BAB 54

2.7K 174 31
                                    

LELAKI itu hanya mengikut langkah mama dan isterinya dari belakang. Di tangannya dah penuh dengan segala barang yang dibeli. Asalnya nak beli pakaian ibu mangandung untuk Hana. Tapi kalau dah nama orang perempuan, pasti senarai yang dibeli itu akan bertambah. Sekarang di tangannya ada juga barangan kelengkapan bayi. Mama excited sangat agaknya nak timang cucu baru.

Kaki turut mengikut melangkah masuk ke dalam sebuah butik pakaian wanita. Terdapat bermacam jenis rekaan baju kurung yang ada dalam butik tersebut. Haq sudah berkerut kening. Nak beli baju raya ke? Rasanya raya dah lepas.

"Buat apa kat sini?" Soalnya. Terus dua pasang mata itu memandang ke arahnya.

"Beli baju ler. Takkan buat baju pulak," jawab mama. Puan Sarimah mula membelek salah satu baju kurung di situ.

"Kan saya ada kata nak beli baju nak pergi majlis Farisha tu." Hana pula yang membuka mulut.

"Oh.."

Baru Haq teringat. Hana ada memberitahunya tentang majlis akad nikah rakan karib isterinya itu yang bakal diadakan pada minggu hadapan.

"Tak silap saya awak ada baju Melayu warna mint kan?" Soal Hana. Tema bagi ahli keluarga pengantin adalah warna mint green. Dan disebabkan Hana dikategorikan sebagai orang rapat, jadi mereka tak terkecuali. Mujurlah baju anak-anaknya dari awal dia dah settle. Tak adalah susah. Yang tinggal cuma dirinya sahaja memandangkan dia tak punya baju kurung warna tersebut.

Haq hanya jongket kedua bahunya. "Entah. Mana aku tahu."

Hana hanya menjulingkan matanya ke atas. Lupa pulak suami dia amnesia. Manalah Haq tahu kalau dia ada baju Melayu warna tersebut.

Set tunic kaftan bersama kain songket menarik minat Hana. Dah lama dia teringin memakai baju jenis tersebut. Kalau dipadankan dengan seluar pun cantik. Baju itu diambil lalu diletakkan di badan. Saja mencuba.

"Cantik," ujar suara garau itu tiba-tiba.

Hana mengangkat kepalanya. Bibir mengukir senyum. "Kan? Ingat nak beli yang ni."

"Belilah." Encik suami dah beri green light.

Lagilah melebar senyum Hana. Dah tak sabar dia nak swipe kad Haq. Terus permintaannya tadi disuarakan kepada pekerja butik untuk mencari warna yang diingini.

"Hana dah jumpa baju?" Muncul pula mama di situ.

"Dah, ma. Sekejap je."

"Alhamdulillah. Lepas ni ada nak pergi mana-mana lagi?"

Wanita itu mengusap dagunya. Tiba-tiba rasa mengidam nak makan aiskrim. Sebaik sahaja urusan pembayaran diselesaikan oleh Haq, terus mereka bertiga melangkah keluar dari butik tersebut. Permintaannya tadi disuarakan kepada suami dan mentuanya.

"Err.. mama."

Puan Sarimah menoleh ke arahnya. Begitu juga Haq.

"Hana ingat nak makan llaollao," ujarnya bersama sengihan di bibir.

"Anak baba nak makan aiskrim ke? Ke ibu yang nak makan?" Tiba-tiba tangan Haq terus hinggap di perutnya. Hana pula sudah mencebik.

Yang Puan Sarimah dah tergelak kecil di tepi mereka. Geli hati melihat gelagat anak menantunya itu.

Tanpa membuang masa, mereka bergerak ke salah satu outlet llaollao berdekatan. Berbunga hati Hana ketika hendak memilih perisa yang dia mahukan. Bersinar mata apabila makanan yang dia idamkan sudah berada di depan mata. Setelah itu, tempat mula diambil. Dengan lafaz bismillah, dia menyuap satu sudu aiskrim yogurt tersebut. Tertutup matanya menikmati rasa masam dan manis yang mengalir di tekak. Sungguh enak!

KESEMPATAN BAGIMUWhere stories live. Discover now