"Sebab itulah aku hilangkan diri tanpa pengetahuan kau orang semua. Kecuali Iman dan Chris."
Kepala ejen muda tertunduk dan terdiam. Tidak sangka itu sebab sebenar Ali menghilangkan diri. Dia ke... Pulau Permata untuk jemput Aliza pulang ke Cyberaya dan...dia ke Jepun untuk berlatih latihan tahap atas bersama ketua teras Jepun di sana.
Salah seorang ejen muda inviso terlintas soalan di kepalanya. Dua biji mata nya memandang Ali dan Iman serentak.Cuba mencari jawapan sendiri tapi tidak mampu.
"Tapi..."
Kepala ejen muda yang tertunduk melihat Rudy. Bukan ejen muda sahaja malah mentor, ketua teras dan general juga.
"Apa hubungan kau dengan Iman? Kenapa kita orang kau berahsia tapi dengan Iman tak? Bukan Iman je. Chris sekali."
Dalam sudut hatinya ada juga terkecil hati. Banyak-banyak ejen muda, kenapa Iman dan Chris, Ali pilih untuk jaga amanah? Kenapa tidak dia? Kalau Iman dia tidak kisah sangat. Tapi Chris. Kenapa mamat mat salleh itu dipilihnya?
Kepala ditundukkan. Saat hubungannya dengan Iman di ketahui mereka telah tiba.
"Sebab..."
"Sebab..."
"Sebab..."
"Dey! Beritahu jelah!"
General mula mendidih. 3 tahun dia bersubahat dengan Ali untuk rahsiakan semua perkara. Ketika saat salah satu lagi rahsia terbongkar, Ali melambat-lambatkan pula. Mujur tidak sempat 'sebab' itu 50 kali di ulang.
"Yelah. Kita orang sepupu."
Tercengang ejen muda mendengar jawapan. Rudy menghembus nafas lega. Kalau jawapannya ekhem ekhem, mahu dicekiknya Ali. Main-main lah dengan landak inviso akademi. Jangan sesekali merampas gadis ayu itu dari landak.
"Kenapa tak pernah cakap!" jerit semua ejen muda.
"Saya dan Ali bukan tak nak beritahu. Tapi sebab misi Ali ke Pulau Permata. Kami ada rancang nak beritahu kamu semua. Tapi waktu kami rancang tu adalah sama minggu dengan Dr.Ghazali beritahu pasal misi tu. Jadi, kami kena tangguhkan."
Semua terdiam. Apabila difikirkan balik, ada betul juga hujahan Iman tadi. Katakanlah dia orang tahu Ali dan Iman sepupu...mesti Iman tahu sepupunya di mana dan...mesti dia orang akan paksa Iman beritahu keberadaan Ali dimana.
"Hey. Jangan lah sedih. Aku pun dah balik dah kan? So, happy-happy lah sikit."
Manusia yang terdiam dalam Briefing Room itu mengangguk. Pelukkan hangat sekali lagi diberikan pada Ali daripada ejen muda lelaki. Rindu nak peluk budak pendek ni ༼ つ ◕_◕ ༽つ.
"Aku sure mesti Mika nak sangat jumpa seseorang ni." kata Ali. Pelukkan hangat yang diterimanya sudah dilepas 5 minit lepas.
Kening kanan sedikit terangkat. Pandangan pergi ke pintu masuk. Mika terkaku melihat seseorang yang sangat dirinduinya selama 3 tahun lepas. Hatinya lemah. Mata mula berkaca.
Seseorang itu berlari pada Mika dan memeluknya. Tanpa membalas apa dimulut, Mika membalas pelukan tersebut. Pelekun hangat. Ya, sangat hangat. Lama dia tidak merasai pelukan dari kembarnya sendiri sejak 3 tahun lalu.
"Kau pergi mana? Kau tahu tak aku rindu kau? Sampai hati kau berahsia dengan aku." teresak-esak suaranya berkata.
Tangisan Mika sangat deras. Ejen muda, general, ketua teras dan mentor mula sebak dengan pertemuan mereka semula.
Tidak pernah seumur hidup mereka Mika menangis sebegitu teruk sekali. Memang tidak pernah. Even Roza.
Pelukan Mike bersama kakaknya yang terlalu erat, dileraikan. "Aku tak pergi manalah. Kumpulan aku dengan kumpulan sektor G107 kena ikut Ali berlatih dekat Jepun. Tapi kita orang takdalah hebat macam dia, dah kuasai 4 teras. Kita orang just berlatih ikut teras sendiri."
YOU ARE READING
LOVE FAMILY ACADEMY
Fiksi Penggemar~ఌ︎☾︎ᶠᵃⁿᶠⁱᶜ + ʳᵒᵐᵃⁿᶜᵉ + ᶜᵒᵐᵉᵈʸ ☽︎ఌ︎~ Setiap manusia pasti layak dapat sebuah cinta daripada seseorang. Lagi-lagi yang sedang mengalami alam remaja. Cinta mereka adalah cinta seperti remaja lain di luar sana... tapi mereka masih mempunyai batas. Han...