BAB 40

3K 118 24
                                    

DUA bulan lalu..

Bali, Indonesia.

"I miss you."

Haq membeliakkan mata apabila wanita itu tiba-tiba sahaja memeluk dirinya. Dengan sekelip mata pelukan wanita itu dileraikan. Raihan yang melihat kejadian tersebut dari tepi terasa jengkel.

"Kau dah kenapa? Ada apa kau nak jumpa aku?" Tanpa berbasa-basi, dia terus bertanya tujuan sebenar. Lelaki itu berpeluk tubuh.

"Aku kangen sama kamu. Why? Is it wrong for me to see you?"

Haq hanya menjulingkan matanya ke atas. Rasa menyampah langsung tidak disorokkan. "Stop it, Nanda. Just say what you want from me."

"Fine. For eight years I have to deal with this alone. I know, you never tell people about me or Kara. Aku mau keadilan, Haq."

Haq mengangkat keningnya. Tak faham dengan kehendak wanita di hadapannya ini. "Keadilan apa yang kau nak? The things between us already end three years ago."

Tiba-tiba tangan Haq diraih oleh wanita itu. Dalam sekelip mata wajah itu bertukar kepada merayu. "Haq, please.. I need you. Our daughter needs her father. Kara always asks me about you. Aku gak bisa lakukan ini sendiri."

"Kara is not mine! How many times should I have to tell you? For years I have to put up with all your bullshit. What do you want from me now, Nanda? Tolonglah jangan ganggu aku. I already had a family."

Nanda hanya mengukir sengih. Jadi memang benarlah cerita yang dia dengar? Haq sudah pun berkahwin. "Oh, so it's true. You already had a family. So, I guess what's your wife reaction when she knows that her husband.. you know? Punya masa lalu yang.."

Haq mengetap bibirnya. Oh, tidak. Dia tak akan biarkan cerita lama itu pecah dari mulut orang lain terlebih dahulu. Sebelum Nanda habiskan katanya, dia menyampuk terlebih dahulu. "Stop it, Nanda. Don't you dare.."

Wanita itu hanya jongket kedua bahunya. "I'm not a coward like you."

Buat seketika Haq berasa tercabar dengan ujaran tersebut. Darah seolah-olah naik ke kepalanya. Rasa geram meruap-ruap dalam dirinya tatkala melihat wajah itu. "You know what? Maybe you can do anything that you want. I don't give a damn about it."

Sebaik sahaja ayat itu dituturkan, Haq segera berlalu dari situ.

"Nanda, aku tahu kau baik. So please, hormat keputusan Haq. Dia dah tak ada apa-apa lagi urusan dengan kau. Semua benda ni dah lama settle. Please, move on."

Tak lama selepas itu, Raihan juga mula beredar meninggalkan wanita itu keseorangan.

Nanda mendengus geram. Haq begitu mencabar dirinya. Bertahun dia perlu berjuang seorang diri. Menerima segala tohmahan dari orang lain. Tetapi lelaki itu begitu mudah hidup dengan tenang seolah tiada apa-apa setelah tiga tahun. Perlukah dia hancurkan kebahagiaan lelaki itu demi kebahagiaannya juga? Mungkin.

Lelaki itu menggelengkan kepalanya. Bayangan dua bulan lepas muncul semula dalam fikirannya. Kertas yang berada di tangan itu ditenung. Sesekali dia mengepal penumbuknya. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa geramnya dia sekarang ini.

Jam di skrin telefon dilihat. Baru pukul lapan malam. Tak lama selepas itu, nombor Raihan didail. Sekejap sahaja, panggilannya diangkat.

"Kenapa bro?" Soal rakannya itu.

"Raihan.. Hana dah tahu."

"Ha?! Kau yang bagitahu dia ke?"

"Tak.."

KESEMPATAN BAGIMUWhere stories live. Discover now