TATKALA mereka melihat sebilah rotan dibawa keluar oleh Pak Lang, semua kanak-kanak lelaki yang berada di beranda rumah menelan liur pahit. Terutama sekali Apit dan Ijat.
"Ayah! Apa sampai bawak keluar rotan tu?" Soal Siti kepada ayahnya, Pak Lang. Sesekali mata memandang anaknya, Apit yang sudah kelihatan pucat.
Pak Lang tak mengendahkan soalan Siti melainkan mata merenung cucunya. Pak Teh juga turut sama merenung Ijat tajam.
"Nampak rotan kat tangan ni? Ha, siapa nak dulu? Apit ke Ijat?" Soal Pak Lang.
"Pak, halanglah Pak Lang tu! Takkan nak biar dia rotan cucu bapak." Zana pun tak boleh duduk diam ketika melihat anaknya, Ijat yang kelihatan seperti hendak menangis.
"Biar! Biar anak kau belajar mana satu baik, buruk," balas Pak Teh.
"Ayah, budak-budak kan? Memanglah gurau kasar macam tu," tentang Siti. Ibu mana je yang rela tengok anak sendiri kena rotan?
"Sebab budak-budak kena ajar! Melentur buluh biar dari rebungnya." Pak Lang menghembus nafas kasar. Mak dengan anak lebih kurang perangai. Dah tahu anak salah, masih nak dimenangkan.
"Sekarang terus terang. Cerita, apa yang kau orang dah buat." Pak Lang dan Pak Teh labuhkan duduk di tepi. Rotan masih tak tinggal di tangan.
Apit dan Ijat berpandangan satu sama lain. Sekejap pandangan dialihkan pada kembar yang sedang duduk bersama ibu dan ayahnya yang tidak jauh dari situ.
"Kaulah cerita, Ijat," bisik Apit.
"Kaulah, Apit."
"Kaulah."
"Kau..."
ZZZAPP!
Mendengar bunyi libasan rotan yang kuat buatkan semua yang berada di beranda terkejut. "Cerita je! Susah sangat nak jujur?" Pak Lang dah memeluk tubuh.
"K-kita orang.. tak sengaja.. sorokkan mainan budak tu.." Dengan penuh gagap si Apit membuka cerita. Gerun melihat wajah garang atoknya.
"Apa motif buat macam tu?" Soal Pak Teh pula.
"N-nak gurau je.." balas Ijat. Kepalanya hanya menunduk ke bawah.
"Gurau apa macam tu?! Sampai nangis anak orang kau buat. Kau, Ijat? Rosakkan mainan adik dia kan?" Lagi sekali Pak Teh menyoal.
"Pak, setakat mainan tu. Dia orang kaya. Boleh je beli mainan baru," pujuk Zana lagi. Tanpa Zana sedar, Hana yang berada tak jauh darinya, mendengar kata-kata tersebut.
"Tak rasa bersalah betul kau ni ya, Zana? Kaya tak kaya pun, barang tu pakai duit jugak. Kau tahu tak anak kau ni hampir nak pukul anak orang? Kalau Amin tak datang bagitahu, dah lunyai agaknya budak-budak tu dikerjakan."
Zana terus mengetap bibirnya. Kalau dah sampai bab itu, dia memang tak boleh nafikan lagi. Tak sangka si anak tak pandai mengawal kemarahannya sehingga hampir mencederakan.
"Sekarang, kau orang dua pergi mintak maaf." Pak Lang keluarkan arahan. Dua budak itu ditolak mendekati Haiyan dan Haider.
Asalnya, Haiyan dan Haider menyorok di belakang babanya. Wajah-wajah comel itu kelihatan takut ketika melihat Ijat. Barangkali masih teringat-ingat kejadian petang tadi. Tetapi setelah dipujuk oleh Haq, baru mereka berdua memberanikan diri.
"Aku mintak maaf. Sebab sorokkan mainan kau." Apit menghulurkan tangan untuk berjabat. Dengan perlahan Haiyan menyambut huluran tangan tersebut.
"Aku mintak maaf sebab rosakkan game kau. Lepas tu, sebab tolak kau," ujar Ijat pula. Dan mujurlah, Haider menyambut huluran tangan tersebut.
YOU ARE READING
KESEMPATAN BAGIMU
RomanceBagi seorang HANA HUMAIRA, lelaki bernama BAIHAQI itu merupakan cinta pertamanya. Kehadiran lelaki itu bagaikan cahaya yang menerangi hari-harinya. Ketika Haq menawarkannya untuk hidup bersama, tanpa berfikir panjang dia menerima lamaran tersebut. ...