37 - Rawat 🤕

292 26 104
                                    

Di MTC MATA

Pagi tadi tepat pukul 6:15 pagi, mereka digemparkan ejen muda mengalami kecederaan parah ketika misi menyelamatkan Dato Ghazali dan dua ejen muda neuro.

Bilik sakit serta merta penuh. Ramai ejen sedang merawat mereka. Ada yang luka, kena tikam, lembam merata tempat. Moga mereka semua kembali sihat seperti kebiasan.

Bilik sakit Tekno 02 ...

"A-Aduhh ... duhh! Pe-perlahan sikit lah!" kata Lina sambil menahan sakit.

"Ha, tulah! Aku dah kata jangan buat misi ni. Kakak, abang kau tu bahaya! Tapi kau degil. Ambik!" kata Irfan sambil menekan luka di dahi Lina.

Lina erang kesakitan.

"Kau ni sengaja kan! Kau tahu tak sakit!" Lina merampas ubat dan kapas dari Irfan. Bagi Irfan ni buat, mau dia mati kesakitan kat situ.

"Lain kali buat lagi! Kalau kau sakit ke cedera parah ke aku malas dah nak tolong." kata Irfan. Kalau tak disebabkan ejen lain sibuk, Irfan sendiri pun malas nak jadi nurse angkat.

"Dah, tak payah tolong! Aku tak perlukan perkhidmatan doktor kau!" Lina memandang tempat lain. Dahinya yang luka disapu ubat perlahan-lahan.

Irfan malah menggeleng perlahan. Nak merajuk je kerja. Hilang merajuk tu kena tunggu lama.

"Lina"

Tidak dilayan.

"Lina."

Masih dipalau.

"Lina."

Langsung tak memandang.

"Ish, Lina" Irfan menarik lengan baju Lina membuatkan Lina memandang ke arahnya.

"Apa dia!?" bengang Lina. Tadi kata tak nak tolong dah. Kenapa Irfan ada kat sini lagi.

"Sorry." kata Irfan sambil memegang membuka kotak kasut Nike yang penuh dengan coklat.

"Okay

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Okay."

Irfan tak senang hati. Tu bukan Lina yang betul-betul okay. Kotak kasut yang dipenuhi coklat diletakkan atas meja kosong sebelah katil Lina.

Irfan mengeluarkan sesuatu. "Okay. Aku minta maaf tengking kau. Kau pun kenal aku kan. Kerja aku meningking orang."

Lina menjeling sesuatu di telapak tangan Irfan. Pegun Lina pandang.

"Ni aku beli kan camera baru. Aku tahu camera kau rosak. Aku minta maaf nii! Jangan merajuk Alina Haura oii!" kata Irfan. Harap Lina lembut hati lah dengan ada camera ni.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
LOVE FAMILY ACADEMYWhere stories live. Discover now