BAB 33

2.2K 122 51
                                    

LAPAN tahun lalu...

Manchester, UK.

Sebaik sahaja bayang rakan karibnya muncul di situ, terus Raihan bergegas ke arah lelaki itu. Lelaki yang sedang berpeluk tubuh itu didekati. Baru sahaja dia nak membuka mulut, Haq terlebih dahulu memotongnya.

"Nak rokok sebatang," pinta Haq.

Raihan mengangkat keningnya. "Aku datang datang, kau mintak rokok. Kau ingat murah ke nak bagi free macam tu? Rokok kau mana?"

Haq menjulingkan matanya ke atas. "Hilang. Cepatlah."

Raihan hanya menggelengkan kepalanya. Kotak rokok dikeluarkan dari kocek lalu diserahkan kepada Haq. Lelaki itu mengeluarkan sebatang. Raihan pelik melihat rakannya itu menghulur tangan ke arahnya.

"Kau nak apa?" Soal Raihan.

"Lighter la."

"Lighter pun hilang?"

"Cepatlah."

Kali ini pemetik apinya pula diserahkan kepada Haq. Lelaki itu membakar rokoknya. Benda itu dihisap lalu asap dihembus. Berkepul-kepul asap keluar dari mulut Haq. Lelaki itu seolah-olah lega apabila dapat menghisap rokok tersebut.

"Kau pergi mana malam tadi? Asal tak balik?" Soal Raihan setelah sekian lama.

"Last kau nampak aku malam tadi kat mana?" Soalan dibalas dengan soalan.

"Kan kita pergi parti tu semalam. Aku nampak kau kat bar tu la. Lepas tu tak lama, kau hilang."

Haq terdiam. Dia berfikir, perlu ke dia memberitahu hal tersebut kepada Raihan? Lagipun lelaki itu sahabatnya. Dari dulu mereka berjanji untuk tidak menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan masing-masing. Dia ibarat macam, masalah kau, masalah aku. Aku tolong kau, kau tolong aku.

"Aku.. bangun pagi tadi. Tahu-tahu ada kat motel dekat dengan bar tu. Sebelah aku ada.."

Haq membuka matanya. Lelaki itu segera bangun dari pembaringan. Dadanya berombak turun naik. Peluh merenik keluar dari dahinya walaupun suhu di dalam bilik tersebut sejuk dengan pendingin hawa. Entah kenapa bayangan lapan tahun lalu kembali menghantui dirinya. Seringkali dalam bentuk mimpi.

Kepala ditoleh ke kiri. Kelihatan Hana sedang tertidur lena. Senyum terukir di bibirnya tatkala melihat wajah itu yang kelihatan begitu tenang diulit mimpi.

Kakinya mula menuruni katil. Langkah diatur menuju ke tingkat bawah lalu ke arah dapur. Dia ingin membasahkan tekak yang haus. Gelas diambil dan air sejuk ditadah. Sebaik sahaja air itu diteguk, lega tekaknya buat seketika.

Penumbuk dikepalkan. Beberapa minggu setelah dia pulang dari Bali, kisah silam itu sering menghantui hari-harinya. Kisah yang sudah lama hilang dari kotak memorinya kembali timbul. Rahsia yang ditutup rapat olehnya dan hanya diketahui oleh beberapa orang sahaja dalam hidupnya. Bahkan keluarganya sendiri tidak tahu. Apatah lagi Hana.

Adakah mimpi tersebut merupakan tanda bahawa dia perlu jujur? Jujur dengan semua orang? Kejujuran yang pastinya akan menoreh luka lama dan juga memberi luka kepada orang-orang yang dia sayang.

Tiba-tiba Haq dapat rasakan pinggangnya dipeluk seseorang dari belakang. Bibirnya mengukir senyum kecil. Dia tahu pemilik tangan itu. Dua tangan itu diusap lembut.

"Hana terbangun?" Soalan itu ditanya. Dia mula memusingkan tubuh ke belakang menghadap isterinya.

"Saya terbangun. Tengok-tengok awak tak ada kat sebelah."

KESEMPATAN BAGIMUWhere stories live. Discover now