MMMD | 31

9.3K 346 2
                                    

SELEPAS sahaja habis bertengkar dengan Rayden, Izara turun ke bawah dengan tangisan yang ditahan daripada terus mengalir membasahi pipinya. Dia menghampiri Tengku Balqis yang sedang menyuapkan nasi ke dalam mulut si Rayyan. Rakus sungguh budak itu makan. Walaupun hanya baru dua hari dia meninggalkan rumah ini, dia terasa bagaikan sudah lama tidak menyuap si kecil Rayyan itu. Manakan tidak, setiap kali waktu makan, dia yang bakal menyuap si kecil itu.

"Ke mana?" soal Tengku Balqis hairan. Dia melihat menantunya itu dengan penuh belas kasihan. Izara berdiri di samping Tengku Balqis. 

Rayden tidak patut melakukan hal tersebut kepada Izara. Kenapa susah sangat anak sulungnya itu mahu mendengar kata orang? Kenapa susah sangat anaknya itu mahu menerima penjelasan? Dia sendiri tidak faham dengan anaknya itu.

"Dari tandas ma." Balas Izara sambil tersenyum walaupun di dalam hatinya, tiada siapa yang tahu. 

Perasaannya hancur. 

Hancur bak kaca jatuh ke lantai. Dia sakit hati dengan perangai Rayden. Dia tidak mahu mengungkit, tapi dia mahu semuanya baik-baik sahaja. Kalau dia tidak mengungkit seperti tadi, da tidak tahu harus memberitahu Rayden dengan cara yang bagaimana lagi. Bukan dia tidak mahu menjaga Rayyan, tetapi dia yakin bahawa Rayyan akan lebih selamat jika berada dengan Rayden. Dia hanya wanita yang lemah. Tidak mampu untuk melindungi kedua-dua anak mereka. Biarlah dia berbagi tugas tersebut.

Terima kasih semua kerana berada di pihaknya. 

"Tak payah la nak sorok sangat daripada kitorang Zara. We know." Tegas kata-kata Raykal dari belakangnya. Izara diam membisu. Tidak tahu apa yang mahu dikatakan.

Khaeera di belakang juga hanya diam. Tengku Balqis menyambung menyuapkan nasi ke dalam mulut si kecil itu. Setelah itu, mereka berlalu untuk membasuh mulut Rayyan. Raykal menoleh ke arah Izara. Dia memandang sepi wajah wanita tersebut. 

"Ada masalah tu sepatutnya bincang. Tapi I know my brother. Dia tu memang keras kepala."

Raykal menggeleng-gelengkan kepalanya semasa bercakap. Masak dengan perangai abangnya itu. Bukan mahu kata, tapi kalau tak dikata pasti semua sudah tahu. Dari dulu sampai sekarang la kata.

Izara menarik nafas dalam-dalam.

"I nak bawa balik Rayyan boleh tak? I dah bagitahu Rayden yang masalah baru akan timbul. I yakin dia akan selamat dengan I buat masa sekarang ni. Kalau you or sesiapa tak bagi, I tak kisah pun. Tapi I buat untuk keselamatan dia je."

"You dapat tetamu yang tak diundang la Raykal." Mata Izara melirik ke arah seorang lelaki yang berkemeja hitam di sebelah kiri itu.

Raykal menoleh menggunakan anak mata.

"You bawa Khaeera balik. Bawa mama dengan Rayyan sekali. Nanti I call you back." Arah Raykal perlahan.

"Orait." Balas Izara sambil memandang ke arah pemandu peribadinya tadi.

Pemandu peribadinya terus berjalan ke arah Izara.

"Sediakan kereta. Pintu belakang." Bisik Izara.

Izara dan Khaeera masuk ke dalam rumah. Sepeti yang diberitahu Raykal sebentar tadi, dia harus mengikuti kakak iparnya itu dengan segera. Dia tidak biasa dengan hal-hal sebegini. Mana mungkin dia harus tinggal di sini.

Izara menuju ke arah dapur rumah. Dia pantas mendukung Rayyan lalu Khaeera dengan baju pengantin yang masih tersarung menarik tangan Tengku Balqis untul begegas pergi.

Tengku Balqis terkial-kial dengan apa yang terjadi. Namun tidak sempat dijelaskan oleh mereka. Kesemua mereka telah masuk ke dalam kereta Vellfire hitam itu.



