MMMD | 34

9.2K 382 6
                                    

2 BULAN KEMUDIAN


JIKA teringat tentang dia, apa yang boleh dibuat? Tatap gambarnya? Pegang helaian bajunya yang mungkin tertinggal ataupun membayangkan yang sebenarnya dia sedang berada di hadapan sekarang ini? 

Pintu tandas bawah diketuk beberapa kali oleh Tengku Balqis. Risau dia apabila anak sulungnya itu tidak habis-habis muntah dari semalam. Ingatkan salah makan, tetapi kalau sudah sampai pagi ini pun begini... Apa yang boleh dia katakan lagi? 

"Ray!"

"Ray!"

Laungan daripada Tengku Balqis berselang-seli dnegan ketukan pintu tandas tersebut langsung tidak dibalas oleh Rayden. Walaupun sekali. Hanya bunyi air yang didengari bersama suara Rayden yang sedang muntah.

"Kenapa ni mama?" soal Khaeera hairan apabila mak mertuanya itu menjerit-jerit di hadapan pintu bilik air tersebut.

Tengku Balqis memandang ke arah Khaeera.

"Rayden ni ha. Dari tadi asyik muntah je dekat dalam tu. Mama pun tak tahu kenapa." Balas Tengku Balqis yang turut hairan dengan anak sulungnya sejak akhir-akhir ini. 

"Nanti Khae panggil abang Raykal suruh bawa abang Rayden ke hospital ya ma." Jawab Khaeera.

Tengku Balqis hanya mengangguk sahaja. Dia membenarkan. Khaeera pantas berjalan menuju naik ke tingkat atas. 

"Kenapa ni?" Fayden menyoal. Seraya itu, Rayden turut keluar dari bilik air tersebut.

"Fay. Alang-alang kau dekat sisni, ni. Tolong hantar Rayyan ke tadika kejap. Aku tak laratlah." Minta Rayden.

"Takde hal lah. Kau rehat lah. Tak apa, aku hantar la Rayyan tu." Balas Fayden. Dia menepuk perlahan bahu Rayden.

Fayden meninggalkan mereka berdua di situ. Tidak lama kemudian, Raykal turun diikuti dengan Khaeera di belakangnya. 

"Kau kenapa ni bang?" soal Raykal hairan. 

"Haa Kal. Tolong bawa abang kamu ni ke hospital la ya. Kesian mama tengok dia. Asyik muntah-muntah je. Takut ada terjangkit apa-apa je ni." Pinta Tengku Balqis. Sungguh tidak sanggup dia melihat anaknya yang berada dalam keadaan sebegitu sekarang ini.

Raykal mengangguk. Dia sebagai adik juga turut risau sekarang ini.

"Jom lah. Ganti baju kau tu dulu." Kata Raykal sambil tangannya berura-ura mahu memimpin Rayden. Namun Rayden cepat sahaja membantah.

"Kal." Panggil Rayden. 

"Apa?" tanya Raykal.

"Aku nak jumpa Izara." Pinta Rayden. Mukanya sedikit berkerut semasa sedang bercakap. Mungkin masih menahan loya di tengkuk yang masih belum berkurang.

Raykal serba salah.

"Tolonglah Kal. Bawa aku jumpa Izara." Pinta Rayden lagi tetapi suaranya kali ini kedengaran sedikit merayu.

"Ya, ya. Nanti aku bawa kau jumpa Izara. Sekarang ni, kau pergi tukar baju, kita pergi hospital." Tutur Raykal lagi. Rayden hanya menurut. Khaeera melihat Rayden yang berlalu pergi itu dengan pandangan sayu. 

Kesian. 

Perasaan itulah yang terbit di hatinya sekarang ini. Tiada apa yang mampu dia lakukan. Tengku Balqis dan Khaeera hanya senyap. Sebaik sahaja Rayden berlalu naik ke tingkat atas untuk menukar baju, Tengku Balqis pandang Raykal.

"Nak buat apa sekarang ni?" tanya Tengku Balqis. 

"Tak tahu la ma. Izara tu nak ke jumpa Rayden tu?" Raykal menyoal. 

MR MAFIA MISS DOCTOR {COMPLETE}Where stories live. Discover now