MMMD | 33

9.4K 354 5
                                    

SELEPAS sahaja Raykal pulang, Izara terus masuk ke dalam biliknya. Rayyan dibawa Raykal pulang. Ianya dititipkan oleh Rayden. Rayden tidak hadir. Rayden tidak mahu datang barangkalinya. Jijik betul lelaki itu dengan dirinya. Bukan sahaja dirinya, malah kesemua ahli keluarganya juga sehingga tidak datang pun. Walaupun tidak mahu berjumpa dengannya, datanglah dengan tujuan ingin berjumpa walid dan umi.

Izara menangis teresak-esak di balkoni bilik tersebut. Dia menangis dan menangis lagi. Sesekali air mata yang jatuh ke pipinya turun ke bajunya. Dia menahan air mata tersebut, namun tidak mampu. Kesemua kenangannya bersama Rayden diingat kembali. Kenangan dari awal perkenalan sehingga mereka akhirnya berkahwin dan seterusnya bergaduh. Semuanya kini terngiang-ngiang di telinganya. 

'Sampai bila kau nak peluk aku ni?'

'Maafkan aku Izara. Aku tak sengaja.'

'Berdosa tak dengar cakap suami.'

'Aku nak mandi. Bukakan baju aku.'

'Apa sayang?'

'Aku tak nak tengok muka kau! Kau keluar dari rumah aku sekarang!'

Semua itu menyakitkannya. Apa yang mampu dia lakukan? Tiada apa yang dapat dia lakukan. Rayden bukan mahu mendengar penjelasannya pun. Tanpa Izara sedar, Rayden sedang memerhatikannya dari dalam kereta di hujung rumahnya. 

"Aku minta maaf sayang. Aku tak boleh tipu diri aku. Aku sayang kau. Kau maafkan aku ya." Rayden mengomel sendirian. 

Setelah itu, keretanya meluncur laju meninggalkan kawasan tersebut. Dia tidak mahu berlama. Takut juga kalau Izara tersedar dengan kehadirannya di situ.

"Saya sayangkan awak Rayden. Awak sepatutnya dengar dulu penjelasan saya." Izara menangis lagi. 

Beberapa saat selepas itu, dia mengelap air matanya. Kakinya melangkah mausk ke dalam bilik tersebut. Dia duduk di atas katil secara berlunjur. Badannya tidak direbahkan sepenuhnya malah hanya separuh. Dia menggosok lembut kulit perutnya. 

"Anak mummy." Kata Izara smabil mengelus perutnya lembut.

"Mummy minta maaf sebab tak beritahu daddy tentang kehadiran awak. Mummy takut nak beritahu daddy. Mummy takut dia tuduh yang bukan-bukan dekat mummy. Maafkan mummy sayang." Jelas Izara sambil air matanya bertakung.

Izara menangis sehingga dia tertidur di situ. Sedar sahaja daripada tidur, jam telah menunjukkan pukul 3.30 pagi. Izara lantas membetulkan posisi tidurnya. Hari esok bakal menjadi hari yang baru dalam hidupnya. Dia bakal lakukan sesuatu untuk itu. Dia bakal buat semua orang kagum melihat dirinya esok dan hari-hari seterusnya. Sementara perutnya masih kempis, bolehlah dia melakukan hal yang harus selesaikan dahulu.



"PAGI." Izara menyapa Haji Imran dan Hajah Jasmin di meja makan. Mereka sedang menikmati sarapan pagi yang telah disiapkan oleh Hajah Jamsin, isterinya dan umi kepada Izara itu. 

"Pagi. Ceria semacam je, ada apa-apa ke?" soal Hajah Jamsin hairan. 

Izara mengambil dua keping roti lalu dimasukkan ke dalam toaster tanpa wayar itu. Dia pandang wajah walid dan uminya. Kedua-dua mereka sedang memandangnnya dengan hairan sekali. 

"Kenapa pandang El macam tu? Ada sesuatu yang tak kena ke?" tanya Izara hairan. 

"Pakai baju macam ni nak pergi mana?" Haji Imran bertanya. Izara melihat tubuhnya yang memakai t-shirt hitam yang dikenakan dengan seluar trek biasa.

"Nak masuk markas. Cek ubat. El dan talefon Geena suruh tunggu El datang." Jawab Izara selamba. 

Toaster tadi berbunyi menandakan roti sudah masak dibakar. Izara mengambil roti tersebut dengan pantas lalu disapu jem coklat di atasnya. Dia membuat dua roti tersebut. 

MR MAFIA MISS DOCTOR {COMPLETE}Where stories live. Discover now