RAYKAL masuk ke dalam ruangan bilik kerja bawah tanah mereka. Dia yakin, Luth bakal membawa senjata besar hari ini. Dia membawa Zarith dan Izzat bersamanya yang baru pulang dari Itali semalam kerana majlisnya.

"Kau ambil semua yang besar dengan yang kecil. Past dekat Catty, Raysa, Fayden, Pea, Carl, Dayyan and Leo."

Mereka berdua mengangguk faham.

Izzat memunggah 'barang' tersebut yang berada di dalam beg galas. Dia membawa keluar dua buah beg tersebut. Manakala Zarith membawa keluar senapang besar bersama peluru. Mereka meletakkan di bilik tetamu di bawah. 

"Zarith, kau pergi cari semua. Datang sini dan bahagikan segala senjata." Arah Raykal. 

"Kau Izzat, jaga semua barang ni. Aku taknak ada yang hilang. Aku nak naik atas, cari Rayden. Jantan tu pun sekor. Diri sendiri halau, diri sendiri bengang. Aku kerat kepala baru tahu." Dengan memakai baju tradisional Melayu itu, Raykal berkata.

Izzat dan Zarith sama-sama memandang.

"Bravo." Arah Raykal selepas itu.

Dia menaiki lif rumah tersebut untuk ke tingkat atas. Di bawah, suasana masih elok lagi. Tiada tanda-tanda suasana mahu menjadi tegang. Sesampainya di tingkat atas, Raykal berjalan menuju ke arah bilik Rayden.

Belum sempat dia mengetuk pintu bilik itu, talefonnya tiba-tiba berdering tanda ada mesej masuk. Dia ingatkan siapa, rupanya Izara.

'I akan datang balik nanti.'

Raykal tidak membalas.

Dia mengetuk pintu bilik Rayden. Telefon pintarnya menghubungi Rayden sambil-sambil itu.

"Rayden! Buka pintu ni!" ketuk Raykal kuat.

"Kau nak apa?" Rayden bertanya dari dalam. Telefonnya yang berdering dibiarkan.

"Something happen. Lebih baik kau keluar sekarang!" jerit Raykal senada.

Rayden mendengus kasar. Apa pula ni. Teringat kata-kata Izara sebentar tadi. Adakah yang dikatakan Izara sebentar tadi benar? Ada sesuatu yang buruk bakal terjadi?

"Turun dulu!" balas Rayden. Kemudian dia berjalan ke arah almari pakaiannya. Dia mencapai t-shirt hitam. Seluar baju melayu tadi dibuka lalu dicampakkan ke atas katil.

Lalu tangannya pantas mencapai seluar track berwarna hitam yang sedikit longgar di betisnya. Semasa dia hendak mencapai senjata apinya yang berada di dalam almari itu di bawah timbulan bajunya... Dia terlanggar sesuatu.

Sebuah kotak yang berwarna coklat. Namun, Rayden hanya biarkan sahaja kotak tersebut jatuh. Dia menyepak sedikit kotak tersebut supaya masuk ke dalam bahagian bawah almari itu.

Malas dia mahu memikirkan.

Rayden pantas keluar dari bilik tidurnya. Dia menutup kuat pintu bilik itu. Sesampainya dia di bawah, dia menghampiri bilik tetamu yang sudah dikerumuni oleh ahli mereka.

"Buat plan macam mana ni?" soal Rayden. Dia sedikit mengintai ke arah luar. 

"Sekarang ni, sasaran dah berada di depan mata. Apa yang nak ditunggukan lagi?" Sofea agak gelojoh.

"Kita kena atur strategi dulu la Pea." Balas Catriona sambil memeluk tubuh. 

Betul juga tu.

"Jadi macam mana?" tanya Dayyan pula.

"Kejap... Mama dengan Rayyan mana?" baru dia sadar akan ketiadaan mereka di dalam bilik tersebut.

"Aku suruh Zara bawa balik mama dengan Rayyan. Khae ikut sekali. Bimbang la aku apa-apa jadi nanti." Balas Raykal.

Rayden yang mendengar nama Izara terus membuat wajah tenang sahaja. 

"Dia kenal." Dua patah perkataan itu terkeluar dari bibir Rayden.

"Ya... Aku tahu." Balas Raykal galau.

"Kita kena pastikan yang kita akan dapat dia malam ni." Raysa bersuara geram.

Fayden dan Sofea mengangguk setuju dengan serentak.

"Misi bermula..." Tutur Catriona sambil tangannya mengambil sepucuk pistol

MR MAFIA MISS DOCTOR {COMPLETE}Where stories live. Discover now