BAB 45

2.7K 159 54
                                    

DARI tadi matanya tak berhenti daripada merenung tubuh yang sedang terlantar di depan mata. Keluhan keluar dari mulutnya. Doktor mengatakan yang lelaki itu mungkin mengambil masa untuk sedar. Mungkin dalam beberapa jam atau memakan masa sehari. Tetapi nampaknya Tuhan berkehendak lain. Sudah dua minggu sejak kemalangan itu berlaku dan Haq masih lagi belum sedarkan diri.

Dengan perlahan tangan sejuk itu dicapai lalu diusap. "Haq.. awak tak nak bangun ke? Anak-anak awak asyik tanya, bila baba nak bangun? Awak tak rindu dia orang ke?"

Masih tiada respon. Lelaki itu hanya diam. Menutup mata. Sekali lagi keluhan dilepaskan. Tiba-tiba, telinganya menangkap bunyi pintu wad itu yang dibuka. Automatik kepalanya menoleh. Ibu mentua dan anak-anaknya berada di muka pintu. Senyum kecil terukir tatkala melihat mereka.

"Hana," panggil mama.

"Ya, ma?"

"Hana dah makan?" Macam biasa, soalan itu ditanya terlebih dahulu.

Hana menggelengkan kepalanya sebagai jawapan. Dari pagi sehingga waktu dah nak masuk tengah hari, dia masih belum makan lagi. "Belum."

"Kita makan ya? Budak-budak nak makan dengan ibu dia orang ni."

Anak-anaknya terus meluru ke arahnya. Tangannya ditarik oleh Haider. "Ibu, jom makan. Kita lapar ni."

"Ha'ah. Ibu pun belum makan, kan? Nenek kata, ibu kena makan. Kesian kat adik nanti," ujar anak sulungnya pula.

Kalau dah anak-anak yang memujuk, serta-merta hatinya cair. Nak tolak pun rasa bersalah. Akhirnya, dia bersetuju. Beg tangan yang diletakkan di tepi itu diambil.

"Yan, Haider. Cakap dengan baba. Kita nak keluar kejap," pintanya. Mana tahu dengan suara anak-anak mereka, merangsang otak lelaki itu supaya sedar.

Dengan mudah, kembar itu mengikut kata. Si abang mula memanjat kerusi, lalu mulutnya didekatkan pada telinga Haq. Anak itu mula berbisik. "Baba, kita orang keluar dulu. Baba cepatlah bangun. Yan rindu nak main dengan baba."

Sebaik sahaja giliran Haiyan selesai, adiknya pula yang mengikut. "Baba, Haider nak keluar makan. Lapar. Baba bangun tau. Jangan asyik tidur je. Haider rindu baba."

Anak itu menghadiahkan sebuah kucupan di pipi untuk ayahnya. Dan Hana di tepi hanya tersenyum kecil melihat kelakuan anaknya yang satu itu. Kalau anak kecil yang lain, kemungkinan takut untuk mendekati orang yang tengah terbaring sakit, tak sedarkan diri. Mujurlah anak-anaknya tak macam tu.

Kepala Haiyan dan Haider diusap perlahan. "Good boy. Jom, kita keluar."

Sebaik sahaja mereka berempat mula melangkah keluar dari bilik wad, kebetulan muncul Raihan di situ.

"Aunty, Hana. Hai, Yan! Haider!" Tegur lelaki itu.

"Hai uncle!" Jawab dua budak lelaki itu serentak.

"Eh, Raihan! Nak lawat Haq ke?" Soal Puan Sarimah ramah. Raihan pula hanya menganggukkan kepala sebagai jawapan.

"Haq masih belum sedar ke aunty?"

"Macam tu je la dia. Raihan tolong tengok-tengokkan Haq kejap ya? Kita orang nak keluar makan jap," pinta orang tua tersebut.

Dengan senang hati, Raihan menurut permintaannya.

"Terima kasih ya nak. Raihan nak kirim apa-apa?"

"Tak apa, aunty. Terima kasih," jawab lelaki itu bersama senyuman.

"Okay la macam tu. Kita gerak dulu."

Mereka berempat mula bergerak ke kafeteria hospital itu. Semasa di sana, ketika anak-anaknya begitu berselera mengambil nasi dan lauk untuk makan tengah hari, Hana pula hanya mengambil sebungkus roti dan satu air tin sebagai alas perut. Dia tak ada selera nak makan makanan berat.

KESEMPATAN BAGIMUWhere stories live. Discover now