BAB 20

3.3K 156 58
                                    

BUNYI notifikasi yang datang dari telefon pintarnya membuat Hana tertarik. Terus telefon yang terletak di atas meja kecil itu diambil lalu dibuka. Chat daripada Haq rupanya. Hana mengangkat kening tatkala melihat lelaki itu menghantarnya sebuah fail audio.

– I listen to this song whenever I miss you.

▶️ Tercipta Untukku

– This song reminds me of you.

Hana menekup mulutnya. Lagu itu lagu kegemarannya. Terus cepat-cepat earphone dicapai. Selepas itu, fail audio itu dimainkan.

Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku

Mendengar bait-bait lirik itu seolah-olah ada kupu-kupu berterbangan di dalam perutnya.

Banyak kata
Yang tak mampu kuungkapkan
Kepada dirimu

Bahagian kegemarannya, korus.

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku

Hm, suami siapa yang manis sangat ni? Boleh buat tahap glukos dalam darah dia jadi tinggi. Lelaki itu membuatnya tak tentu arah. Walaupun sudah hampir lima tahun, lelaki itu masih lagi ingat setiap perihal kecil mengenai dirinya.

Lagu itu didengarnya sehingga habis. Sebaik sahaja lagu tersebut habis, terus dia mendail nombor Haq. Tak menunggu masa yang lama, si dia terus menjawab panggilannya.

"Dah dengar?" Soal Haq sebaik sahaja panggilan itu disambung.

"Dah." Suaranya bergetar. Air mata yang hendak keluar itu cepat-cepat ditahan.

"Eh, nangis ke?" Soal lelaki itu bersama gelak tawa.

Ish, jahat la Haq ni! Boleh pulak gelak.

"Janganlah nangis sayang. Banjir bilik tu nanti."

Mendengar suara itu yang begitu lembut, lagilah membuat Hana ingin meraung. Tiba-tiba, orang di seberang talian sana berdeham.

Oh, no.. jangan kata..

"Katakan kata padaku."

Haq menyanyi. Laki. Aku. Nyanyi. Haq tahu itu merupakan titik kelemahannya. Dia lemah mendengar nyanyian itu. Baginya, suara Haq merdu.

"Kita kan bersama harungi semua, darling."

Sabar Hana, sabar..

"Tiada lain kumahu."

Hello? Jantung? Sihat lagikah?

"Hanya kau satu untukku."

Okay, dah tak boleh sabar. iPhone X itu diletakkan ke tepi. Cepat-cepat bantal di sebelah diambil lalu ditekup ke mukanya. Wanita itu menjerit sepenuh hati bagi melepaskan rasa. Eii, dah lama sangat tak rasa macam ni!

Setelah rasa puas hati, telefon itu kembali didekatkan semula. Dia dapat dengar suara Haq yang sedang ketawa terbahak-bahak.

"Awak!"

Tetapi lelaki itu masih lagi ketawa. Hana sudah mencebik. Haq memang suka buat dia tak tentu arah macam ni.

"Baihaqi bin Bakri."

KESEMPATAN BAGIMUWhere stories live. Discover now