BAB 59

2.9K 172 52
                                    

ENAM tahun lalu...

"Dah tahu nak lintas, mata tu tengok jalan! Bukannya handphone!"

"Okay! Saya tahu saya salah! I'm sorry okay? Terima kasih selamatkan saya."

Baru sahaja dia hendak melangkah pergi dari situ, tiba-tiba dia rasakan lengannya ditarik.

"Eh? Apa pegang-pegang ni?"

"Siku aku ni? Siapa nak tanggungjawab?"

Hana mengangkat keningnya. Matanya terarah pada siku lelaki itu. Ah.. pasti siku lelaki itu terluka akibat tergeser di jalan tadi. Yang dia pula elok sahaja selamat disebabkan badannya mendarat di atas tubuh itu tadi.

"Fine, sebab awak dah selamatkan saya. Kita pergi klinik."

Mujurlah tak jauh dari situ ada sebuah klinik. Mereka berdua mula mengatur langkah ke klinik tersebut. Baru sahaja kaki hendak melangkah masuk, tiba-tiba lelaki tadi menghalang.

"Sekejap."

Hana mengerut kening. Apa masalah mamat ni? Orang nak cepat settle.

"Tak payahlah pergi klinik."

"Kenapa pulak? Siku tu ada luka darah. Kenalah cuci. Nanti infection hilang tangan terus saya tak tahu eh."

"Ala, sikit je. Pergi farmasi je la. Kau bayar."

Hana melepaskan keluhan. Dia kalau boleh nak cepat-cepat selesaikan masalah ni. Malas nak berlama-lama dengan lelaki yang dia tak kenal. Tapi disebabkan luka tu, nak tak nak masa dia terpaksa dikorbankan.

"Jom." Kakinya terus beredar dari klinik tadi. Hampir sepuluh minit berjalan, mereka berdua sampai di sebuah farmasi.

"Awak tunggu sini. Saya masuk." Hana mula masuk ke dalam farmasi itu. Beberapa minit kemudian, gadis itu keluar bersama sebungkus plastik kecil berisikan kapas, cecair antiseptik dan pita lekat.

"Nah." Plastik kecil tersebut diserahkan kepada lelaki itu. Si lelaki hanya mengerut kening.

"Buat apa?" Soal lelaki itu.

"Buat apa awak tanya? Cuci luka tu la."

"Takkan aku nak cuci sendiri?"

"Yalah. Tangan sebelah tu elok lagi kan?"

"Hello? Aku dah selamatkan nyawa kau tau. Kau patut terhutang nyawa dengan aku. Kau cuci luka ni."

Hana menjulingkan matanya ke atas. Ya Allah, nak ikutkan hati, dia rasa malas. Tapi disebabkan orang tu dah mengungkit hal nyawa, haruslah dia juga yang cucikan.

Mereka mula beriringan pergi ke sebuah taman. Lelaki itu hanya mengikutnya dari belakang. Sampai sahaja di sebuah bangku, mereka mula melabuhkan duduk di situ. Tanpa banyak kata, cepat-cepat Hana cucikan luka tadi.

"Ish, pelan-pelan la. Pedih." Lelaki itu mula merungut.

"Wong lanang kok ora tahan sakit," bebel mulutnya perlahan.

"Apa?"

Dia hanya diamkan diri sahaja apabila lelaki itu menanya. Lebih baik lelaki itu tak faham dengan apa yang dikatakannya tadi.

"Nama kau siapa?"

"Buat apa nak tahu? Nak ngurat saya ke?"

"Perasan. Tak semestinya orang lelaki kalau tanya nama, dia nak ngurat kau."

"Benda sini, habis sini. Tak payah tahu nama."

"Tak salah kan aku nak tahu? Aku dah selamatkan kau kot. Kalau aku tak tahan tadi, agak-agak kau dah kat atas katil hospital sekarang."

KESEMPATAN BAGIMUWhere stories live. Discover now