju ke arah bilik Faizah. 

MR MAFIA MISS DOCTOR {COMPLETE}Where stories live. Discover now