MMMD | 32

9.4K 352 3
                                    

IZARA berfikir berkali-kali untuk kembali ke sana. Ke mana lagi kalau bukan ke rumah agam Rayden itu. Sekarang, dia sedang berada di dalam kereta Vellfirenya yang dipandu oleh pemandu peribadinya tadi. Kereta terseut betul-betul terparking di hadapan rumah agam itu.  Dia hanya memandang sahaja gelagat mereka melalui cermin kereta sahaja.

"Serakan diri." Perlahan Catriona berkata.

Jay Lutheran hanya diam. Dia memerhati sahaja gelagat bosnya yang selamba menyalakan rokok di hadapan Rayden dan ahlinya. Sekali dihisap lalu dilepaskan, berkebul-kebuk asap rokok yang menyerbu rongga hidungnya sendiri.

"Kau nak apa lagi Jay?" soal Raykal.

Jay gelak jahat. 

"Pengantin baru janganlah masam sangat muka. Tak manis di hari perkahwinan." Balas Jay sambil gelak lagi. 

Suasana kini kian sunyi kerana semua tetamu telah pulang atas arahan Rayden sendiri sebentar tadi. Hanya mereka-mereka sahaja yang ada sekarang ini. 

"Hari ini bukan hari perkahwinan aku. Hari perkahwinan aku tidak akan ada kehadiran engkau." Balas Raykal. Suara ditinggikan. 

Jay gelak lagi. Izara kehairanan. Apakah yang dikatakan oleh Raykal sehingga Jay ketawa begitu sekali. Dia naik hairan. Dia lihat, di samping Jay... Ada seorang lelaki yang berpakaian kemeja hitam. Ya, dialah yang Izara nampak tadi. Lelaki itu adalah Uzair. Uzair sepupunya yang pernah dia tolak lamarannya dahulu sebelum dia ditangkap bersama Rayden di rumah itu sendiri. 

"Aku..." Akhirnya Uzair bersuara.

"Kau nak apa?" soalan itu diajukan oleh Carl kepada uzair.

Rayden hanya diam dari tadi. Dia hanya mengikut sahaja gerak-geri permainan Uzair. Mereka tidak seperti ahli pengganas yang lain. Apabila kumpulan yang bosnya sejenis cool bertemu dengan bos yang sejenis cool juga, beginilah jadinya. 

Masing-masing senyap seperti tidak bermusuh. Dahulu... Rayden memang bermusuh dengan Jay sejak dahulu lagi kerana kematian bapanya Jay. Setelah bapa Jay meninggal, dia mendapat tahu bahawa Jay telah menjadi anak angkat kepada Jackie Pokimok, lelaki yang memperkosa lalu membunuh adiknya dengan kejam sekali.

"Aku datang sebab aku nak bunuh dia." Kata Uzair sambil jari telunjuknya naik menunjuk ke arah muka Rayden.

Rayden yang selamba memeluk tubuh itu terus meleraikan pelukannya. 

"Kau ada apa-apa masalah dengan aku ke? Aku tak kenal kau la!" jerit Rayden dengan kuat. 

Dia rasa nak marah. Dia tidak kenal dengan Uzair. Apa yang dia tahu hanyalah, Izara mengenali Uzair. 

"Kau rampas El daripada aku. Aku takkan biarkan El jatuh ke tangan sesiapa kecuali aku Rayden!" situasi semakin tegang dengan jeritan Uzair. 

Izara terkejut. Walaupun dia tidak mendengar apa yang dikatakan oleh Uzair, tetapi dia tahu yang Uzair dan Rayden sedang bergaduh sekarang ini. 

"Izara isteri aku! Kau jangan apa-apakan dia. Kalau aku dapat tahu, mampus kau!" kemarahan Rayden membuatkan Raykal tergamam. Raykal menyekat Rayden yang berura-ura mahu menuju ke arah Uzair.

Rayden pun, sayang lagi rupanya. Ingatkan dah tawar hati. 

"Selagi Izara tak jadi hak milik aku, kau jangan harap yang kau akan hidup dengan tenang Rayden. Aku... Akan bunuh kau!" Uzair mengeluarkan sepucuk pisau lipat dari dalam poketnya lalu dihalakan ke arah Rayden. 

Kesemua mereka mengeluarkan pistol masing-masing dari dalam beg pistol yang tersangkut di pinggang. Keadaan menjadi kelu seketika. Izara tekad, dia mahu turun. Dia harus berada di sana. 

MR MAFIA MISS DOCTOR {COMPLETE}Where stories live. Discover now