35 - Dendam 🔪

125 8 3
                                    

"Bagimana dengan mereka?" tanya Ejen Zain.

Ejen Ayra dan Ejen Zain berada di MCT MATA. Semua ejen muda dan mentor akademi dirawat di sini.

"Ejen muda baik-baik. Mereka perlukan rehat cukup sahaja. Cuma..."

Ejen Ayra tergantung ayatnya.

"Cuma?"

"(Mengeluh kasar) Cuma mentor-mentor. Ejen Bakar mempunyai luka dalam. Ejen Geetha dan Leon retak tulang ketika perlawanan. Ejen Karya pula terkena racun." terang Ejen Ayra.

"Racun? Racun apa?" tanya Ejen Zain.

Mengikut ejen dalamnya, musuh tidak menggunakan sebarang racun.

"Racun pada ekor robot yang menyerang Ejen Karya sebelum tidak sedarkan diri."

Ejen Zain faham. Dia memandang bilik itu. Memandang penuh kasihan terhadap ejen muda. Terutama anak tunggalnya, Afik.

Ejen Zain keluar dari bilik sakit setelah Ejen Ayra meminta diri untuk menjalankan tugasnya.

~~~~~~~~~

Di suatu bilik gelap, Ejen Ganz bersama Ejen Zain.

"Kau pasti dengan keputusan ni? Aku takut nanti akan memakan diri kita. Jangan lupa apa yang dia pernah buat pada kau, pada MATA." kata Ejen Ganz.

Ejen Ganz ragu dengan cadangan Ejen Zain. Silap langkah, Cyberaya habis. MATA boleh ditarget lebih ramai musuh. Banyak risiko bakal berlaku nanti.

"Aku sangat pasti. Tanpa pertolangan dia, mungkin ejen muda kita sudah terkorban." terang Ejen Zain.

Ejen Zain sangat yakin dengan keputusan kali ini. Tidak mungkin akan silap langkah lagi.

"Mungkin itu helahnya untuk kau menyerapnya kembali ke MATA." balas Ejen Ganz.

Ejen Ganz tidak akan terpedaya lagi dengan helahnya. Mungkin dulu dia berjaya dengan helahnya. Tapi mustahil sekarang. Sekarang Ejen Ganz sangat berhati-hati.

"Kalau iya dia hanya guna helah, mengapa dia tidak serang sahaja kita di HQ?" uji Ejen Zain.

Kalau betul apa yang Ejen Ganz katakan, kenapa dia nak susah diri untuk menerangkan segala yang jadi. Susah diri untuk memohon maaf setelah apa yang dia pernah lakukan pada ketua teras dan MATA.

"(Mengeluh) Ikut kau lah. Kalau apa-apa jadi. Aku akan tuju pada kau dulu." kata Ejen Ganz.

Kali ini Ejen Ganz mengalah. Dia melipat tangan gagah di atas pusat.

~~~~~~~~~

Ejen Ayra baru sahaja memeriksa keadaan ejen muda. Sekarang waktu rehatnya.

Ejen Ayra mengeluarkan satu bungkusan roti coklat dan air mineral daripada beg. Cukuplah ini. Jadi doktor di MCT MATA pun kena jaga kesihatan. Bukan pesakit je.

Bungkusan dibuka. Ejen Ayra mencubit sikit-sikit untuk memakan roti.

"Ayra."

Ejen Sarah duduk di sebelahnya.

"Sarah? Buat apa kat sini? Takda kerja ke dekat HQ?" tanya Ayra.

Jarang sekali nampak Sarah di MCT MATA. Selalu busy memanjang dekat HQ MATA. 

LOVE FAMILY ACADEMYWhere stories live. Discover now