MMMD | 45

8.6K 270 4
                                    

WAJAH Rayna dipandang oleh Rayden. Perlahan-lahan dia tarik keluar botol susu yang berada di dalam mulut di bayi itu. Kemudian botol tersebut dia letak di atas meja kecil bersebelahan dengan katil bayi itu. Kemudian dia bangun lalu letak Rayna di dalam katil tersebut. Perlahan-lahan dia letak lalu ditepuk dahulu perlahan.

Selepas itu, kakinya perlahan-lahan menapak menuju ke arah pintu bilik tersebut. Tengku Balqis naik ke tingkat atas. Dia ternampak Rayden baru sahaja keluar dari bilik yang ditempatkan Rayna.

"Ray." Tegur Tengku Balqis. 

Rayden lantas berpaling ke arah Tengku Balqis. Pintu bilik tersebut berjaya ditutup tanpa bunyi. 

"Ma." 

"Tidur ke?" soal Tengku Balqis.

"Ha'a ma. Kecil lagi memang la." Balas Rayden dengan gelakan yang dipaksa timbul di belakang.

"Mama tahu kamu sedang bersedih. Malam ni biar mama ajelah yang jaga Rayna." Tengku Balqis menawarkan perkhidmatan untuk menjaga Rayna.

Rayden mengangguk.

"Ray masuk bilik dulu ma." Pamit Rayden selepas itu.

"Iyalah." Tengku Balqis turut bersedih dengan kehilangan Izara dalam keluarganya. 

Menurutnya, Izara adalah seorang menantu yang sangat baik. Rajin dan tidak berkira dengan apa yang dilakukannya. Izara juga adalah seorang yang agak berani. Langkah Rayden yang mula masuk ke dalam bilik itu diperhati Tengku Balqis.

Rayden masuk bilik lalu dia menuju ke arah balkoni bilik tersebut. Sliding door yang memisahkan antara biliknya dengan balkoni tersebut dibuka. Dia letakkan tangannga di atas batang besi tersebut. Kepalanya didongakkan ke atas lalu dia memandang langit yang gelap itu.

Satu persatu kenangan antaranya dan Izara diingat kembali. Kenangan daripada awal perkenalan sehingga kali terakhir dia bersama dengan Izara. Hadirnya wanita tersebut membuatkan dia lebih sedar tentang kehidupan.

"Kenapa cepat sangat kau tinggalkan aku Izara. AKu masih belum puas hidup dengan kau." Tanpa sedar, tubir matanya mula berkaca. 

Pada bila-bila masa sahaja, matanya akan mengelurkan cecair-cecair jernih itu.

"Engkau terlalu sempurna untuk aku Izara." Rayden masih menahan dirinya daripada menangis.

Kemudian, dia masuk ke dalam bilik tersebut. Sliding door tadi ditutup lalu dikunci. Dia berjalan mengelilingi kawasan aktil tersebut. Selepas itu, dia menuju ke arah bahagian di mana dia selalu buat kerja di dalam bilik tidurnya itu.

Rayden duduk di atas kerusi yang berada di mejanya. Hanya lampu meja yang menerangi bilik ini. Lampu meja di sebelah katilnya dan juga lampu meja kerjanya di sini. Semasa dia asyik melihat-lihat rak buku yang berada di bahagian belah kanannya, tiba-tiba satu buku yang kulitnya tercorak seperti bunga-bungaan menjadi perhatiannya.

Dari duduk, Rayden terus bangun menuju ke arah rak tersebut. Buku yang menjadi pandangannya tadi diambil lalu dia duduk kembali di atas kerusi tadi. Perlahan-lahan helaian buku tersebut dia selak.

Helaian akhir di mana seseorang menulis diari tersebut difokus Rayden. Ini adlaah tulisan Izara. Bermakna, ini adalah diarinya. Macam mana dia tidak pernah tahu pun yang Izara pernah menyimpan diarinya di sini.

Rayden mula membaca apa yang dutulis Izara di halaman tersebut.

Ke hadapan suami yang amat saya cintai,

Maaf kerana tak dapat nak bersama dengan awak semasa menjaga anak kita. Saya harap awak dapat jaga anak kita dengan baik. Saya yakin awak dapat laksanakan tanggungjawab awak sebagai seorang bapa dengan sempurna Rayden. Tengku Haifa Rayna. Saya harap sangat awak letak nama anak kita Tengku Haifa Rayna yang macam kita bincang. Saya suka sangat nama tu.

MR MAFIA MISS DOCTOR {COMPLETE}Where stories live. Discover now