BAB 62

2.8K 188 33
                                    

HAQ perasan Hana kelihatan banyak termenung sejak semalam. Entah apa yang difikirkan isterinya itu. Seperti sekarang, mata Hana memang sedang melekap pada skrin telefon, tetapi fikirannya seolah menerawang ke tempat lain. Dia mula mengatur langkah ke arah katil lalu duduk dilabuhkan bersebelahan Hana.

"Bitch." Tiba-tiba perkataan tersebut keluar dari mulut Hana. Semestinya Haq terkejut. Terbeliak mata lelaki itu memandang si dia di sebelah.

"Hei, kenapa cakap macam tu?"

Hana terlihat seperti baru tersedar dari lamunannya. Kepala mula menoleh memandang suami. Bibir diketap.

"Sayang, kenapa cakap macam tu? Ada apa-apa jadi ke?" Dengan lemah lembut Haq bertanya. Sebelah tangan Hana diusap olehnya.

"Saya.. tak suka cara Nadine pandang awak semalam."

Mengingatkan kejadian semalam ketika dia berjumpa semula dengan Nadine membuatkan Hana geram sendiri. Kenapa dia boleh berjumpa semula dengan perempuan tu? Nak ikutkan hati, perkara itu yang paling dia nak elakkan sepanjang hidup. Dulu, dia pernah berjanji dengan diri sendiri supaya tak terlibat apa-apa lagi dengan perempuan bernama Nadine tersebut setelah graduasi. Tetapi Tuhan berkehendak lain bila mereka berdua dipertemukan semula.

"Tak ada apalah. Dia tak berani nak try aku," ujar Haq cuba menyedapkan hati si isteri.

"Mana awak tahu? Awak nak tahu kenapa saya lost contact dengan dia?"

"Ha, kenapa?" Lelaki itu hanya tadahkan telinga sahaja.

"Sebab kenapa saya lost contact dengan dia lepas graduate, she's toxic. Jenis yang tikam belakang. Makan kawan sendiri. Dia kawan dengan saya tapi diam-diam tak puas hati. Apa yang saya dapat, dia nak. Lepas tu, play victim."

Hana cuba mengambil nafas. Hatinya memang betul-betul panas sekarang. Perkara lapan tahun lepas yang pernah berlaku bermain di fikirannya. "Saya ingat lagi, saya satu group assignment dengan dia. But end up dia langsung tak function. Dia buat bahagian dia tapi banyak salah. Saya suruh dia betulkan tapi dia mengelat. Last, saya sendiri betulkan, buat balik dia punya bahagian. Lepas tu, dia jugak yang dapat nama."

Hana ingat lagi, ketika kejadian itu berlaku, Nadine yang mendapat pujian dari pensyarah subjek mereka. Perempuan tu pun seronok je la bila dapat pujian melambung. Sedangkan dia yang bertungkus lumus menyiapkan bahagian tersebut sehingga tak tidur malam. Patutnya dulu, dia report sahaja. Tapi disebabkan rasa simpati tu meninggi dalam diri, dia tak buat.

Lelaki itu hanya setia sahaja memasang telinga mendengar segala luahan hati isterinya. "Tapi.. tu kan dulu. Mana tahu, dia dah berubah."

Hana mula menarik tangannya dari genggaman Haq. Wanita itu memeluk tubuh. "Awak back up dia? Kenapa? Ada hati dengan dia?"

Ternganga si suami dibuatnya. Rasa menyesal pula bagi pendapat sendiri tadi. Kan dah kena sembur. "Eh, taklah. Buat apa aku nak ada hati dengan dia? Perempuan sebelah aku ni pun dah cukup la."

"Yalah tu," ujar Hana tidak percaya. Mata mengecil memandang lelaki di sebelahnya.

"Ya Allah, betul. Dahlah, kau tak payah fikir pasal dia. Kalau kau tak suka, tak payah contact dia. Biar je. Jangan serabutkan kepala otak kau. Okay?"

"Kalau dia try awak diam-diam belakang saya macam mana? Saya perasan tau semalam matanya dia tu tak habis-habis pandang awak. Elak kena cungkil je mata tu."

Wajah yang penuh bimbang itu ditatap oleh Haq. Pasti Hana sedang overthinking sekarang. Bahu isterinya dipeluk lalu kepala itu dibawa rapat ke dada. "Dengar tak?" Topik cuba ditukar sebentar.

KESEMPATAN BAGIMUWhere stories live. Discover now