MMMD | 27

9.1K 361 5
                                    

SETELAH dedaun pintu utama rumah tersebut ditolak, Izara bingkas masuk bersama Rayyan yang terkedek-kedek. Izara menyangkut kunci kereta miliknya yang dihadiahi oleh Rayden semasa di awal perkahwinan mereka dahulu. Kemudian, dia berjalan ke arah meja makan besar untuk meletakkan bungkusan makanan yang terpaksa dia tapau di kedai tadi akibat Rayyan tidak habis menjamu selera. 

"Daddy!" Izara terdengar jeritan Rayyan yang sangat nyaring dari tingkat atas.

"Dah balik ke?" fikir Izara hairan. Dia letak beg tangannya di atas meja juga. Kemudian kakinya melangkah masuk ke bahagian dapur. 

PANG!

Bunyi tersebut seperti ada satu lemparan yang telah berlaku. Kakinya pantas melangkah keluar daripada dapur tersebut. 

"Daddy. What are you doing?" dengan polos, dia mendengar sebaris soalan yang dituturkan oleh Rayyan. 

Setelah keluar, Izara terkejut. Wajah Rayden bukan main merah lagi. Tidak dengan itu, tangan Rayden juga telah menimbulkan urat-urat jantannya. Izara makin seram. Dia berjalan selangkah demi selangkah ke hadapan. Dia melihat bahawa Rayyan sedang berada di dalam dukungan Tengku Balqis, ibu mertuanya. 

"Rayden." Panggil Izara perlahan. Dia nampak beg pakaiannya sudah berada di atas lantai betul-betul di hadapan Rayden. 

"Kenapa ni?" Izara menyoal polos. 

Rayden berpaling ke arahnya membuatkan dirinya makin seram. Wajah Rayden makin merah jika dipandang dekat begini. 

"Kenapa? Kau tanya aku kenapa? Sepatutnya soalan yang berbunyi kenapa tu aku yang harus tanya kau! Kenapa kau buat aku macam ni Izara!" teriak Rayden betul-betul di atas muka Izara. Jarak antaranya dan Izara tidak terlalu jauh dan tidak juga terlalu dekat. 

Mendengar jeritan Rayden itu, membuatkan Rayyan turut menangis dalam ketakutan. Tengku Balqis sedaya upaya menutup mata Rayyan supaya tidak dapat dia melihat akan tragedi di antara mummy dan daddynya ini. 

"A... a... pa dia Rayden?" Izara masih polos. Dia tidak yakin akan hal itu ataupun hal lain yang menyebabkan Rayden marah kepadanya. Tubuhnya kaku.

"Kau jangan tanya aku Izara kalau kau sendiri tahu apa yang aku maksudkan Izara!" marah Rayden lagi. Dia keluarkan segala amarahnya sekarang ini. 

Jadi memang dia marah akan hal tersebut. Hal di mana dia adalah keturunan untuk Red Eagle (RE). 

"Ya, Rayden. Saya minta maaf. Saya bukan sengaja nak sorokkan semua benda ni dekat awak." Izara terasa tubir matanya sudah berkaca. Tunggu masa mahu melepaskannya sahaja. 

"Kenapa kau buat aku macam ni! Kau tahu kan aku ikhlas sayangkan kau sekarang Izara! Aku ikhlas cintakan kau! Aku ketepikan segala buruk sangka aku terhadap kau. Aku luahkan segalanya yang aku mampu kepada kau. Tapi kau? Kau sorok hal sebesar ini daripada aku! Kenapa Izara?" sambil goncangkan kedua-dua belah bahu Izara dengan menggunakan kedua-dua belah tangannya, Rayden bertanya. 

Tidak sangka orang yang dia sayang mampu menipunya sehingga begini sekali. Tidak dia sangka bahawa isteri yang dia sayang, yang dia sanjung selama ini adalah waris kepada generasi Dato' Akhbar. Dato' Akhbar yang merupakan ketua kepada kumpulan Red Eagle (RE) pada suatu ketika dahulu. 

"Saya minta maaf Rayden." Sebak Izara mengatakan hal tersebut. Sungguh dia tidak sangka hal ini bakal terjadi. 

Sejurus Izara mengatakan hal tersebut, Raykal masuk ke dalam rumah itu bersama Dayyan dan Catriona. 

"Rayden! Dah la!" teriak Catriona. Catriona juga tidak menyangka bahawa Rayden akan semarah ini walaupun dengan orang yang dia cinta. 

"Saya minta maaf Rayden." Sekali lagi sambil tersedu-sedu Izara meminta maaf kepadanya. Namun Rayden masih dengan amarah dan egonya sebagai lelaki yang baginya telah pun dipijak lumat oleh Izara.

MR MAFIA MISS DOCTOR {COMPLETE}Where stories live. Discover now