MMMD | 13

14.9K 490 5
                                    

TERKETAR ketar tangan Rayden memegang tangan Izara yang masih ber IV drip itu. Air mata jantannya keluar perlahan lahan. Bagaimana dia mahu merungkaikan setiap soalan dari isterinya itu? Bagaimana jika isterinya masih belum tahu yang dirinya berpenghuni seketika? Bagaimana jika isterinya itu tidak dapat menerima takdir itu?

Dia buntu. Dia tidak sanggup mahu mengungkapkan setiap kata tentang arwah anaknya yang diberi nama Tengku Hadif Rayfal bin Tengku Hayyan Rayden itu.

"Sayang?" tutur Rayden lemah. Tangan Izara dikucup lembut.

"I'm sorry for being you and our son in dangerous zone dear. Aku tak jaga kau elok elok. Aku tak jaga anak kita elok elok." Ucap Rayden. Perut Izara yang sudah tidak berpenghuni itu digosok perlahan. Air matanya tidak henti-henti mengalir dari tadi.

"Aku gagal untuk jadi seorang bapa untuk anak kau. Anak kita sayang." Lirih sahaja percakapannya pada ketika itu. Belakang tapak tangan Izara dikucup berkali kali.

Pintu bilik yang bertentangan dengannya terasa dibuka. Dengan cepat dia mengelap air matanya dari terus mengalir. Dia tidak menoleh melainkan pandangan tetap memandang ke arah Izara yang masih terbaring.

Raykal berserta geng lain masuk ke dalam bilik di mana Izara ditempatkan. Dia mengeluh berat melihat nasib abangnya itu. Dahulu ditinggalkan isteri, sekarang ditinggalkan anak. Isteri pula tidak sedar.

Apalah nasib abangnya lagi nanti.

"Bang?" suara Raykal memecahkan kesunyian bilik itu. Rayden memandang sekilas. Hajah Jasmin dan Haji Imran sudah pulang sebaik sahaja lebih kurang dua jam mereka menunggu di situ kerana Rayden pulang mandi dan makan serta menguruskan apa yang patut.

Manakala Tengku Balqis dihalang berjumpa dengan Izara mahupun keluar ke mana mana oleh Raykal dan Rayden begitu juga Fayden kerana bimbang akan keselamatannya yang selalu bersama Rayyan.

Sekarang tempat yang paling selamat hanyalah rumah. Ya, rumah. Rumah tempat yang paling selamat! Rumah ibu bapa mertuanya juga kini dilengkapi alat CCTV dan diupah beberapa orang pengawal untuk memastikan keselamatan mereka terjamin.

Nasib juga ibu dan bapa mertuanya itu faham akan dirinya yang mafia setelah diceritakan dengan tenang. Tengku Balqis juga tidak kurang terkejutnya. Dia ingat kumpulan mafia yang dibina oleh arwah suaminya itu sudah tidak aktif.

Namun lain pula jadinya sekarang apabila mengetahui anak anaknya itu masih mengambil alih kumpulan tersebut.

"Aku yakin tak lama. Inshaallah nanti sedarlah tu." Sambung Raykal. Dia berjalan meluru ke arah sofa yang disediakan di dalam ward VVIP tersebut.

"Rayden? Aku... Ucapkan takziah" Gegendang telinga Rayden terkesima apabila mendengar ayat yang ditutur sepupunya Sofea. Sofea keluar dari bilik tersebut.

Dia menoleh ke arah kanan. Matanya tertumpu kepada lelaki berjaket dan bertopi keledar hitam itu. Dia cuba mengejar namun tangannya tiba tiba dirangkul seseorang. Dia menoleh. Kakinya yang tersarung heels 6 inci serta merta terhenti. Dia memalingkan wajahnya ke arah gerangan di belakang.

"Hai Sofea." Sapa lelaki yang lengkap berbaju doktor itu. Sofea pandang dia atas bawah. He's look like...

FAMILIAR.

"Hai. What's you want?" tanya Sofea keras sebaik sahaja dia mengingati lelaki yang sedang berdiri di hadapannya sekarang ini. Jelingan diberikan menandakan dia memang tidak suka akan kehadiran lelaki itu.

Matanya ditutup rapat cuba menahan air mata dari mengalir keluar membasahi pipi. Dia menjeling ke arah lelaki di hadapannya.

"Kenapa sombong sangat Sofea? I mana pernah buat salah dengan you kan?" soal doktor lelaki itu lagi. Tidak putus putus asa dia mahu mengambil hati Sofea. Sejak bulan 8 tahun lalu lagi dia selalu muncul di hadapan Sofea.

MR MAFIA MISS DOCTOR {COMPLETE}Where stories live. Discover now