~ఌ︎☾︎ᶠᵃⁿᶠⁱᶜ + ʳᵒᵐᵃⁿᶜᵉ + ᶜᵒᵐᵉᵈʸ ☽︎ఌ︎~
Setiap manusia pasti layak dapat sebuah cinta daripada seseorang. Lagi-lagi yang sedang mengalami alam remaja.
Cinta mereka adalah cinta seperti remaja lain di luar sana... tapi mereka masih mempunyai batas. Han...
Ali dan ejen muda di Moment Room. Kecuali Iman. Iman sudah berjanji dengan Ejen Ganz untuk berlatih bersama.
Ting!
20 February 2022
"Lan-Landak!"
Moon tercungap-cungap penat berlari. Semata mencari Rudy. Semata.
"Kau pahal? Tak boleh ke diam-diam kejap? Aku nak tidur pun tak tenang." kata Rudy.
Rudy menutup mukanya dengan bantal putih besar. Dia bersama Chris dan Ali sedang nyenyak tidur atas katil bersaiz queen.
"Ni penting! Kau tahu tak hari ni birthday Iman?"
Lekas Rudy bangun. Dengan keadaan mamai Rudy memandang Moon.
"Huh? Serius ah!" jerit Rudy.
Ali dan Chris disebelah Rudy terbangun.
"Kau bising apa ni?"
"Entahnya. Tolong hormat masa tidur please."
Ucap Chris dan Ali. Muka mereka sangat mamai. Macam orang tak cukup tidur.
"Ali, hari ni birthday cousin kau!" beritahu Moon.
"Cousin aku? Siapa cousin aku?"
Nampak sangat mamai betul. Ali mengonyoh matanya.
"Woi, kau boleh tanya siapa cousin kau?! Iman ah, tengkorak!"
Rudy menggoncang badan Ali. Moga tidak mamai selepas digoncang.
"Oh ..."
Ali sambung tidur. Rudy mengeluh.
"Lantak dia lah."
Rudy malas nak melayan karenah Ali. Nak tidur sangat? Biar kau tidur kat sini. Sampai pagi esok pun tak pa.
"Kau ada rancangan?" soal Moon.
Birthday Iman tahun ini. Biar Rudy planning sendiri.
"(Senyum) Rancangannya ... "
~~~~~~~~~
Ejen muda dan mentor sudah sampai di akademi. Sempena meraikan kecemerlangan ejen muda dalam akademik, mentor mengadakan satu jamuan khas.
Tanpa bintang bersinar, langit mustahil akan menghiasi diri sendiri.
Begitu juga tanpa usaha, kecemerlangan mustahil datang dengan sendiri.
Malam itu, bertempat taman bunga, semua bersuka ria. Gelak ketawa. Lama tidak bergurau senda dengan mentor begini.
"Iman, boleh tutup mata kamu?"
Iman memandang Ejen Geetha. Pinggan yang Iman pegang diletakkan atas kerusi kosong.
"Kenapa Ejen Geetha?" soal Iman.
"Kamu ikut je apa saya suruh." kata Ejen Geetha.
Ejen Geetha dah berkata begitu, Iman hanya akur.
"HAPPY BIRTHDAY TO YOU, HAPPY BIRTHDAY TO YOU, HAPPY BIRTHDAY TO IMAN, HAPPY BIRTHDAY TO YOU!!"
Iman membuka matanya. Kaget. Kaget Rudy membawa sebiji kek di depannya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Happy birthday to Iman Khalisha. Hopes your life is better than before." ucap Rudy.
Ucapan ikhlas dari hati untuk buah hatinya.
"Terima kasih."
Iman segan silu. Dia tertunduk malu.
"Awak tiuplah."
Iman tersenyum sebelum meniup 3 lilin di atas kek itu. Semua menepuk tangan. Meraikan hari bahagia Iman.
Kecek!
"Banyak Moon?" tanya Ira.
"Banyak. Boleh kita buat koleksi RudyMan pulak lepas ni." kata Moon.
Moon dan Ira tidak puas jadi paparazzi. Dalam senyap, sudah berapa ratus gambar sweet moments mereka ambil.
"Bagus. Lepas ni kita buat photobook diorang. Tak delah storage full phone aku." cadang Ira.
Makin lama phone nya nak meletup. Penuh dengan gambar ejen muda je. Nak beli baru takda duit. Nak minta dengan maknya, Ejen Dayang tak nak susahkan pula.
"Bereh"
Moon setuju. Anak cucu diorang boleh lah tengok betapa sweet nya mak ayah, nenek atok diorang ni.
"Selamat hari jadi Iman." ucap Ejen Karya.
"Terima kasih Ejen Karya. Terima kasih juga mentor-mentor tolong buatkan semua ni untuk saya." kata Iman.
Iman menghargai sangat semua ini. Dia langsung tidak terfikir jamuan ini akan disatukan majlis hari lahirnya.
"Ni semua cadangan kawan-kawan kamu." Ejen Leon dan Ejen Bakar mengangguk setuju dengan kata-kata isteri Ejen Karya itu.
Iman menoleh belakang. Ejen muda bersenyum ke arah Iman.
"Terima kasih semua."
Iman memeluk ejen muda perempuan.
"Demi kau kami sanggup."
"Kawan adalah segalanya"
Iman mengeratkan lagi pelukannya. Terharu dengan rakan-rakannya. Sanggup membuat majlis ini untuknya.
"Bukan nak kacau. Nak tanya je. Bila kita boleh makan?" tanya Bulat.
"Haah tengah lapar kek ni." kata Ejen Bakar. Dia menggosok perutnya yang buncit.
Semua memandang mereka macam nak telan.
"Diorang ni setiap kali majlis ke jamuan ke mesti spoil." kata Mika tidak puas hati.
Orang baru tengah feeling-feeling. Kena ganggu pulak.
"HAHAHA dah lah jom. Kita makan. Kesian Bulat dengan uncle." kata Ali.
Daripada feeling tidak habis, baik makan. Faedah pun dapat. Kenyang perut pun dapat.
Aliza kusyuk memilih pelbagai makanan. Ada macam-macam. Ada kuih, goreng-goreng, makanan berat pun ada. Rambang mata nak pilih.
Chris yang melihat Aliza datang mendekat.
"I'm sorry."
Aliza pergi menjauh. Dia masih lagi tidak dapat memaafkan Chris walaupun sudah berminggu perkara itu berlalu. Chris mengeluh.
"Asal tu?" tanya Khai.
"Dia dah tahu." Chris meletakkan satu sandwich tuna atas pinggan.
"Tahu apa?"
Khai blur. Dia meletakkan dua muffin coklat dalam mangkuk kecil.
"Aku pernah couple dengan Ira." kata Chris.
Sedihnya tidak boleh diungkap. Dia tak beritahu juga bersebab. Bukan sengaja.
"Aliza dah tahu? Dia marah kau sebab kau tipu dia lah ni?" tanya Khai.
Khai dan Chris jalan mencari tempat duduk.
"Ye. Macam tu ah."
Mereka duduk di kerusi yang telah disediakan.
"Tapi kan ada sebab kau tak bagitahu dia. Tak silap aku kisah Ira ni ada terkait dengan kisah arwah Nasha kan?"
Chris mengangguk betul. Boleh je Chris bagitahu dia pernah couple dengan Ira, cuma akan ada tempiasnya. Dia masih tidak bersedia dengan kisah arwah Nasha.
Satu sudu spegheti goreng dimasukkan ke dalam mulut.