MMMD | 28

9.1K 336 1
                                    

RAYKAL berjalan masuk ke dalam kawasan restoran tersebut. Dia memandang sekeliling mencari gerangan yang mahu dijumpainya. Dia mahu semua ahli keluarga ada semasa majlis perkahwinannya nanti. Kalau tidak, semua ini bakal merugikannya. Kenapa rahsia Izara terbongkar pada beberapa hari sebelum dia diijabkabulkan bersama Khaeera? 

Arh! Dugaan betul. 

Setelah melihat gerangan yang ingin ditemuinya, Raykal pantas berjalan menuju ke arah seorang figura perempuan itu. Dia duduk di hadapan si perempuan. 

"Lambatnya. Kata pukul 8.00. Ni dah nak masuk 8.30 dah. Lama tahu saya tunggu." Bebel si dia, Khaeera. Raykal pantang dibuat janji. Datangnya bukan tepat pun. 

Kalau berjanji dengan Raykal, pasti harus memberi masa 30 minit awal. Dasar lelaki tak ada pendirian hidup! Geram pula nak cekik. Mendengar kata-kata Khaeera membuatkan Raykal mencebik halus. 

"Aku banyak kerja la nak selesaikan. Ingat kau je ke nak kahwin?" bebel Raykal pula. Nak main bebel-bebel sangat kan. Kau ingat kau perempuan, kau je mampu membebel? Aku pun boleh la. Tapi secara kasar sangat la. Bukan lembut macam perempuan. 

"Ye la. Saya selalu salah. Awak je yang betul." Rajuk Khaeera. Hakikatnya kalau bersama Raykal, lelaki selalu betul, perempuan selalu salah.

Raykal buat mimik muka tidak suka dengan tindakan Khaeera itu. Nak merajuk konon, nanti dah kahwin... Kau merajuk tahu la dia bagaiman mahu memberi amaran supaya tidak merajuk lagi.

"Tak payah nak merajuk sangat la. Lusa dah nak jadi pengantin dah kita ni. Aku tahu sepatutnya kita tak boleh jumpa, tapi aku betul-betul ada hal penting nak beritahu kau ni." Nada mula serius. Kaheera telan air liur.

"Apa dia? Awak nak batalkan majlis kita ke?" soal Khaeera tanpa otak. Eh... Tanpa berfikir menggunakan otak. 

"Kau nak makan kaki aku tak? Lambat lagi kalau aku nak batalkan majlis ni." Khaeera tersenyum sumbang. Dia pandang wajah bakal suaminya yang begitu tampan itu. Arh! Sungguh mengancam jiwa. 

Bagaimana la ia boleh terperangkap dalam kekesatan Raykal ini. Wajah Raykal baginya sungguh manis walaupun dia tidak senyum. Dingin sahaja. Namun dia tidak tahu bagaiman wajah Raykal jika dia tersenyum. Masih belum pernah dia melihat lelaki itu tersenyum. Agak-agak bila ya baru dia boleh melihat ajah Raykal yang manis tersenyum?

"La. Ingat nak batalkan majlis kita." Khaeera buat mimik muka tidak senang. Mahu menggelisahkan Raykal la kononya kerana masih ada rasa terpaut di hatinya mahu membtalkan majlis tersebut.

"Kau kan... Nasib je bakal bini aku. Kalau tak, dah lama aku sepak kau." Raykal bersuara keras. 

Khaeera buat muka manis. Senyum semanis mungkin. Kalau boleh, lesung pipitnya itu mahu ditenggelamkan sedalam-dalam yang mampu. Namu kudrat tiada. Raykal hanya menahan memandang Khaeera yang sebegitu. Sunggu comel la bakal isterinya ini. 

"Ala, janganla marah. Kenapa awak nak jumpa saya ni?" Khaeera bertanya.

"Aku nak beritahu yang majlis kita akan diadakan pada lusa." Jeda. Raykal pandang Khaeera tajam. 

"Saya dah tahu Raykal." Khaeera membalas. Apa perkara yang dikatakan Raykal itu? Majlis Raykal, majlis dia juga. Dia tahu lah.

"Aku bukan nak ingatkan kau pasal majlis nikah kita tu. Aku nak beritahu yang Izara dengan abang aku bergaduh besar." Raykal jujur.

"Jadi... ." Khaeera loading otak. 

Raykal memicit perlahan kepalanya. Mampus la dia kalau nak kena beritahu perempuan ni satu persatu.

"Okay! Saya faham. Tapi kenapa abang awak gaduh dengan kak Zara?" tanya Khaeera kehairanan. Izara itu kan baik. Lemah lembut. Sopan santun. Takkan mereka boleh bergaduh? 

MR MAFIA MISS DOCTOR {COMPLETE}Where stories live. Discover now