MMMD | 6

16.9K 575 16
                                    

RAYDEN mengejar langkah Izara yang dari tadi asyik cuba mengelak daripada berjumpa dengannya.

"Izara!" jerit Rayden. Seluruh manusia di dalam bangunan itu memaparkan wajah pelik kepada mereka. Semua menumpukan perhatian ke arah mereka. Ada juga yang telah berbisik antara satu sama lain.

"Izara!" Rayden jerit sekali lagi. Dia saja mahu buat aku malu kan? Izara akur lalu menoleh. Langkah Rayden terhenti seketika.

"Awak nak apa lagi Rayden?" tanya Izara. Dia mengeluh. Mukanya dibengiskan namun tidak mampu. Wajah Rayden seperti mampu mengendurkan amarahnya kepada Rayden.

"Aku minta maaf." Balas Rayden ringkas.

"Maaf? Maaf awak tu mampu ke putarkan balik apa yang awak dah lakukan pada saya?" Izara sedikit bertempik. Doktor Zamri yang menyedari hal itu juga turut memandang.

"Ye aku tahu aku salah. Dan aku rasa sebersalah sangat sekarang." Ujar Rayden lagi. Terpinga-pinga dia apabila gadis itu mahu melepaskan genggaman tangannya daripada dipegang.

"Dah terlanjur buat baru rasa sebersalah? Sebelum buat ada fikir tak salah ke tidak?" tengking Izara dengan nada berpuas hati dapat menjatuhkan Rayden. Namun Rayden masih belum berputus asa.

"Sebab tu aku akan bertanggungjawab. Lagipun walid dan umi kau pun dah setuju." Bidas Rayden.

Izara mengeluh. Kenapalah harus dengan mamat ni?

"Ye saya dah setuju. Jadi tak payah nak desak saya lagi." Jawab Izara lalu meninggalkan Rayden sendirian.

Wajahnya diraup kasar. Rambutnya yang tadi tersusun elok kini telah dia gusutkan.

Serabut!

Otak dia bagaikan bercampur semua masalah dalam satu otak.



DOKTOR Zamri dengan sewenang wenangnya masuk ke dalam bilik Izara. Pintu tidak diketuk. Salam tidak diberi. Menyampah pula rasanya. Memang tak tahu beradab ke?

"You nak apa?" Izara tanya tanpa memandang wajah doktor Zamri. Memang menyampah.

"I nak jumpa you la." Jawab Doktor Zamri.

"Kalau pasal kerja I on. Kalau pasal peribadi sorry and you boleh keluar." Kata Izara. Matanya belum dialihkan untuk memandang wajah Doktor Zamri.

Kertas kesihatan yang berada di tangan diselak selak. Bukan ada apa apa mahu dibuat pun sebenarnya. Tetapi hanya sekadar mahu mengelak dari memandang Zamri.

"Ya allah selamatkanlah aku dari harus terus berbual dengan lelaki gila ni ya allah." Izara berdoa di hati.

Tiba tiba pintu bilik dibuka. Sorang lagi kurang ajar ni. Izara mendongakkan kepala memandang wajah gerangan yang baru masuk. Keluhan dilepaskan.

"Rayden? Awak buat apa dekat sini? Tak balik lagi ke?" tanya Izara. Lembut sahaja suaranya. Sengaja dan terpaksa.

"Mama ajak breakfast dekat rumah. Dia telefon aku tadi. Jomlah. Dia dah rindu bakal menantu dia." Kata Rayden. Dia mengerling ke arah Zamri yang masih lagi memandang Izara tanpa berkelip.

Izara bulatkan mata apabila perkara menantu itu ditekan oleh Rayden. Dia berfikir sejenak. Dia dah sarapan. Tapi... Demi melarikan diri dia rela mengikuti Rayden.

"Zamri? Keluar." Arah Izara.

"Tapi I ada benda nak talk lagi dengan you." Jawab Zamri. Wajah Izara dipandang silih berganti dengan Rayden yang masih tercegat di belakangnya.

"I say out. Out! I nak keluar." Kata Izara. Beg tangannya dicapai. Zamri dengan amarahnya keluar dari bilik Izara.

Geleng kepala Izara memandang tingkah laku doktor itu. Nama sahaja doktor, tapi perangai macam budak budak tak matang. Agaknya disebabkan oleh kerana dia harus merawat budak sehari-hari ya.



MR MAFIA MISS DOCTOR {COMPLETE}Where stories live. Discover now