MMMD | 24

9.6K 353 1
                                    

PAGI yang cerah. Hari yang indah. Suasana yang sangat bingit dengan kedatangan kesemua kawan-kawan Rayden dan Raykal ke rumah. Hari yang ditunggu? Masih belum. Majlis Raykal masih tersisa empat hari. Tetapi rumah ini sekarang sedang dihiasi dengan kemesraan dan keceriaan di dalam rumah yang sangat lain sekali. 

Di dapur, Izara sedang menyiapkan minuman buah-buahan kepada semua yang berada di luar. Semasa ingin menuangkan buah nenas dari dalam tin, telefonnya tiba-tiba sahaja berdering dengan kuat. Izara yang sedang menuangkan buah nenas segera itu terus terbantut mengerjakannya. Telefon yang lantang berbunyi tadi di sapa dahulu. 

Nombor talian yang terpapar di skrin tersebut membuatkan Izara mengeluh perlahan. 

"Dia nak apa lagi ni?" keluh Izara sambil nafas ditarik serentak dilepaskan.

Panggilan tersebut Izara angkat dengan ragu. Sempat dia berpaling kiri ke kanan sebelum dia mengangkat panggilan itu. 

"Hello. Awak nak apa lagi ni? Saya dah cakap kan, saya tak akan terlibat dengan hal-hal itu semua. Tak faham ke?" marah Izara serentak berpaling ke belakang melihat kalau ada yang sedang memerhati gelagatnya.

Sang pemanggil masih lagi senyap. 

"Saya perhatikan Cik muda dari luar kawasan rumah. Kalau Cik muda rasa Cik muda nak selamat, Cik muda boleh suruh suami Cik muda batalkan majlis ini sekarang dan tutup semua jendela dan pintu." Panggilan terus termati begitu sahaja.

Izara berkerut dahi. 

"Hello? Hello?" sedikit menempik Izara memanggil. Namun suaranya masih terkawal takut-takut kedengaran oleh orang. Talefon pintarnya kemudian diletakkan di atas meja dapur tersebut. 

"Apa maksud dia? Nak selamat?" fikir Izara serentak mematikan pandangannya apabila melihat seseorang yang berada di atas bumbung rumah tidak jauh dari rumah Rayden yang sedang memegang sebatang sniper.

Izara terus sahaja menutup jendela tersebut. Kemudian kakinya melangkah ke arah ruang tamu. Dengan sikap peliknya ingin menyelamatkan semua, dia terus sahaja menutup pintu utama rumah memandangkan tiada sesiapa pun yang berada di luar. 

"Kenapa ni sayang?" soal Rayden hairan.

"Saya... Saya..." ketar-ketar tangan Izara semasa bercakap. 

"Sayang, relaks." Rayden cuba tenangkan si isteri.

"Saya nampak seseorang, sedang pegang sniper. Atas bumbung tak jauh dari rumah kita." Balas Izara.

"What? Are you sure?" hanya mahukan kepastian, Rayden beratnya. Dia memandang sekeliling rumah tersebut.

Izara hanya mampu mengangguk sahaja. Dia mahu sahaja menangis sekarang ini.

"Everyone! Ready! Tutup semua pintu!" arah Rayden apabila matanya tertacap kepada seseorang yang sedang memegang sniper. Rayyan sudah berlari ke arah Izara. Peluk Izara seeratnya.

"Raykal! Leo! Bersedia!" jerit Rayden. 

Raykal dan Leo mengangguk. Mereka berlari menuju ke tingkat atas. Beberapa minit kemudian, mereka turun dengan dua buah beg yang di dalamnya ada beberapa pistol. 

"Catty! Raysa! Ambil ni." Raykal mencampakkan pistol ke arah kedua mereka. Kedua mereka menangkap dengan cekap.

"Tuan!" seorang lelaki berjaket hitam menghampiri Rayden.

"Kau periksa seluruh kawasan rumah. Jaga setiap sudut. Jangan bagi ada satu pun ruang." Arah Rayden.

BANG! 

BANG!

Semua terkejut. Para yang lain mula menjerit. 

"Apa tu?" dengan muka terkejutnya, Fayden menyoal. 

MR MAFIA MISS DOCTOR {COMPLETE}Where stories live. Discover now