BAB 37

2.3K 121 42
                                    

"ASSALAMUALAIKUM! Hello, my fruit sons! Rindu Aunty Sha tak?"

"Waalaikumussalam." Mereka bertiga menoleh ke arah suara itu. Haiyan dan Haider yang sedang bermain terus memberhentikan aktiviti mereka tatkala mendengar nama makcik kesayangan mereka.

"Aunty Sha!" Anak-anak itu terus meluru ke arah Farisha lalu tubuh wanita itu dipeluk erat oleh mereka.

"Eii, rindunya kau orang berdua ni!" Pipi kembar itu dicium bertalu-talu oleh Farisha. Rasa rindu dan geram bercampur menjadi satu.

"Aunty! Geli!" Abang dan adik itu sudah tergelak apabila diperlakukan sebegitu. Setelah puas, pelukan mereka dileraikan.

"Hai, Sha!"

Melebar senyum Farisha apabila melihat sahabatnya itu di depan mata. Terus tubuh Hana dibawa ke dalam pelukan. Sudah hampir lima bulan mereka tak bersua muka, pasti rasa rindu begitu menggunung dalam dada masing-masing.

"Rindunya aku dengan kau!"

"Aku pun rindu.."

Pelukan dileraikan. Air mata yang hampir mengalir cepat-cepat diseka oleh Hana. Rasa emosi pula tiba-tiba. Patutnya dia kena bergembira. Tak mahu sedih.

"Eii, apa ni nangis? Jumpa aku kenalah happy. Nah, ada buah tangan sikit. Tengah musim buah kat kebun bapak aku tu." Satu plastik besar berisikan rambutan diberikan kepada Hana.

"Thank you! Yang pes tu ada tak?"

Farisha mengerut keningnya. "Pes apa?"

"Pes mi bandung tu." Hana ada mengirim pes mi bandung kepada wanita itu. Rasa mengidam nak makan mi bandung. Bukannya kat KL tak ada, tapi kalau mi bandung yang memang berasal dari Muar lagi mengancam rasanya.

Farisha menepuk dahi sendiri. "Allah! Aku lupa la pulak."

Hana sudah mencebik. Nampaknya tak lepas la kempunan dia nak makan mi bandung Muar. Takkan nak paksa Farisha pergi balik Johor pula semata-mata nak dapatkan pes tersebut. Tak apalah, mungkin bukan rezekinya kali ni.

Farisha tergelak melihat reaksi rakannya itu. Dan itu pastinya membuatkan wajah Hana semakin masam.

"Kenapa kau gelak?"

"Aku gurau je la. Takkan aku nak lupa pulak. Kalau dah hampir setiap jam kau ingatkan aku, mesti aku tak lupa."

Wajah Hana kembali ceria semula. Matanya kelihatan bersinar. "Yes! Mana pes tu?"

"Eh, sabar sikit. Ada dalam kereta. Kempunan betul kau ni."

"Of course." Hana hanya menayang senyum lebar.

"Kau masuklah dulu. Lagipun panas ni. Aku ambik dalam kereta jap."

"Baik bos!" Hana segera melangkah masuk ke dalam rumah bersama Haiyan dan Haider.

Ketika Farisha sedang mengambil barang yang dikehendaki di dalam keretanya, tiba-tiba datang sebuah lori kurier lalu berhenti di hadapan rumah semi-D itu. Salah seorang pekerja kurier keluar dari lori tersebut.

"Ni rumah Puan Hana Humaira ke?" Soal pekerja lelaki tersebut.

"Ha'ah," jawab Farisha ringkas.

"Ni ada barang untuk dia," ujar lelaki itu lalu barang tersebut mula bertukar tangan.

"Okay, terima kasih."

"Sama-sama." Tak lama selepas itu, lori itu mula hilang dari pandangan.

Farisha mula mengatur langkah masuk ke dalam rumah rakannya itu. Sempat matanya singgah melihat hiasan dalaman rumah tersebut.

KESEMPATAN BAGIMUWhere stories live. Discover now