BAB 67

3.7K 193 31
                                    

"HEI.."

Lelaki itu dapat rasakan seseorang berdiri di belakangnya sambil kedua tangan itu melingkar di bahu dan lehernya. Sesekali pipi terasa hangat dengan kucupan yang diterima.

"Still working?" Soal suara lembut tersebut.

"Yeah." Tangannya mengelus kedua tangan Hana yang berada di lehernya. Satu tangan dibawa ke bibir lalu dicium lama.

"Abang.. you don't trust me?"

Kening berkerut tatkala soalan itu menyapa pendengarannya. Automatik kepala mendongak untuk menatap wajah si isteri. "Maksud Hana?"

"Sejak Hana cerita benda tu.. abang makin termenung je. Abang masih ragu-ragu?"

Haq diam. Cuba mencari jawapan yang sesuai. Memang tepat telahan wanita itu. Dia masih ragu-ragu. Tapi, tak bermaksud dia tak percaya kata-kata Hana. Disebabkan dia tak boleh ingat semua kejadian yang dicerita oleh isterinya, semuanya terasa kabur. "Yes.."

"Hana tahu, tak senang. Selagi benda tu tak ada dalam kepala otak abang, selagi tu abang ragu-ragu."

Kerusi dipusingkan ke belakang menghadap Hana. Tangannya mencapai kedua tangan isterinya lalu digenggam erat. Kepala mendongak memandang si dia yang sedang berdiri. Senyum cuba diukirkan. "You can read me."

Wanita itu hanya menayang senyum tawar. "Abang dah tengok kan keputusan tu? You should relax now."

"I try."

Mata Hana tajam merenung wajah suaminya. Tetapi Haq hanya membalas dengan senyumannya. Lelaki itu tersenyum, tetapi di sebalik senyuman tersebut, tersoroknya sesuatu. Sesuatu yang dipendam lelaki itu. 

"You don't trust me," ujar wanita itu sekali lagi. Reaksi Haq itu buatkan Hana rasa yang lelaki itu tidak percayakannya.

"Hey, of course I trust you. Kenapa abang tak nak percaya pulak?"

"Your face says it."

Keluhan dilepaskan oleh Haq. "You know what? Sometimes I just want to hit my head on the wall, or anything hard. As long as I can bring back my memories. It's hard, Hana. I feel.. useless."

Sepanjang beberapa hari ini, Haq sering berfikir tentang perkara itu. Tentang memori dan ingatannya. Semuanya terlalu sukar bila dia tak boleh nak ingat segala perkara yang penting. Kadang-kadang dia rasa dirinya tak berguna hanya disebabkan memorinya tak boleh kembali semula dalam kotak ingatannya. Dia tertanya-tanya.. kenapa dalam banyak-banyak memori yang dia ingat, memori yang pahit seperti itu? Kenapa bukan memori indah mereka?

Mendengar segala keluhan Haq buatkan Hana berasa bersalah seketika. Dia faham kenapa Haq ragu-ragu. Tapi.. riak wajah suaminya itu yang buatkan dia tak puas hati. Sebab tu, dia berkata begitu. "Jangan cakap macam tu.. Hana.. mintak maaf."

"No, don't feel sorry. Enough with this sad talk. Let's sleep." Haq mula bangkit dari duduknya.

"Kerja abang macam mana?"

"Esok cuti, sayang. Mata abang pun dah nak juling tengok laptop tu."

Setelah mematikan suis yang ada, suami isteri itu mula keluar dari bilik tersebut lalu beralih ke bilik mereka. Badan mula dibaringkan di atas katil. Rasa lega yang tak terhingga buat Haq kerana dapat berehat dengan benar setelah beberapa jam menghadap kerja yang tak pernah habis tu.

Hana hanya memerhati wajah yang sedang kepenatan itu. Sesekali wanita itu menggigit bibir bawahnya. Haq terlupa sesuatu. Lelaki itu tidak mengucapkan sebarang kata selamat malam untuknya. Ataupun mencium dahi, kening atau pipinya. Mungkin suaminya terlalu penat. Dia pun tak nak memaksa.

KESEMPATAN BAGIMUWhere stories live. Discover now