MMMD | 46

10.9K 269 0
                                    

5 BULAN KEMUDIAN

"APA?" jerit Raykal tak percaya. Semua hanya memandang sahaja wajah yang bersahaja Fayden. Nyna di sebelah buat tak tahu je. Bukan dia yang bercakap. Dari tadi, Fayden je yang banyak bercakap.

"Tapi... Sebelum kau kahwin, aku nak beritahu la kan..." Raykal memeluk bahu Khaeera yag berada di atas sofa bersebelahnnya.

"Apa pula kau ni." Rayden bertanya. 

"Aku nak jadi papa dah." Bersahaja Raykal berkata. Khaeera hanya mampu senyum.

"Tahniah!" entah datang dari mana, tiba-tiba sahaja Sofea sampuk. Tak buat hal tak sah perempuan ni.

"Tapi aku pun nak kahwin juga." Sofea duduk di atas pemegang sofa yang agak besar itu di sofa yang diduduki oleh Fayden.

"Dengan siapa pula kau ni. Ada ke yang nak dengan kau?" Fayden cucuk pinggang adiknya. Soalan Fayden mendapat jelingan maut daripada Sofea.

"Tu..." Muncung mulut Sofea menunjukkan ke arah Khairul yang duduk di atas pemegang sofa di sebelah ibunya yang berada di sebelah Khaeera.

"Alahai kau!" Raykal bangun lalu menolak dahi Sofea yang berada tidak jauh darinya.

Tengku Balqis yang mendengar tersenyum manis. Apabila semua sudah besar, beginilah jadinya. Semua bakal menamatkan zaman bujang masing-masing. Yang hairan mereka ini adalah, kahwin dengan orang dekat-dekat sahaja.

"Baguslah tu Fayden, Sofea. Boleh buat majlis sekali. Jimat sikit." Sakat Haji Imran yang turut berada di situ.

"Betul baba. Fayden ni dah la boros. Nanti tak pasal-pasal isteri dia kebulur tak makan." Sakat Rayden pula.

"Ya ba, mati la Nyna tak makan." Raykal yang terbiasa dengan panggilan baba kepada Haji Imran pula menyampuk.

Sejak kepergian Izara, kerap dia datang ke rumah ini. Kadang-kadang, dia juga bermalam di sini. Kalau boleh, Tengku Balqis mahu sahaja dia dan isteri tinggal terus di sini. Lebih ramai, lebih bagus. Rayden pula nampak sudah tidak terlalu memikirkan tentang kepergian Izara.

Tapi hakikatnya dia tahu yang Rayden selalu teringatkan Izara. Tiada apa yang mampu dilupakan tentang Izara baginya.

"Aduh... Semua nak kahwin ni. Aku macam mana?" tanya Nadia sambil muncungkan mulutnya.

Wanita itu sedap sahaja bersandar di dinding rumah belakang sofa yang diduduki oleh Nyna dan Fayden bersama Sofea di atas pemegangnya.

"Kau jadi andartu ajelah Nad." Sakat Raykal selamba. Kuat dia gelak selepas itu.

"Engkau!" bantal sofa yang berada di belakang Fayden ditarik spontan lalu dilemparkan ke arah Raykal. Terkena juga lah di tubuh lelaki itu. Padan muka, siapa suruh ejek orang lagi.

"Noh Rokiah!" tiba-tiba Dayyan menjerit dari anak tangga yang entah ke berapa mahu turun.

"Dah kenapa pula yang tu sorang." Catriona masuk rumah bersama rakan-rakan yang lain hanya sebab terdengar suara Dayyan yang agak kuat itu. 

"Kenapa oi!" Izzat tanya selamba.

"Engkau tengok la ni." Dayyan letak laptopnya di atas meja kecil yang berada di tengah-tengah itu.

Terpapar gambar Uzair dan Chloe yang baru sahaja selesai menikah sebenatar tadi. Mereka memang ada jemput, namun Rayden tak boleh ke sana kerana tidak mahu menjejaskan keadaan Rayna kerana suhu di sana boleh tahan sejuknya.

"So sweet." Catriona bersuara manja.

Tiba-tiba panggilan daripada Uzair masuk. Dengan cepat Dayyan menjawab panggilan video tersebut.

MR MAFIA MISS DOCTOR {COMPLETE}Where stories live. Discover now