BAB 28

2.4K 134 38
                                    

MATANYA meliar memandang kiri dan kanan. Setelah merasakan tiada apa-apa, kaki kanan mula melangkah. Langkah diatur menuju stor fail yang terdekat. Baru sahaja dia melepasi bilik mesyuarat kecil yang terletak di situ, tiba-tiba lengannya ditarik. Lengannya ditarik dengan kuat sehingga dia masuk ke dalam bilik tadi.

Wanita itu hampir menjerit tetapi mulutnya sempat ditekup lelaki itu. "Shut your damn mouth!"

Hana membeliakkan matanya. Dengan kekuatan yang ada dia melepaskan tangan lelaki itu dari mulutnya. Tangannya naik untuk menampar wajah itu tetapi gagal kerana tangan kasar itu sempat menahan.

"You gila ke apa?!"

"Memang! Memang I gila! I gilakan you!" Lelaki Cina itu cuba mengawal suaranya supaya tidak didengar oleh staf lain. Sebelah tangannya mencengkam lengan Hana dengan begitu kuat. Tidak kisah sekiranya cengkaman tersebut akan memberikan kesan pada lengan tersebut. Wanita itu merintih kesakitan disebabkan cengkaman tersebut.

"Lepaslah!"

"I takkan lepaskan selagi I tak dapat jawapan sebenar. Betul ke Baihaqi tu suami you?"

Mata Hana sempat menangkap hujung bibir Derek yang sedikit luka. Itu mesti kerja Haq.

"You sendiri cakap yang you akan percaya kalau ada lelaki yang mengaku. So? Dia dah mengaku. Berhenti ganggu I, Derek."

Ayat terakhir itu diucap dengan lembut oleh Hana. Cuba meminta lelaki itu fahaminya. Tolonglah, hanya untuk sekali ini sahaja.

"I tak dengar lagi dari mulut you."

Ya Allah, sungguh dia penat. Penat nak cakap dengan orang yang tak reti putus asa ni. Kalau perkara baik, bagus kalau tak mudah putus asa. Masalahnya, ni perkara yang tak sepatutnya.

"Ya, Baihaqi tu suami I. You nak tengok apa lagi? Sijil nikah? Kad nikah? Saksi kita orang kahwin? Baru nak percaya?"

Derek menggeleng-gelengkan kepalanya. Lelaki itu meraup rambutnya kasar. Entah kenapa begitu sukar untuk dia menerima kenyataan tersebut. Adakah disebabkan dia terlalu berharap? Dia terlalu menginginkan wanita itu. Dia ingin mendekati, mendampingi. Atau lebih tepat lagi, nafsu yang menguasai diri?

Sengih terukir di bibir itu. Sengih yang sukar untuk Hana tafsirkan. Tiba-tiba, lelaki itu merapatkan jarak antara mereka. Hana cuba untuk mengelak tetapi pergerakannya terlebih dahulu diperangkap. Tubuhnya yang diperangkap pada dinding itu menyukarkan dia untuk melawan.

Wanita itu teringat akan peristiwa kelmarin ketika Haq memberitahunya tentang Derek yang berkata sesuatu mengenai tubuhnya. Bulu romanya serta-merta naik. Rasa takut menjalar pada tubuhnya. Mata itu meneliti setiap inci tubuhnya. Derek seakan-akan seperti dirasuk.

"I crave for you.."

Tangan kiri Derek dengan perlahan menuruni pinggang ramping itu. Daripada pinggang, tangan lelaki itu naik menjalar pada lengan lalu ke bahu milik Hana. Hujung bibirnya ternaik apabila melihat mata itu yang menikam tepat ke arahnya.

"Hana.. Hana.. you're beautiful, my dear." Jari Derek hinggap pada pipi wanita itu.

"To.." Tanpa sempat Hana menjerit, mulutnya ditekup oleh Derek.

"Shh.. remember, there's people here."

Hana bergelut cuba untuk melepaskan diri dari lelaki tak guna itu. Dengan sedikit kekuatan yang ada, tubuh sasa itu ditolak sekuat hati. Tangannya naik dan..

Pang!

Pipi lelaki itu ditampar dengan kuat. Sakit yang tersisa di tangan kanannya tidak dihiraukan. Yang penting hatinya puas. Jari telunjuknya naik pada wajah itu.

"Don't you ever touch me!" Dada Hana berombak cuba mengambil nafas setelah hampir beberapa minit bergelut untuk melepaskan diri.

"You ni kan.." Mata lelaki itu jelas menunjukkan amarah.

Baru sahaja Hana hendak mencapai pemegang pintu bilik tersebut, dirinya sudah ditarik terlebih dahulu oleh Derek.

