BAB 13

3K 159 8
                                    

KAKI diatur menuju ke tingkat bawah. Sesekali matanya melihat jam di telefon pintarnya. Pukul lapan pagi. Selepas sahaja mengerjakan solat subuh tadi, dia membaringkan diri di atas katil sebentar. Tapi tidak sangka pula dia boleh terlelap. Bangun-bangun sahaja jam sudah menunjukkan hampir ke pukul lapan. Ingatkan nak tolong Hana buat sarapan, tapi apakan daya, terbabas pula.

Telinganya menangkap bunyi bising yang datang dari arah dapur rumah itu. Semakin laju kakinya turun ke tingkat bawah lalu ke dapur tersebut. Kelihatan keluarganya sudah berada di meja makan untuk bersarapan. Mata Haq terarah kepada seseorang di situ.

Farisha.

"Good morning," tegur Haq.

"Hai," jawab mereka berempat serentak.

Haq mula mengambil tempat di sebelah Hana. Bau harum nasi lemak sangat membuka seleranya pagi ni. Sepinggan nasi lemak sudah disediakan oleh Hana untuknya.

"Terima kasih."

"Sama-sama," ujar wanita itu.

Pagi itu hanya dipenuhi dengan celoteh Haiyan dan Haider. Dari tadi, dua anak kecil itu menceritakan tentang kegiatan mereka pada minggu itu. Haq hanya tersenyum sahaja mendengar anak-anak itu yang seronok bercerita.

Haq memandang Farisha yang berada di hujung meja. "Kau buat apa kat sini?"

"Eh, aku tahu la kau tu tak suka tengok muka aku. Hana yang ajak aku sarapan kat sini semalam. Aku pun on je la. Aku ingat kau tak balik sini."

Haq hanya mengangguk sahaja tatkala mendengar jawapan Farisha itu. Wanita itu mula menoleh ke arah Hana yang duduk bersebelahan dengannya.

"Eh Hana, semalam Aqram ada cakap apa-apa kat kau?"

Hana terus membeliakkan matanya tatkala mendengar soalan yang baru keluar dari mulut Farisha itu. Matanya menghantar isyarat kepada wanita itu supaya tidak bertanya kerana ada Haq di sebelah. Terus Farisha menutup mulutnya. Baru tersedar akan kesilapannya.

Haq sudah mengerut kening. Setelah beberapa minggu, akhirnya nama Aqram kembali menyapa pendengarannya. Siapa Aqram ni sebenarnya? Berahsia sampai tutup mulut macam tu.

"Ha baba, semalam kan kita orang pergi McD," cerita Haider sambil bibirnya tersenyum lebar.

"Uncle Aqram yang belanja." Sambung Haiyan pula.

"Iya? Bukan ibu yang belanja?"

"Tak," jawab pasangan kembar itu serentak.

Semakin berkerut dahi lelaki itu dibuatnya. Semalam Hana ada memberitahunya yang mereka pergi makan di restoran makanan segera tersebut. Tetapi isterinya itu tidak pula menyebut tentang lelaki bernama Aqram. Terus isteri di sebelah dipandang. Matanya menghantar isyarat meminta penjelasan.

Hana sudah menggigit bibir bawahnya. Cuba mengelak dari renungan si dia. Pandangan mata itu yang kelihatan dingin membuatkan bulu romanya menaik. Rasa seperti mahu menyorok sahaja sekarang ni.

Farisha pula sudah menepuk dahi. Apalah nasib dirinya yang terpaksa menjadi saksi kepada peperangan yang kemungkinan bakal berlaku nanti. Ini semua disebabkan dirinya yang tak reti berfikir sebelum berkata sesuatu.







"ABANG nak tanya Hana."

Hana menoleh ke arah lelaki itu. Sekarang di rumah ini hanya ada dia dan Haq sahaja. Anak-anaknya sudah diamanahkan kepada Farisha untuk dibawa keluar sebentar. Dia tahu pasti lelaki itu akan bertanya perihal Aqram. Sekiranya perbincangan tersebut membawa kepada pertengkaran, sekurang-kurangnya anak-anaknya tiada di situ untuk melihat.

KESEMPATAN BAGIMUWhere stories live. Discover now