WANITA itu hanya menayang senyum segaris tatkala melihat suaminya yang hanya diam ketika menjamu sarapan. Kebiasaannya sebelum ini, pasti ada sahaja topik yang ingin dibicarakan oleh mereka. Tetapi sekarang, lelaki itu lebih memilih untuk berdiam diri. Yang banyak membuka mulut, anak-anak mereka. Dan Haq akan melayan sahaja kehendak kembar itu.
"Awak.."
Haq mula mengangkat kepalanya. "Ya?"
"Awak okay ke duduk sorang? Saya nak pergi kerja nanti."
Sudah beberapa hari Hana mengambil cuti untuk memantau Haq setelah lelaki itu pulang dari hospital. Dah tiba masa dia perlu menjejakkan kaki ke pejabat semula. Haq pula masih lagi diberikan masa untuk berehat. Disebabkan keadaan lelaki itu, Haq diberikan masa untuk belajar semula apa yang perlu sebelum masuk semula ke tempat kerja.
"Hm, okay. Kau pergi kerja sendiri ke?"
"Ha'ah. Yan dengan Haider pun saya hantarkan."
"Aku rasa biar aku hantarkan kau dengan budak-budak. Lagipun bolehlah aku tahu isteri aku kerja kat mana, Yan dengan Haider sekolah kat mana. Boleh kan?"
Mendengar sahaja soalan Haq itu, automatik senyum terukir di bibir. Kepala dianggukkan menandakan dia setuju. Nampaknya, Haq sudah mula berusaha untuk mengenali mereka. Lelaki itu juga cuba untuk mencari dirinya semula.
Selesai sahaja bersarapan, mereka sekeluarga mula bersiap. Walaupun arah jalan ke sekolah si kembar dengan tempat kerja Hana bertentangan, tetapi Haq masih lagi sempat untuk menghantar mereka tepat pada masa.
Haq menekan pedal brek keretanya di tepi laluan pejalan kaki berdekatan dengan lobi bangunan syarikat tempat si isteri bekerja. Hana di sebelah menarik nafas lega. Mujurlah ada baki lima belas minit lagi. Kalau tidak, silap-silap punchcard boleh jadi warna merah. Wanita itu segera bersiap dan mengambil apa yang patut. Sebelum keluar, sempat lagi dia melihat cermin buat kali terakhir. Baru sahaja kaki wanita itu hendak menapak keluar, tiba-tiba tangannya dipaut. Dia menoleh ke arah Haq.
"Kenapa?"
"Lupa ke?"
"Lupa apa?"
Tangan Haq dihulurkan ke arahnya. Dan Hana pula sudah menepuk dahi sendiri. Ya Allah, macam mana la nak berkat? Boleh pulak lupa nak salam laki sendiri. Wanita itu hanya menayang sengih. Huluran tangan Haq itu disambut lalu disalam.
"Sorry," ujarnya bersama sengihan di bibir.
"Tak apa."
Entah kenapa setelah bersalam, Hana mengharapkan sesuatu daripada lelaki itu. Biasanya sebelum pergi kerja, Haq akan mengucup dahinya. Tak pun, pipinya. Kali ini, lelaki itu hanya diam sahaja tanpa lakukan apa-apa.
Melihat wanita itu yang masih lagi belum keluar membuatkan Haq pelik. Tak lambat ke Hana ni nanti? Lelaki itu mengangkat kening. "Kenapa? Kau ada tinggal apa-apa ke?"
Soalan Haq tersebut seolah-olah seperti dejavu bagi Hana. Mengingatkan dia kepada kejadian beberapa bulan lepas. Dia pernah bertanya soalan itu kepada Haq dulu ketika lelaki itu masuk semula ke dalam rumah sebelum bergerak masuk ke dalam kereta. Dan kini, dia pula yang alami situasi tersebut.
"Hm.. tu la. Saya rasa ada tertinggal something."
"Apa dia?"
Jantung yang sedang berdegup kencang ketika ini tidak dihiraukan. Boleh pula dia rasa berdebar sekarang ni. Yalah, benda jarang dia buat. Mestilah gelabah. Sesekali matanya memandang ke arah luar. Tak ada sesiapa.
"Hana?" Namanya dipanggil sekali lagi.
"Kau tertinggal.."
Cup!
YOU ARE READING
KESEMPATAN BAGIMU
RomanceBagi seorang HANA HUMAIRA, lelaki bernama BAIHAQI itu merupakan cinta pertamanya. Kehadiran lelaki itu bagaikan cahaya yang menerangi hari-harinya. Ketika Haq menawarkannya untuk hidup bersama, tanpa berfikir panjang dia menerima lamaran tersebut. ...