MMMD | 11

16.5K 546 18
                                    

DARI pembaringan Izara bangun. Tiba-tiba dia terasa seperti ada satu lingkaran yang menyebabkan dia tertarik duduk di atas katil kembali. Tanpa ragu Izara memalingkan mukanya ke belakang. Menoleh gerangan yang sedang memeluk pinggangnya. Sudah dia duga itu Rayden. Siapa lagi yang berani memasuki bilik itu.

Tanpa sedar satu senyuman terukir di bibir. Rayden membuka matanya. 

"Dah puas tatap muka aku?" Tanya Rayden. Baru bangun tidur pun handsome. Apatah lagi dah mandi.

Izara geleng tanda tidak. 

"Tak payah geleng geleng. Aku nak mandi. By the way leher kau manis sangat sayang. Sedap." Kata Rayden sambil tersenyum gatal lalu turun dari katil. Tuala dicapai sebelum memasuki bathroom.

"Leher?" Izara memegang lehernya.

Dia berlari anak ke arah cermin. 

"What? What is this?" Izara mulai gelisah.

"How? How? Ray..."

"Rayden!" jerit Izara. Bergema seluruh bilik itu . Nasib bilik itu kalis bunyi. Kalau tidak mahu datangnya Tengku Balqis mengetuk kepala Rayden. Rayden gelak sinis dari dalam tandas.

Selepas beberapa minit dia keluar dengan selambanya. Hanya tuala yang melilit separuh bahagian bawah tubuhnya. Izara mulai naik angin.

"Apa sayang?" tanya Rayden seperti tiada apa apa yang berlaku.

"Ish Rayden! Apa ni?" tanya Izara sambil menunjukkan lehernya yang telah ditinggalkan banyak 'love bite' oleh Rayden.

"Tu bukan aku buat. Ke kau yang tidur dengan laki lain?" tanya Rayden sambil matanya dikecilkan.

"Ishh! Mana adalah!" jerit Izara sekali lagi. Rayden pekakkan sahaja telinganya.

"Dah lah! Dari layan awak baik mandi solat!" kaki dihentakkan sebelum memasuki tandas . Mulut dimuncungkan. Hilang semua mood dia hari ini.

Izara keluar kembali dari tandas. Tuala dicapai. Sebelum kaki melangkah ke almari baju. Bimbang jikalau suaminya mengambil kesempatan ke atasnya lagi.



SEMUA berada di meja makan. Tengku Balqis melihat anak menantunya itu. Gaduh ke? Dan kenapa Izara melepaskan rambutnya dan dihalakan ke depan hari ini? Buat tabiat ke?

Ke...

'Oi Balqis jangan fikir bukan bukan.' Dengus Tengku Balqis dalam hati.

"Zara?" panggil Tengku Balqis.

"Ya ma?" jawab Izara sambil mukanya dengan drastik memandang ke arah Tengku Balqis.

"Kenapa dengan kamu? Kenapa tak ikat rambut?" tanya Tengku Balqis hairan. Sandwich sardin disuakan ke mulut.

Izara mula gelabah. Mana tidaknya si Rayden itu buat hal ya hari ni. Rayden pula asyik tersenyum sendirian di sebelahnya. Izara menepuk lengan si suami.

"Apa?" tanya Rayden selamba. Ketawanya mulai pecah. Tengku Balqis dan Raykal yang melihat mulai hairan.

"Meh sini aku tolong ikatkan rambut kau." Kata Rayden sambil bangun dari kerusinya. Sempat dia mencapai getah rambut yang berada di pergelangan tangan Izara.

Izara lagilah gelabah. Haa sudah.

"Tak payahlah Rayden." Marah Izara dengan nada suara yang lembut. Biji matanya dibesarkan sedikit.

Rayden tidak menghiraukannya. Terus dia mengikat rambut Izara secara pony style. Tengku Balqis mula terbeliak mata. Melihat tompokan tompokan merah di tengkuk Izara .

MR MAFIA MISS DOCTOR {COMPLETE}Where stories live. Discover now