MMMD | 29

9.1K 325 0
                                    

TELEFON pintarnya tiba-tiba sahaja berdering kuat. Izara angkat kepala perlahan. Dia memandang sepi pada mulanya telefon tersebut. Dibiarkan deringan itu berbunyi tanpa diangkat. Setelah beberapa kali berbunyi, Izara tekad. Dia akhirnya mengangkat panggilan tersebut. Nama Khaeera terpapar di skrin talefon pintarnya. 

Punat hijau ditekan Izara perlahan. Lemah sahaja gerak-gerinya. 

"Assalamualikum." Salam didahului sebelum perkataan lain terkeluar dari bibir Khaeera.

"Waalaikumusalam. Ada apa Khaeera telefon akak ni?" Izara bertanya. Buat iak biasa semacam Khaeera tidak tahu apa-apa tentang pergaduhannya yang telah berlaku bersama Rayden petang kelmarin. 

"Akak sihat?" tanya Khaeera prihatin. 

Izara tersenyum kelat.

"Akak sihat je. Kenapa?" Izara masih bertanya.

"Khaeera nak jumpa akak boleh tak petang ni?" tanya Khaeera dengan ragu-ragu. Raykal dihadapan dipandang sekilas. Dia takut kalau-kalau Izara menolak ajakannya pula. Aa naya dia. 

"Jumpa akak? Ada apa ni?" tanya Izara hairan. 

"Ala akak. Boleh la ya? Kita jumpa dekat taman Exora tau. Petang nanti. Jam lima." Belum sempat Izara membalas, Khaeera sudah meletakkan gagang talefon. 

"Good." Raykal sandarkan badannya pada kerusi kerja pejabatnya. 

"Tak baik la buat kak Zara macam tu. Awak ni kan." Khaeera ada ura-ura mahu membebel. Raykal bagi kembali talefon pintar milik Khaeera yang dirampasnya daripada perempuan itu kerana mahu menamatkan panggilannya denga Izara sebentar tadi.

"Shut... Up." Beritahu Raykal. Dia melihat bilik abangnya yang berada di sebelah. Kosong. Tiada penghuni. Hanya mempunya fail-fail kerja yang bertimbun sahaja. KHaeera berdecit perlahan. 

"Nanti kau nak jumpa Izara. Kau telefon aku. Pakai earpod. Jangan sampai terputus panggilan pula. Naya kau nanti." Pesan Raykal untuk keberapa kalinya.

"Iya, iya. Saya tahu lah. Awak ni kan. Ingat saya ni budak-budak ke hah!" dia meninggikan nada suaranya.

"Iya... Iya. Akhirnya, kau juga yang buat hal tak taefon aku nanti." Raykal pula membebel. 

"Masalah lah dia ni. Saya boleh je cakap dengan Kak Zara sendiri. Awak nak risau sangat kenapa?" Khaeera naik bengang. Rancangan Raykal semuanya akan jadi huru-hara nanti. Baginya, Raykal merancang sesuatu yang tidak munasabah langsung. 

Dia bukannya mahu pergi berperang. Hnaya mahu bertemu dengan Izara sahaja. Itupun di taman Exora yang berdekatan dengan perumahan lamanya. Tidaklah jauh. Walhal Raykal akan ikut juga.

Menyebalkan.

"Kau tu bukannya boleh harap mana. Nanti macam-macam Izara tu tanya, kau nak jawab apa?" soal Raykal. Sengaja perangkap Khaeera.

Nak tak nak, dia terpaksa lakukan ini. Dia mahu juga Izara berada di majlisnya nanti. Walau apapun jadi. Walaupun abangnya tidak suka. Dia akan tetap lakukannya.

"Ye lah. Siapa je yang boleh bantah rancangan awak tu. Semua orang kena turut." Khaeera bersuara keras. Naik angin la katakan.

"Ada je." Selamba Raykal membalas smabil menyandarkan kmbali badannya ke penyandang kerusi.

Khaeera menjeling sekilas.

"Siapa?" ego tidak mampu mengusai lagi. 

Terbit rasa ingin tahu di hatinya. Rasa yang sangat mendalam.

"Abang aku." Balas Raykal singkat.

Dua patah perkataan yang disebut Raykal membuatkan Khaeera kaku. 

MR MAFIA MISS DOCTOR {COMPLETE}Where stories live. Discover now