MMMD | 43

8.6K 306 11
                                    

DAPAT sahaja panggilan daripada si isteri, lantas Raykal melangkah keluar dengan larian yang agak laju lalu dia menuju ke arah bilik abangnya. Sampai sahaja di bilik Rayden, keadaan bilik Rayden masih berada dalam posisi yang sama seperti mana yang dikatakan oleh Catriona tadi.

Pintu bilik tersebut tetap terbuka sedikit. 

"Rose." laju  Raykal memanggil Rose  yang berkebetulan lalu di hadapan bilik Rayden ketika itu. Rose yang sedang memegang beberapa fail tebal itu terus terhenti langkahnya apabila dipanggil oleh adik majikannya itu.

"Ya Tuan Hayden." 

"Kau ada nampak Rayden?" soal Raykal.

"Erm..."

Rose berfikir sejenak sebelum menjawab soalan Raykal.

"Tengku Hayyan sedang mesyuarat dekat bilik mesyuarat atas." Rose membalas mesra sahaja.

Raykal tarik nafas perlahan dahulu.

"Patutlah tak bawa telefon." Raykal bersuara.

Rose memerhati Raykal.

"Ada apa Tengku Hayden cari Tengku Hayyan?" macam kawan-kawan sahaja dia menyoal.

Beberapa bulan lalu, syarikat ini sudah tidak setegas dahulu peraturan yang diatur. Sesuatu yang ajaib telah berlaku setelah Rayden kembali dengan ceria dan lebih ke arah bersabar berbanding memaki.

"Ada kecemasan. Aku naik dulu." Pamit Raykal laju.

Rose membalas dengan anggukan. Bila dilihat-lihat balik, kacak juga bos mudanya yang sorang ini. Kalau diingat-ingatkan kembali juga, bos mudanya itu suami orang. Takkanlah dia nak jadi penyondol. Tak baik nok.

Apalah dirinya nak dibandingkan dengan isteri Raykal, Khaeera yang cukup pakej itu. Sudahlah cantik, baik, manis lagi. Kerja pun bukan biasa-biasa sebelum digantung kerja ni. Dengar-dengar, Khaeera sudah mula dapat kerjanya kembali. Akan bekerja dalam beberapa bulan ke hadapan lagi.



KELUAR sahaja daripada lif tersebut. Raykal dengan segera menuju ke lorong yang berada bilik mesyuarat tersebut. Kakinya melangkah laju ke arah bilik itu. Pintu bilik tersebut dibuka kuat selepas itu. Rayden yang baru sahaja habis membentangkan tentang projeknya itu terkejut. 

IPad yang berada di tangannya diletak di atas meja. 

"Kal. Kau kenapa ni?" soal Rayden. Fayden yang turut bersama juga hairan melihat raut wajah Raykal.

Nada Raykal turun naik menandakan dia sedang berada dalam fasa mencari nafas. 

"Kau kenapa ni Kal. Duduk dulu." Fayden tarik kerusi. Raykal geeng kepalanya perlahan tanda tidak usah.

Aduhai, kalau dia tahu tadi dia tak berlari mahu menuju ke sini. Kan dah terlewat sampaikan berita ni.

"Aku... Cuma... Nak cakap... Yang..." Nafasnya diatur sedikit lagi.

"Izara dekat hospital. Tumpah darah. Khaeera jumpa dalam bilik kau tadi." Raykal pandnag wajah si abang.

Berkerut seribu dahi Rayden mendengar kenyataan daripada Raykal. Fayden juga tak terkira terkejutnya. Laju Rayden berlari keluar daripada bilik mesyuarat tersebut. Tina hanya memerhati sahaja. Apa yang patut dia buat ni?

"Bila lagi ni?" tanya Fayden keras kepada Raykal.

"Aku tak pasti. Tapi Khaeera baru jumpa tadi." Jelas Raykal.

Nafas Fayden pun macam orang nak mati sudah. Kalau apa-apa jadi dekat Izara, mahunya meroyan pula si Rayden tu.


MR MAFIA MISS DOCTOR {COMPLETE}Where stories live. Discover now