MMMD | 40

10.2K 303 0
                                    

LANGKAH kakinya melangkah betul-betul menuju ke arah Rayden yang sedang termenung hebat di atas gazebo mansion tersebut. Perlahan dia menghampiri Rayden lalu duduk di atas gazebo itu bersebelahan dengan Rayden.

"Tak tidur lagi?" tanya Rayden apabila mendapati isterinya berada di sebelahnya sekarang.

Tadi dia nampak macam Izara sudah mahu tidur. Sebab itulah dia turun duduk di gazebo ini. Ingatkan Izara benar-benar tidur rupanya tidak. Isterinya rupa-rupanya masih segar. 

"Saya minta maaf. Disebabkan saya, musuh awak makin bertambah dan keselamatan kita semua sudah tidak dijamin selamat." Izara bersuara perlahan. Dia memandang ke arah kolam mandi di hadapannya sekarang.

Rayden mendekatkan dirinya ke arah Izara. Tangan Izara digenggam dengan tangannya. Matanya memandang ke arah wajah sang isteri yang begitu cantik di matanya. Izara angkat muka pandang wajah Rayden.

"Kau tak salah apa-apa. Kau sepatutnya tak kahwin dengan aku Izara. Aku minta maaf dengan apa yang terjadi dahulu." Ujar Rayden perlahan. Air mata yang mahu turun ditahan.

"Tapi saya tetap rasa sebersalah dengan awak Rayden. Saya punca semua ni jadi. Saya minta maaf Rayden. Awak buat lah apa awak nak buat Rayden. Saya dah buntu nak cari jalan keluar dari dunia ni. Betul kata awak, sekali dah masuk, sampai bila-bila pun akan tersekat." Balas Izara laju.

"Aku faham Izara." Kuat Rayden berkata.

"Aku faham..." sekali lagi dia mengulang ayat yang sama.

"Walau apapun yang berlaku, aku tetap nak kita bersama Izara." Mata Izara berair.

"Kita akan tetap bersama Rayden. Saya takkan tinggalkan awak dan saya nak awak janji dengan saya yang awak pun tak akan tinggalkan saya." Pegangan tangan Rayden kini semakin kemas di tangan Izara.

"Awak kena janji dengan saya Rayden." Air mata Izara akhirnya gugur juga.

Khaeera yang memerhati dari dalan rumah itu hanya mampu menahan sebak sekali gus mempamerkan riak wajah yang agak muram. Tiba-tiba bahunya ditepuk seseorang.

"Kus semangat. Awak ni dah kenapa? Kalau saya ada penyakit jantung macam mana? Tak ke arwah malam ni." Balas Khaeera keras kepada si suami. Siapa lagi kalau bukan Tengku Hayden Raykal.

"Hehe. Kau buat apa dekat sini?" Raykal menyoal lalu matanya memandang ke arah luar.

"Oh... Kau menghendap diorang eh?" teka Raykal sambil buat muka yang agak nakal.

"Mana ada." Nafi Khaeera lalu dia melangkah mahu ke dapur.

Raykal mengikut rentak kaki Khaeera yang sedang menuju ke arah dapur. Kemudian dia mencapai sebiji gelas dan menadah air coway untuk diminum. Tekaknya terasa kosong dan kering sahaja.

Raykal duduk di kerusi yang berada di meja makan di dapur itu. Matanya tak lekang daripada memandang ke arah Khaeera yang berada di hadapannya. 

"Raykal." Panggil Khaeera.

"Apa dia?" tanya Raykal lalu sebiji buah oren yang berada di atas meja itu dicapai. Kulit buah oren tersebut diakupasnya perlahan-lahan. Malam-malam buta makan oren pun syok juga.

Raykal makan la apapun dan bila pun tetap akan syok. Tak ada istilah menolak kalau bab makanan ni. 

"Kak Zara dengan abang Rayden tu ada masalah apa-apa ke?" pertanyaan Khaeera membuatkna Raykal terkelu.

"Bukan apa-apa pun. Kau tak faham." Balas Raykal.

Khaeera tarik muka sedikit. Raykal yang nampak mula menimbulkan rasa serba salah. Lelaki dingin macamnya juga mengenal erti serba salah. Kenapa lelaki lain yang hanya memaparkan tarafnya sebagai seorang yang baik hati tidak ada erti serba salah?

MR MAFIA MISS DOCTOR {COMPLETE}Where stories live. Discover now