MMMD | 17

11.6K 459 1
                                    

2 bulan kemudian.

KERANA terpaksa, maka dengan relanya lah dia harus bertemu dengan lelaki yang tidak lain tidak bukan iaitu Tengku Hayden Raykal. Memang menyakitkan hati. Dia sudah seperti orang tengah antara adiknya dan Raykal.

Sakit hati!

"Kau boleh tak senyum sikit?" soalan Raykal menyentakkan Khaeera yang sedang sedap menyedut air milo ais yang dipesannya.

"Habis you tu senyum ke? I tengok macam katak bawah tempurung je." Balas Khaeera lalu jelingan tajam diberikan.

Harus berlawan.

Apa dia kisah kalau Raykal naikkan bunga sekali pun. Memang dia tidak akan berlembut dengan lelaki yang bernama Raykal itu. Menyebalkan! Penat melayan dia dibuatnya. Kerana si adik, dia yang jadi mangsa keadaan.

"You kenapa nak jumpa I ni?" soal Khaeera ragu ragu.

"Jumpa kau? Bila masa?" Raykal buat bodoh selepas soalan itu terkeluar dari bibirnya.

"Jangan buat tak tahu okay."

"Saja..." Jeda. Raykal toleh kiri kanan.

"Kau dah fikir ke macam mana nak bayar hutang tu?" soal Raykal. Dan jawapan yang diharapkannya adalah Khaeera sanggup menjadi isterinya.

Bukan senang dia mahu menerima seorang perempuan dalam dirinya. Tambahan lagi mahu dijadikan isteri. Sangat tidak percaya!

"I setuju jadi isteri you. Tak ada duit tahu tak. Bukan sikit." Nafas ditarik, Khaeera jawab walaupun berat di dada dengan keputusan sendiri.

"Okay. Good choice." Balas Raykal.

"Kau jangan risau. Kita ikut adat istiadat Melayu. Aku bukannya kafir sangat..." Jeda.

"Pembendahan mak kau tu aku tanggung. And adik kau, aku nak juga. Terima kasih sebab sudi jadi isteri aku." Kata Raykal lalu pergi dari situ.

Khaeera masih setia berada di situ. Entah apa yang dia fikirkan sekarang. Mungkin tentang keputusan yang dibuatnya. Kerana keputusan itu bukanlah satu keputusan yang mudah dilakukan. Dia harus bercakap dengan ibunya dahulu demi meminta restu.



"MAMA!" Raykal menjerit sekuat hatinya. Teruja. Memang suka dia apabila mendengar jawapan Khaeera di kafe tadi.

"Ya allah budak ni! Dah kenapa?" soal Tengku Balqis hairan. Buah oren itu dia sambung potong.

Nasib tangan tidak menghala ke arah si anak tadi. Kalau tidak, sudah arwah Raykal dibunuh ibu sendiri. Maka masuklah berita Tv3.

'Seorang adik kepada salah satu ketua kumpulan mafia terbesar di Malaysia telah dibunuh ibu sendiri atas kerana mengejutkan si ibu semasa memotong buah oren!'

Tengku Balqis geleng kepala.

"Dah kenapa kamu Kal?" soal Tengku Balqis.

"Kal nak..." Jeda.

"Kahwin!" sambung Raykal sambil menjerit kuat.

"Raykal! Betul ke?" soal Tengku Balqis tidak percaya. Pisau sudah dia letak. Sekarang yang dia tumpukan hanyalah si anak kedua itu.

"Ye lah." Balas Raykal selamba lalu menarik kerusi di hadapan Tengku Balqis.

Gelas yang berada di atas meja tersebut dicapai sebelum jus oren itu dituangkan ke dalamnya.

"Dengan siapa? Tak nak temukan mama dengan dia dulu ke?" soal Tengku Balqis sambil jongket kan keningnya.

"Esok Kal bawa jumpa mama." Balas Raykal lalu langkah diatur keluar dari dapur.

"Kal." Rayden menegur adiknya akibat berselisihan. Izara pula dia pandang, hairan dengan sikap Raykal yang sebegitu rupa.

"Kenapa dengan Kal tu mama?" soal Izara lalu mencapai gelas minuman.

"Nak kahwin." Hampir tersembur keluar air yang diminum Rayden. Gelas yang diguna Raykal tadi dia letak kembali.

"Apa ma? Dia nak kahwin?" soal Rayden dengan tidak percaya.

Tenglu Balqis mengangguk.

"Dengan siapa ma? Mama kenal ke?" tanya Izara.

"Tak. Dia cakap, esok dia bawa jumpa mama." Tengku Balqis menjawab.

Rayden masih dalam ketidakpercayanya. Betul ke adik dia yang tak berapa matang tu nak kahwin? Lain macam bunyinya.



SECAWAN kopi Izara letakkan di atas meja kerja Rayden yang berada di dalam bilik mereka. Rayden pandang wajah si isteri.

"Thanks sayang." Rayden tarik pinggang Izara lalu didekatkan dengannya.

"Welcome." Rayden dudukkan Izara di atas pehanya.

"Tak berat ke?" Soal Izara sambil melilitkan tangannya di leher si suami.

"Untuk kau... Gajah pun aku sanggup angkat." Rayden bersuara manja sambil mengemaskan perlukan di pinggang Izara.

"Ye la tu. Nanti kalau saya dah tak cantik... Tak adanya awak nak manja-manja macam ni lagi dengan saya." Izara buat muka. Meraih simpati kepada sang suami.

"Halah kau ni. Dah kenapa manja sangat? Cium kang." Rayden mengugut.

"Daddy!" jerit Rayyan di muka pintu semasa Rayden acah acah mahu cium mulut Izara.

Rayyan hentak kaki sambil tangan berpeluk tubuh masuk ke dalam bilik Rayden dan Izara. Izara tersenyum melihat gelagat Rayyan.

"Nak apa kau?" soal Rayden selamba.

"Mummy Rayyan! Daddy tak boleh cium!" marah Rayyan lalu menarik tangan Izara.

"Eleh kau. Mummy kau, aku jugak yang akan boyotkan perut mummy kau tu. Bukan kau." Rayden gelak. Izara tepuk bahu Rayden.

"Apa awak ni. Tak baiklah cakap dengan anak macam tu." Rayyan mencebik ketika Izara bercakap.

Rayden tarik muncung.

"Dah lah. Awak ni dengan anak pun nak berkira ke?" Izara masih gelak kecil.

"Ye lah!" jerit Rayden.

Izara geleng kepala dengan sikap suami dan anaknya itu. Selalu sahaja bergaduh.

MR MAFIA MISS DOCTOR {COMPLETE}Where stories live. Discover now