WANITA itu menekan pedal brek kereta Bezza miliknya. Kereta diparkirkan di tempat disediakan. Bekal makanan yang terletak di tempat duduk sebelah dilihat. Tiba-tiba pula hari ni dia rasa nak jadi isteri mithali. Pertama kali dia sediakan bekal makan tengah hari untuk Haq. Selepas mematikan enjin, Hana mula menapak keluar dari keretanya. Bangunan tinggi di hadapan mata itu dilihatnya. Berdasarkan lokasi yang diberi oleh Haq, inilah tempat lelaki itu bekerja.
Hana mula menarik nafas. Entah kenapa dia rasa gementar. Setelah rasa bersedia, kaki mula diatur. Rasa sejuk seluruh badannya sebaik menapak masuk ke dalam bangunan tersebut. Kaunter yang terletak di lobi bangunan itu didekati.
"Good afternoon, miss. Can I help you?" Soal receptionist di kaunter itu.
"I need to see Encik Baihaqi Bakri."
Betul ke dia cakap ni? Kalau betul, kenapa receptionist perempuan itu melihatnya atas bawah? Hana melihat dirinya sendiri. Elok sahaja pakaiannya. Tidak kelihatan selekeh.
"Dia kerja sini, kan?" Soal Hana. Takut salah pula.
"Sekejap ya cik."
Hana hanya mengangguk mengiakan. Dia dapat lihat pekerja perempuan itu yang sedang bercakap di telefon. Tidak lama kemudian, receptionist itu mematikan panggilan tersebut.
"Encik Baihaqi sedang mesyuarat sekarang."
Hana sudah menggigit bibir bawahnya. "Err.. bila dia habis meeting ya?"
"Lebih kurang sepuluh minit lagi."
"Oh, okay. Terima kasih."
Nampaknya dia kena menunggu Haq sebentar. Ingatkan lelaki itu sedang rehat memandangkan sekarang sudah menghampiri waktu lunch. Hana mula menapak keluar dari bangunan itu semula. Dengan bekas makanan yang dibawa, rasanya lebih baik dia tunggu di dalam kereta. Lebih selesa berbanding di dalam bangunan tersebut.
Hampir sepuluh minit menunggu, Hana melihat jam tangannya. Mungkin Haq dah siap mesyuarat. Terus nombor lelaki itu didail. Tak mengambil masa yang lama, lelaki itu menjawab panggilannya.
"Ya, Hana? Kenapa call abang?"
"Saya ada depan tempat kerja awak ni."
"Eh?"
"Ha'ah."
"Tunggu jap. Nanti abang sampai."
Panggilan tersebut terus dimatikan. Beberapa minit kemudian, tiba-tiba tingkap kereta Hana diketuk dari luar. Wanita itu mengurut dadanya. Mujurlah itu Haq. Tingkap diturunkan.
"Hai sayang," ujar lelaki itu. Melebar senyum Haq melihat dirinya.
"Nah." Bekas makanan yang dibawa tadi diserahkan kepada lelaki itu.
"Rajinnya. Terima kasih!"
Hana tersenyum kecil melihat reaksi suaminya itu. "Saya balik dulu."
"Eh? Tu je?"
Hana dapat lihat wajah itu yang sedikit kecewa. "Ya. Tu je."
"Teman abang makan jom."
"Err.."
"Jom la Hana. Abang dah panas kat luar ni."
YOU ARE READING
KESEMPATAN BAGIMU
RomanceBagi seorang HANA HUMAIRA, lelaki bernama BAIHAQI itu merupakan cinta pertamanya. Kehadiran lelaki itu bagaikan cahaya yang menerangi hari-harinya. Ketika Haq menawarkannya untuk hidup bersama, tanpa berfikir panjang dia menerima lamaran tersebut. ...