MMMD | 3

19.4K 684 7
                                    

KERETA Lamborghini milik Raykal memasuki kawasan rumah agam milik Tengku Hayyan Rayden itu. Diparking kereta tersebut di dalam garaj. Pintu di mana tempat Rayyan duduk dibuka oleh Raykal. 

"Come!" sambil menghulurkan tangannya kepada Rayyan dia berkata. Tanggan Rayden disambut baik oleh Rayyan menandakan dia sedang berada di dalam fasa baik.

"Welcome back after one week you at hospital Rayyan." Kata Raykal cuba menggembirakan Rayyan.

"I want mummy." Terkejut semua dengan permintaan si kecil Tengku Harith Rayyan itu. Riak si kecil itu hanya biasa biasa sahaja. Seperti apa yang diminta itu boleh dibeli dikedai pula.

Rayden mengambil posisi di hadapan Rayyan. Dia duduk mencangkung di hadapan si cilik itu.

"Mummy will come tomorrow orait." Tipunya. Cuba menyedapkan hati si kecil itu.

Takut juga dia apabila anaknya itu mengamuk nanti. Nampak sahaja dari luarannya lembik begitu. Namun di dalam membara api yang merasuk tubuhnya.

Dia tersenyum kecil. Terus berlari masuk ke dalam rumah. Tengku Balqis menepuk beberapa kali bahu anaknya. 

"Nanti mama handle."

Terus Tengku Balqis mengatur langkah masuk ke dalam rumah. 

"Nanti mama handle? Apa maksud mama?" bermonolog Rayden sendirian di luar rumah.

"Weh anak beruk! Kau tak nak masuk ke!" jerit Raykal dari dalam rumah. Duduk di birai pintu itu sahaja Hehe.

"Sabarla beruk!" balas Rayden dengan teriakan juga dari luar rumah. Kalau tak berbabi berberuk berbinatang dengan Raykal memang tak sah. Dari dulu sampai sekarang, memang itulah bahasa yang digunakan mereka.

Belum sempat Rayden melangkah masuk. Pagar rumahnya tiba tiba terbuka luas. Sebuah kereta Audi, Porsche dan Lamborghini masuk ke dalam kawasan rumah.

Sudah dia duga siapa yang datang. Fayden, Raysa dan Sofea keluar dari perut kereta Audi. Manakala Zarith, Carl dan Leo pula keluar dari kereta Porsche. Dayyan, Catriona dan Izzat dari perut kereta Lamborghini.

"Bro!" jerit Izzat. Terus mereka berlaga tangan. Raykal yang terdengar bising bising di luar terus melangkah kaki ke luar. Kelihatan Carl menyandarkan dirinya di kereta Lamborghini miliknya yang baru sahaja ditukar cat kuning premium semalam.

"Weh Carl! Kereta aku babi! Rosak cat la gila!" jerit Raykal. Sayang betul dia kalau mengenai kereta itu. Arwah ayah hadiahkan kut. Memang la sayang. Amanah ni. 

Carl pula masih tidak berganjak dari kedudukannya. Selamba sahaja dia bersilang tangan dan terus menyandarkan dirinya di kereta tersebut. Nak naikkan amarah Raykal la katakan. Raykal datang mendekat.

"Tepi kau." Ditolak tubuh Carl dari terus menyandar di kereta Lamborghini kesayangannya itu. Dia menggosok gosok keretanya, dimana tempat Carl menyandar tadi.

"Urhh kereta je pun." Keluh Carl.

Raykal jeling ke arah Carl. Carl mengalihkan butir matanya ke arah lain. Malas mahu melayan perangai kebudak budakan adik bosnya itu, a.k.a bos sementaranya. HAHA.

"Korang boleh tak, tak gaduh?" tanya Dayyan. Naik pening kepalanya menghadap perangai kebudak budakan mereka itu.

"Kau senyap." Jerit Carl dan Raykal serentak. Senyap gu lawan. Terkaku sebentar Dayyan mendengar jeritan kedua dua makhluk itu.

"Aku pula yang kena?" soal Dayyan balik. 

"Kau ada job ke?" tanya Catriona. Perempuan ni pantang cakap pasal job. On selalu.

MR MAFIA MISS DOCTOR {COMPLETE}Where stories live. Discover now