Semua ejen muda berada di ruang arena. Pada malam sabtu itu, mereka bersama Ejen Geetha. Ejen Geetha meminta mereka datang ke akademi malam itu.
15 minit tunggu semua berkumpul, ada yang dah menguap, bawah mata lebam, mata mula merah. Kebiasaannya pada waktu begini mereka sudah tidur. Tiada prep, inilah peluang terbaik untuk tidur awal.
"Ejen Geetha, kenapa malam-malam ni Ejen Geetha nak jumpa kami?" Moon menggosok mata. Matanya mula merah akibat terlalu mengantuk.
Ejen Geetha tersenyum kasihan. Tapi daripada mereka buat perkara yang tidak berfaedah sahaja dalam dorm tu baik datang akademi.
"Saya dan ejen-ejen tekno saya ada kejutan."
Ejen muda memandang ejen-ejen tekno. Kejutan? Kejutan apa? Birthday Iman? Lambat lagi.
Ejen Geetha memandang ejen-ejen tekno nya sambil mengangguk. Masanya sudah tiba.
Ali, Ika, Khai dan Bulat terus ke kelas tekno untuk mengambil sesuatu. Mereka kembali semula dengan sebuah kotak setiap seorang.
"Kalau kamu lihat. Mereka memegang 4 jenis kotak berlainan warna mengikut teras. Saya sendiri telah menugaskan mereka untuk mengupgrade gadjet kamu semua secara halus."
"Macam mana boleh .... " Afik menggantungkan ayatnya. Masih tidak boleh bayangkan bahawa rakan - rakannya berjaya upgrade gadjet mereka tanpa pengetahuan mereka.
"Habis apa tujuan sebenarnya mentor - mentor kamu mengumpulkan semua gadjet kamu melainkan untuk beri pelajar saya mengupgrade nya."
Ejen Geetha memberikan ruang kepada ejen tekno. Dimulakan dengan Ali yang mengupgrade gadjet teras neuro.
Neuro kehadapan atas arahan Ali. Didahulukan dengan ejen bertudung kuning.
"Ira. Aku tak ubah banyak. Kalau dulu kau selalu minta kakak kau cipta top up dart kau, kali ni dah tak perlu." Ira menaikkan keningnya. Dah tak perlu?
"Aku ubah kau punya dart. Kalau kau baling." Ali membaling dart Ira sejauh yang boleh.
"Dia boleh datang semula pada kau." Ali menyambut dart Ira dengan tangan kanan.
"Macam mana?" Ira masih konfius. Dia melihat dart yang telah Ali berikan.
"Cincin ni ada butang. Kalau nak dart kau patah balik just tekat butang tu je." kata Ali. Dia memberikan sekotak cincin pada Ira.
"Thanks."
Muka Afik merah. Ira terima cincin Ali? Lepastu kata thanks? Sakitnya hati ada scandal depan mata!
"Sabar bro. Cincin tu gadjet je." kata Mike yang ingin menyejukkan hati Afik. Mike menggosok belakang badan Afik. Dengan adik beradik susuan pun boleh cemburu. Padahal dia tahu Ali dah ada Alicia.
Roza berganjak kehadapan. "Roza. Gadjet ini berat untuk kau. Tapi aku dah dapat persetujuan dari Ejen Leon dan Ejen Zain. Mereka kata kau mampu bawa. Cuma perlu banyak latihan."
Roza menangkap gadjetnya. Uish. Nasib tak jatuh. Main baling - baling pulak Ali ni.
"Hmm? Apa yang beratnya? Sama je aku tengok." kata Roza. Masih rifle. Tidak pula bertukar sniper. Warna juga masih sama.
Ali tersenyum. Roza masih tidak perasan. "Nampak 5 butang berlainan tu?" Roza mengangguk. Tanpa sengaja dia menekan butang warna coklat. Roza beriaksi terkejut. Rifle Roza tadi bertukar sniper.
"Ha, macam tulah. 5 butang ada 5 kelainannya. Butang ungu pistol. Coklat sniper. Hijau rifle. Hitam M60 dan akhir sekali putih M21."
Roza senyum bangga. Secanggih ni gadjetnya sekarang. "Cantik ah. Thank you adik ketot." Ali memutarkan bola matanya. Menyempat 'kak' Roza ni.
YOU ARE READING
LOVE FAMILY ACADEMY
Fanfic~ఌ︎☾︎ᶠᵃⁿᶠⁱᶜ + ʳᵒᵐᵃⁿᶜᵉ + ᶜᵒᵐᵉᵈʸ ☽︎ఌ︎~ Setiap manusia pasti layak dapat sebuah cinta daripada seseorang. Lagi-lagi yang sedang mengalami alam remaja. Cinta mereka adalah cinta seperti remaja lain di luar sana... tapi mereka masih mempunyai batas. Han...