MMMD | 7

16.6K 618 33
                                    

PINTU bilik seksaan ditendang dari luar oleh Rayden. Terkejut beruk Dayyan dan Izzat yang berada di dalam bilik tersebut. Nasib tidak gugur jantung mereka. Kalau tidak siapalah yang mahu tolong kutipkan kembali. Awek-awek tak ada ni. Kesian... Single

"Kau ni. Elok elok lah! Aku terajang gak kau ni." Izzat mencebik. Dayyan masih memegang dadanya. Memang rasa ingin luruh sungguh dadanya kali ini.

"Asal lak? Suka hati aku lah. Markas aku. Aku yang buat pintu tu. Aku yang bayar, bukan kau." Jawab Rayden dingin. Memang dia akan dingin bila berhadapan dengan musuhnya. Kali ini mahu buat apa pula?

Kerat 14? Cincang 44? Bakar? Potong bagi Mak Cik cleaner makan? Arhhh! Bosan buat benda yang sama aje! Kali ini biar chill la sikit. Lagipun esok dia nak jadi pengantin.

"Hamid! Hamid!" jerit Rayden dengan gelak tawa yang sinis. Hamid yang telah tersandung kelemahan itu mengangkat kepala perlahan lahan. Gerun dia melihat mafia yang berada di hadapannya sekarang.

Maybe di Malaysia tidak ramai yang kenal. Namun di Bangkok ramai yang kenalnya. Sebuah almari besi yang disimpan pelbagai jenis alatan tajam dibuka. Kemudiaan ia ditutup kembali. Pisau rambo yang telah diselitkan di kaki itu dicabut. Memang disitu harus memakai kasut . Kotor! Dengan langkah yang penuh harapan Rayden berjalan ke arah Hamid. 

"Kau nak buat apa dengan pisau tu?" suaranya bergetar semasa bertanya. Badannya lemah. Namun kekuatan untuk melaung menempik itu masih ada.

Rayden ketawa. 

"Kau tanya aku nak buat apa? Kau rasa aku akan buat apa?" tanya Rayden sinis. Lagi membara api kemarahannya apabila lelaki itu menyoalnya begitu.

Pisau rambo yang berada di tangannya digoreskan di pipi Hamid. Mengerang kesakitan lelaki yang berusia lebih kurang 40-an itu.

"Argh!" tidak sewenang-wenang suara lelaki itu bergema di seluruh bilik itu. Namun siapa sahaja yang dengar. Bilik kebal itu memang tidak akan sesekali didengari oleh mereka sekeliling.

"Aku akan bunuh kau seperti mana boss kau bunuh dan memperkosa adik aku sebelum dia meninggal!" ujar Rayden dengan nada tengkingan. Pisau rambo yang berada di tangannya itu di tusuk menembusi dada milik lelaki itu. Malas dia mahu berbasa basi lagi. 

"Settlekan. Jangan bagi sedekah Mak Cik cleaner sudah." Pesan Rayden dingin. Lalu dia melangkah kaki keluar dari bilik seksaan tersebut. Boleh naik gila dia jika berada di situ lama lama.

Mereka yang berada di situ hanya mampu mengangguk sahaja. Arahan kan, mana boleh ingkar. Boss kesayangan la katakan.



AIR mata dikesat perlahan. Entah kenapa nervousnya lain macam sahaja. Bahkan jikalau mahu buat operation pesakit dia tidak senervouse begini. Nafas sudah turun naik. Mak andam yang berada di belakang tiba tiba menghampirinya. 

"La. Kenapa nangis? Kan nak kahwin." Kata Mak Andam tersebut. Izara mengesat perlahan air mata yang terjurai keluar dari matanya.

Bagaimana dia tidak menangis? Sedangkan lelaki yang bakal dia kahwini itu adalah lelaki yang dia tak cintai. Sedikit pun tidak. Walaupun sebesar zarah. Ya. Rupa memang ada. Kaya pun kaya. Ceo syarikat juga. Namun hati? Hatinya bukan kepada lelaki tersebut. Pertanyaan Mak Andam tadi dibiarkan tergantung begitu sahaja.

Tiba tiba pintu diketuk dari luar. Dengan cepat Mak Andam itu berlari anak menuju ke arah pintu bilik yang dikunci. Penyangkut kunci dibukanya. Maka terpampanglah muka Hajah Jasmin yang berdiri di luar. Tanpa berbasa basi dia masuk ke dalam bilik tersebut. Sempat lorekan senyuman diberikan kepada Mak Andam tadi.

MR MAFIA MISS DOCTOR {COMPLETE}Where stories live. Discover now