TERSENYUM lelaki itu apabila susu yang dibuat telah siap. Dengan berhati-hati dia menatang segelas susu suam tersebut ke ruang tamu. Si isteri yang sedang duduk berlunjur di atas sofa dituju. Minuman itu diserahkan kepada Hana.
"For you."
Dengan senyuman lebar Hana menyambut. Tempat mula di ambil di sebelah wanita itu. Matanya hanya memerhati susu yang dibuat itu diminum oleh si dia.
"Hm.. sedap pulak susu ni."
Melebar senyumnya apabila dipuji. Rasa kembang semacam. Kupu-kupu pun seolah-olah berterbangan dalam perutnya. "Sebab dibuat dengan kasih sayang," ujarnya sengaja.
"Eleh, kembang la tu kena puji." Hidung Haq dicuit oleh Hana manja.
Jarak antara mereka mula dirapatkan. Bahu Hana dirangkul olehnya dan wanita itu mula melabuhkan kepala di dadanya. Tangannya turun ke perut Hana lalu diusap.
"Boleh tak?" Tiba-tiba dia meminta izin.
"Boleh apa?" Hana mendongak kepala memandangnya.
Jarinya menyentuh baju yang dipakai oleh Hana. Dia ingin mengangkat sedikit baju tersebut. Dan semestinya wanita itu faham akan maksudnya.
"Oh.. buatlah."
Hujung bibir sudah ternaik. Setelah mendapat izin, baju yang dipakai si isteri diangkat sedikit mendedahkan perut wanita itu yang semakin membulat. Tangan mula menyentuh stretch mark yang muncul. Tanda salah satu perjuangan seorang ibu.
"Perut saya buruk la," ujar Hana. Dia kadangkala kurang gemar dengan tanda-tanda yang muncul di perutnya. Kelihatan buruk pada matanya. Mujurlah selepas melahirkan anak kembarnya, stretch mark tersebut mula hilang. Tetapi sekarang, muncul kembali pada kehamilan keduanya.
"No, it's not. You look beautiful with it. Tanda ni maksudnya, penat lelah kau mengandungkan zuriat aku. Aku bangga sebab kau jadi ibu kepada anak-anak aku."
Sungguh kata-kata yang keluar dari mulut Haq menjentik tangkai hatinya. Kenapalah suami dia buat drama malam-malam ni? Tak pasal-pasal, esok pagi bangun mata dah sembab.
Haq perasan matanya yang berair. "Eii, apa nangis malam-malam ni? Kesian baby terasa nanti."
Dada lelaki itu ditepuk perlahan oleh Hana. "Ish, awaklah buat saya nangis. Sibuk bagi ayat drama."
"Okay, okay. Sorry. Tak buat dah." Dahi isteri dikucup sekilas. Selepas itu, mereka diam sebentar.
"Hana.."
"Ya?"
"Aku dah nak kena masuk kerja balik."
Laju kepala Hana mendongak tatkala mendengar pernyataan tersebut. "Bila?"
"Lagi dua minggu."
Senyum terukir di bibir si wanita. Turut teruja mendengar berita gembira itu. "Congrats! Tak adalah orang tu kerja tanam anggur je kat rumah."
Haq pula yang tayang senyum segaris. "Tapi.. patut tak aku extend?"
Giliran dahi Hana berkerut. "Eh? Buat apa?"
"Aku risau la. Dengan keadaan kau lagi. Ingatkan dapatlah cuti sampai kau bersalin nanti."
Tersengih pula Hana dibuatnya. Riak penuh bimbang lelaki itu langsung tak boleh disorokkan. Kedua tangannya naik menekup wajah Haq. Sesekali jari bermain dengan pipi suami. "Tak apa. Kan saya dah okay? Awak pergi je kerja. Dah lama sangat duduk rumah. Tak benak ke kepala otak awak?"
"Kau halau aku ke apa ni?"
"Mana ada halau. Untuk kebaikan awak jugak. Kalau awak tak nak kerja, berhenti je la terus. Jadi suri rumah, jaga anak. Biar saya yang cari nafkah. Boleh tak?"
YOU ARE READING
KESEMPATAN BAGIMU
RomanceBagi seorang HANA HUMAIRA, lelaki bernama BAIHAQI itu merupakan cinta pertamanya. Kehadiran lelaki itu bagaikan cahaya yang menerangi hari-harinya. Ketika Haq menawarkannya untuk hidup bersama, tanpa berfikir panjang dia menerima lamaran tersebut. ...