"To.." Hana sekali lagi cuba menjerit untuk meminta tolong. Tanpa sempat menjerit, lelaki Cina itu mencekik lehernya dengan kuat. Liang nafasnya semakin sempit. Dia cuba mencari udara yang ada. Tetapi sukar. Pandangannya semakin berbalam. Kelopak matanya hampir tertutup rapat.

"Derek!"







ARAK itu diteguknya rakus. Dia sendiri tak tahu berapa banyak kandungan alkohol sudah mengalir dalam tubuhnya. Fikirannya terlalu sesak sekarang. Inisiatif itu dipilih sebagai langkah penyelesaian untuk dia melupakan masalahnya. Tetapi, tak satu pun menjadi.

Derek memicit pelipisnya. Bayangan beberapa jam yang lalu menerpa pemikirannya. Amarah bangkit dalam dirinya kembali. Gelas yang berada di tangan dicampaknya ke arah dinding. Bunyi kaca yang pecah memenuhi ruangan itu. Sisa-sisa kaca berselerak di atas lantai.

"Fuck!" Jerit lelaki itu bagi melepaskan amarahnya. Dadanya berombak menahan rasa di dada. Dia teringat akan peristiwa yang berlaku beberapa jam yang lalu..

Pipi kirinya yang sakit itu dipegang. Hari ini entah kali keberapa dia menerima tamparan di pipi. Sakit ditumbuk kelmarin pun masih boleh dirasai lagi. Mujurlah di balai tadi dia tidak diserang oleh suami Hana.

"Kau ni memang memalukan keturunan aku!"

Matanya mencerlung tajam ke arah bapanya, Dato' Chew. Rasa terhina apabila dirinya diperkatakan sebegitu oleh bapa sendiri.

"Berani pandang muka aku macam tu?! Hei, Derek! Tahun ni dah berapa kali aku kena naik turun balai sebab kau. Hari tu, kau buat hal di kelab malam. Lepas tu, memandu dalam keadaan mabuk. Kali ni, kau kacau isteri orang pulak!"

Kalau nak ikutkan marah, mahu sahaja Dato' Chew belasah anaknya sehingga puas. Tapi disebabkan Derek itu anak, masih lagi darah dagingnya, dia tahankan juga.

Derek memandang ibunya di tepi. Datin Chew hanya berpeluk tubuh. Sedikit pun tidak berniat untuk membantu anak bongsunya itu. Biarlah kali ini dia diajar dengan bapanya. Dengan teruk pun tak apa. Asalkan anaknya belajar. Belajar menjadi seorang manusia.

"Tuan Bakri is one of my colleagues. Aku nak letak muka aku kat mana lepas ni? Lepas apa kau buat pada menantu dia?"

Derek masih lagi diam. Tidak membalas langsung pernyataan bapanya.

"Kenapa kau tak macam kakak dengan abang kau, Derek? Kenapa kau degil? Salah aku ke didik kau jadi macam ni?" Dato' Chew cuba menahan air matanya daripada mengalir. Sebak bila mengingatkan perangai anak bongsunya yang sebegitu.

Derek melarikan pandangan. Dalam hati, dia rasa bersalah melihat orang tua itu yang menahan air matanya. Tetapi, ayat pertama bapanya yang membandingkan dirinya dengan adik-beradik yang lain membuatkan hatinya keras semula. Dia paling tidak suka bila dirinya dibanding.

"Lepas ni, kau pandai-pandai hidup. Aku dah tak nak ambik kisah lagi. Cari kerja sendiri. Jangan mintak tolong aku lagi."

"I should have one of the positions in your company," ujar Derek perlahan. Dia mengangkat kepala. Memberanikan diri memandang wajah bapanya yang tak ubah seperti singa kelaparan sekarang ini.

Mata Dato' Chew mencerlung tajam ke arahnya. "Kau nak cakap pasal tempat kau dalam syarikat sekarang ni? Lepas apa yang kau dah buat? With this kind of attitude, there's no one want you in their company!"

"You should give me a chance!"

"Dah berapa kali kami bagi kamu peluang, Derek," ujar si ibu setelah lama berdiam diri.

Derek mendengus geram. Sudahlah dia dah dibuang kerja. Selepas ini, dia perlu lakukan semuanya sendiri. Dalam hati, dia menyumpah seranah perempuan bernama Hana Humaira itu. Kalaulah wanita itu langsung tidak membuka mulut, pasti semua perkara ni tak akan terjadi. Semua salah kau, perempuan!

KESEMPATAN BAGIMUWhere stories live. Discover now