MMMD | 30

9.7K 363 9
                                    

IZARA setia menanti kehadiran Khaeera di Taman Exora tersebut. Sementara dia menunggu kehadiran Khaeera, sempat dia buka grup hospitalnya. Riuh-rendah dalam grup tersebut kerana semuanya ingin berkenalan bersama rakan sekerja baharu yang bari dipindahkan ke hospital milik Haji Imran semalam. 

Cantik rupanya la katakan. Siapa sahaja tidak mahu. Bahkan doktor Zamri juga tergil-gilakan wanita itu, apatah lagi yang lain. 

"Akak." Sapa Khaeera lembut dari belakang. Bakal pengantin perempuan itu kini datang dengan mengenakan skinny jeans dan kemeja longgar beserta rambut ikalnya yang dilepas panjang separas atas pinggulnya.

"Eh, Khae." 

"Duduklah." Pelawa Izara. Khaeera duduk di sebelah Izara. 

"Ada apa Khae nak jumpa akak ni?" tanya Izara. Dia mahu ke topik asal perbincangannya terus. Tidak mahu dia membuang masa di luar rumah lama-lama. 

"Khae jumpa akak ni sebab nak beritahu yang Khae nak akak hadir nanti masa majlis kahwin Khae dengan Raykal." Jujur Khaeera. Seperti yang dirancangnya bersama Raykal di pejabat tadi. 

"Ta..." Belum sempat Izara bersuara habis, Khaeera pantas menyambungkan ayatnya semula.

"Khae tahu akak ada masalah dengan abang Rayden, tapi akak tolonglah hadir majlis kami. Akak dah banyak tolong siapkan majlis kami. Dah banyak akak korbankan untuk majlis kami. Akak buat semua yang macam Khae inginkan. Jadi tolonglah... Khae merayu supaya akak datang majlis Khae dengan Raykal nanti." Rayu Khaeera. Ini semua demi Raykal. 

Dia rasa, rasa sukanya kepada lelaki itu mula berkembang di hati. Namun perasaan cintanya kepada insan bernama Tengku Hayden Raykal itu masih belum wujud lagi. Dia sedang mencuba walaupun susah. Raykal dari dalam talian sudah mula tersengih sendirian.

"Tapi Khae, akak takut. Akak takut abang Rayden akan mengamuk kalau dia nampak muka akak dekat majlis Khae nanti. Akak tahu macam mana dia. Macam mana dalaman dia. Dia tu panas baran. Akak tak boleh." Beritahu Izara, gigih. 

Bukan dia tak nak pergi, tapi betul. Dia takutkan Rayden. Satu-satunya malaun yang buat dia tidak kekal di rumah itu lagi. Malaun itulah yang masih bergelar suaminya sekarang. Niatnya bukan mahu sorokkan hal tersebut daripada Rayden, tetapi dia betul-betul buntu mahu memberitahunya ataupun tidak. Rasa cintanya terhadap lelaki itu telah melepasi rasa kepercayaannya bahawa Rayden mampu merahsiakan hal tersebut daripada pengetahuan sesiapa.

Raykal yang mendengar hanya sabar sahaja. Kalau boleh, mahu sahaja dia maki hamun di situ. Rayden? Mampus pergi la dia. Lelaki itu susah betul mahu mendengar perjelasan orang dahulu. Benar, Izara benar-benar tidak tahu bahawasanya dahulu dia bakal mewarisi RE tersebut. Bukan kerana RE dia menerima Rayden dengan hati terbuka semasa mengetahui bahawa Rayden ialah salah seorang ahli pengganas tersebut. 

"Akak... Please. Datang la. Kalau akak tak datang, Khae sendiri yang akan pastikan majlis ini tidak akan berlangsung." Ugut Khaeera. Khaeera buat wajah ala-ala merajuk. Ia membuatkan Izara terkesima. 

Sampai tahap itu sekali dia mahukan kehadirannya di majlis tersebut? Istimewa sangatkah dia? Istimewa sebab Izara adalah seorang insan yang baik. Berbudi bahasa. Berperikemanusiaan. Tidak seperti abangnya itu. Kalau Izara tidak hadir disebabkan Rayden, dia akan beritahu Rayden supaya tidak menghadiri majlisya atas dasar dia mahu Izara yang hadir. 

"Akak tak boleh Khae..." Izara menitiskan air mata di saat dia berkata.

"Biar boleh Izara!" Raykal melenting dari dalam talian dengan kuat membuatkan telinga Khaeera sedikit berdesing. Dia sekarang berada di tengah-tengah antara Izara dan Raykal, bakal suaminya esok. 

MR MAFIA MISS DOCTOR {COMPLETE}Where stories live. Discover now