MELIHATKAN wanita itu yang masih tersenyum ketika melayan kedua anaknya membuat hati lelakinya tersentuh. Isterinya dah lalui banyak perkara hari ini. Dan wajah itu masih lagi tersenyum. Langsung tidak menunjukkan riak keletihan.
"Ibu.."
Hana menoleh ke arah Haiyan. "Ya sayang?"
"Kenapa tangan ibu merah-merah?" Tanya anak itu.
"Ha'ah. Tangan ibu pun biru-biru." Giliran jari Haider pula yang menunjuk-nunjuk ke arah lengan ibunya.
Hana menunduk memandang lengan kanan dan kirinya. Terdapat kesan lebam di situ akibat cengkaman tangan Derek yang begitu kuat. Patutnya dia pakai baju lengan panjang malam ni. Persoalan tersebut hanya mampu dibalas dengan senyum segaris.
"Ibu terlanggar almari tadi. Sikit je ni."
Kedua anak itu mencebik. Seperti tidak percaya dengan jawapan ibunya. "Ya ke?"
"Iya sayang." Kedua kepala itu diusap Hana dengan penuh kasih.
"Kalau ibu sakit, cakap dengan kita tau. Nanti kita jaga ibu," ucap Haiyan dengan yakinnya. Adiknya juga mengangguk mengiakan kata-kata abangnya.
"Aww, terima kasih anak ibu." Kedua anak itu dipeluk dengan erat. Kepala itu diciumnya lama. Dia berasa begitu terharu sekali. Haih, sekejap saja masa berlalu. Rasanya macam semalam anak-anaknya itu masih merah dalam pegangannya. Sekarang, Haiyan dan Haider dah besar, dah boleh faham perasaannya.
"Sama-sama ibu!" Kedua pipi ibu mereka dicium sebagai balasan. Pelukan dileraikan.
"Yan, Haider. Jom tidur. Dah pukul sepuluh," ujar Haq setelah lama mendiamkan diri. Matanya hanya memerhati sahaja kelakuan ibu dan anak itu.
Kedua anak itu menoleh ke arah baba mereka. Kaki mereka laju melangkah ke arah Haq lalu tubuh itu dipeluk oleh mereka.
"Baba! Nak dukung!" Haiyan mengangkat tangannya. Meminta untuk didukung. Dengan mudah permintaannya diturut oleh Haq.
"Yan tu dah berat. Kesian baba," ujar Hana sambil berpeluk tubuh.
"Tak apalah. Sekejap je," ujar Haq cuba untuk menyenangkan hati anak kecil itu yang sudah memasang wajah bersalah.
"Haider nak jugak!" Si adik sudah mencebik.
"Eh kalau dua-dua nak, patah pinggang baba nanti," ujar si ibu lagi.
"Tak apa. Abang kan kuat." Haq sempat memberi kenyitan kepada isterinya. Giliran Hana pula yang mencebik.
"Haider panjat belakang baba," arah Haq. Dengan senang hati anak itu memanjat belakang ayahnya.
"Pegang kuat-kuat. Okay, ready.. go!" Dengan laju Haq berlari ke arah tangga menuju ke atas. Kembar itu sudah menjerit keriangan apabila diperlakukan sebegitu. Hana yang memandang dari tingkat bawah sudah menggeleng-gelengkan kepalanya.
Setelah mematikan segala suis elektrik di bawah, wanita itu mula naik ke tingkat atas. Kakinya melangkah menuju ke bilik utama. Baru sahaja dia melabuhkan punggung di atas katil, kelihatan Haq masuk bersama pek ais di tangannya.
"Buat apa ais tu?" Soal Hana. Bibirnya menjuih ke arah pek ais tersebut.
"Tu, letak kat tempat lebam."
Haq mula mendekati isterinya lalu duduk bersebelahan wanita itu. Dengan berhati-hati lengan Hana dicapai lalu lengan baju itu diselak. Dadanya terasa sempit apabila melihat kedua lengan itu yang bengkak dan lebam. Terdapat kesan jari di kedua lengan tersebut. Dalam masa yang sama, dia merasa bersalah kerana tidak mampu melindungi wanita kesayangannya dengan lebih baik.
YOU ARE READING
KESEMPATAN BAGIMU
RomansBagi seorang HANA HUMAIRA, lelaki bernama BAIHAQI itu merupakan cinta pertamanya. Kehadiran lelaki itu bagaikan cahaya yang menerangi hari-harinya. Ketika Haq menawarkannya untuk hidup bersama, tanpa berfikir panjang dia menerima lamaran tersebut. ...