AQRAM menoleh ke arah kirinya tatkala mendengar seseorang yang tergelak kecil. Bibir terus menarik sengih apabila melihat Hana yang tertawa itu. Suara wanita itu begitu indah pada pendengarannya. Mata Aqram ikut melihat di mana mata Hana terarah. Kelihatan Haiyan dan Haider sedang bermain-main bersama kanak-kanak yang lain.
"Cik Hana."
Tak mengambil masa yang lama, wanita itu terus memusingkan kepalanya.
"I have something for you."
Lelaki itu mula mengeluarkan beg kertas kecil yang tadi disorokkan olehnya. Beg tersebut diserahkan kepada wanita itu.
Hana sudah tidak senang duduk. Wajah Aqram dipandangnya. Wajahnya kini jelas menunjukkan dia ragu-ragu untuk menerima beg kertas kecil tersebut.
"Ambiklah. It's okay. Bukannya saya letak bom pun." Lelaki itu sempat bergurau.
Hana hanya mengetap bibir. Dengan perlahan, beg kecil itu mula bertukar tangan. "Apa yang ada dalam ni?"
"Bukak la. I'm pretty sure you'll love it."
Tangan wanita itu mula membuka beg tersebut untuk melihat apa yang ada di dalam. Terdapat satu kotak baldu hitam yang berbentuk segi empat panjang. Hana sudah berasa tidak selesa. Tak mungkin dia akan menerima barang ini. Terus bungkusan tersebut dikembalikan kepada Aqram. Tetapi lelaki itu menghalang.
"Wait, just open it first. After that, it's up to you nak terima atau tak."
Hana sudah mengeluh. Dengan ketidakrelaan hati, dia membuka kembali bungkusan tersebut. Kotak baldu itu dibuka. Terdapat seurat gelang tangan. Loket kecil berbentuk hati yang diukirkan huruf H menghiasi gelang tangan tersebut. Hana mengerut kening. Macam pernah dia tengok gelang tangan sebegini. Tapi di mana?
"Dua tahun yang lepas, saya terjumpa seorang perempuan ni kat tepi jalan. She looked busy at that time. Tangan kanan dia sibuk pegang telefon. Tangan kiri pulak tengah jinjing barang."
Bibir Aqram mengukir senyum apabila melihat riak wanita itu yang jelas kelihatan keliru. Penceritaan diteruskan lagi.
"Maybe dia busy sangat masa tu, so tanpa tengok kiri kanan, dia terus lintas jalan. Masa tu saya dah risau sebab ada satu kereta tu tengah laju. Tanpa fikir apa-apa, saya tarik perempuan tu ke tepi. Tapi, end up saya yang kena langgar. Nasib baik cedera ringan je."
Semakin berkerut dahi Hana mendengar cerita tersebut. Entah kenapa dia merasa dejavu. Wajah lelaki itu dipandangnya. Dia cuba memerah otaknya. Memori lama cuba dikorek sedalam mungkin.
"Kat hospital, bila saya sedar nurse bagi saya gelang tu. Dia kata gelang tu ada dalam genggaman saya masa dibawa ke hospital. Masa tu saya yakin gelang tu milik perempuan yang saya selamatkan. Saya tanya kat nurse tu, ada tak seorang perempuan ikut masa hantar saya ke hospital? Tapi dia kata tak ada."
Aqram memberhentikan ceritanya apabila wanita di sebelahnya itu mengangkat tangan. Lelaki itu mengukir sengih.
"You got it now?"
Hana hanya menganggukkan kepalanya. Ya, dia dah ingat. Perempuan itu adalah dirinya. Dua tahun yang lepas dia hampir kemalangan tetapi sempat diselamatkan seorang lelaki. Balik sahaja dari membuat laporan polis, dia ada singgah di hospital di mana lelaki itu dirawat. Tetapi dia tak sempat bertentang mata dengan lelaki itu kerana lelaki tersebut sudah pulang terlebih dahulu. Sejak hari itu, Hana berjanji dengan dirinya sekiranya dia bertemu kembali dengan lelaki yang menyelamatkannya, dia akan membalas jasa tersebut.
YOU ARE READING
KESEMPATAN BAGIMU
RomanceBagi seorang HANA HUMAIRA, lelaki bernama BAIHAQI itu merupakan cinta pertamanya. Kehadiran lelaki itu bagaikan cahaya yang menerangi hari-harinya. Ketika Haq menawarkannya untuk hidup bersama, tanpa berfikir panjang dia menerima lamaran tersebut. ...