BAB 53

2.8K 171 32
                                    

TERDENGAR bunyi gelak tawa memenuhi ruang tamu rumah dua tingkat tersebut. Tertawa si ibu dan anak tatkala menonton kartun Tom & Jerry yang disiarkan di layar televisyen 60 inci itu. Melihat telatah watak kucing dan tikus itu membuatkan mereka tak kering gusi.

Haq hanya memerhati keluarga kecilnya dari tingkat atas. Bibir juga terikut senyum melihat mereka yang sedang tertawa gembira. Lelaki itu mula mengambil langkah untuk turun ke tingkat bawah. Agaknya Hana dan anak-anaknya terlalu fokus dengan rancangan kartun tersebut sehingga tidak perasan dengan kehadirannya di ruang tamu itu. Duduk dilabuhkan di sebelah Hana.

"Tengok apa tu?" Sengaja soalan itu ditanya walaupun dia dah tahu jawapannya. Buat berbasa-basi. Dan akhirnya baru mereka bertiga menoleh ke arahnya.

"Tengok Tom & Jerry baba! Lawak!" Beritahu Haider. Wajah comel itu kelihatan begitu teruja ketika bercakap dengannya.

"Ya ke?"

"Iya, baba kena tengok," ujar si sulung pula. Tak kurang seperti adiknya, Haiyan juga teruja.

Haq menarik senyum. Haider yang berada di sebelah dibawa rapat kepadanya lalu tubuh anak itu sengaja dipeluk. Geram dia dengan budak kecik sorang ni! Anak itu pun turut membalas pelukannya. Mungkin seronok dimanjakan oleh babanya.

"Yan pun nak peluk jugak," ujar Haiyan bersama cebikan di bibir.

Haq mengangkat kepala lalu menoleh ke arah si abang. Bibirnya masih lagi mengukir senyum. Isyarat tangan diberikan supaya Haiyan mendekat dengannya. "Come here."

"Yeay!" Haiyan mula tersenyum lebar. Terus dia bangun lalu berlari anak ke arah Haq. Serta-merta kembar itu dibawa ke dalam pelukan si ayah. Anak-anak itu tertawa geli bila baba mereka tak berhenti menggomol pipi mereka.

Hana yang berada di tepi hanya tersenyum melihat gelagat anak dan ayah itu. Rasa lega memenuhi ruang dada. Akhirnya, Haq dah tak kekok melayan anak-anak mereka.

"Baba dah peluk Yan dengan Haider. Ibu nak peluk jugak ke?"

Hana beliakkan matanya. Kalau soalan itu ditanya oleh Haiyan atau Haider, dia tak terkejut. Tapi masalahnya sekarang ni, yang tukang tanya soalan tu, Haq! Keningnya sudah berkerut memandang suami. Sejak sakit, lelaki itu jarang nak lakukan kontak fizikal dengannya. Terlalu jarang. Tak seperti masa sebelum kemalangan. Kadang-kadang terdetik juga rasa rindu dengan belaian Haq.

Ha, itulah. Sibuk sangat nak buat tembok. Kan dah dapat balasan.

Tanpa sempat Hana jawab apa-apa, terus tubuh si isteri dibawa ke dalam pelukan suaminya. Haq boleh rasa tubuh itu yang mengeras ketika dipeluk. Tapi lelaki itu hanya biarkan sahaja. Semakin lebar sengih Haq tatkala telinganya menangkap bunyi ketawa kecil anak-anak mereka di tepi.

Tak lama kemudian, pelukan dileraikan. Hana sedikit tersentak apabila tangan kanan Haq hinggap di perutnya lalu diusap lembut. Lagi sekali dia berasa pelik dengan kelakuan suaminya. Tapi dia biarkan sahaja rasa itu berlalu. Kali pertama lelaki itu menyentuh perutnya setelah sekian lama.

"Haq.." Nama itu dipanggil. 

"Hm?" Tangan kasar itu masih setia di perut isterinya.

"Ada apa-apa ke?"

"Maksud?" Soalan dibalas dengan soalan.

Baru sahaja Hana hendak membuka mulut, tiba-tiba sebelah bahunya ditepuk. Wanita itu segera menoleh ke kirinya. Muncul anak-anaknya di situ.

"Kenapa sayang?"

"Yan dengan Haider dah ngantuk," ujar Haiyan. Anak itu sudah menggosok-gosok matanya. Yang si adik pula dah mula menguap.

KESEMPATAN BAGIMUWhere stories live. Discover now